Link Copiedcheck_circle
Global

Honda Jazz/Fit 2023 Facelift Dipertontonkan Di Jepun

Sofea Najmi

Kongsi melalui


Kurang tiga tahun selepas penampilan pertamanya di Pameran Motor Tokyo 2019, Honda Jazz (dikenali sebagai Fit di Jepun) generasi keempat kini tampil dengan gaya lebih segar kerana diberikan beberapa pembaharuan untuk pasaran Jepun. 

Hatchback Honda Jazz/Fit masih ditawarkan dalam lima varian berbeza iaitu Basic, Home, Luxe, Crosstar dan varian baharu yang menggantikan Ness iaitu RS. 

PRESTASI HONDA JAZZ/FIT 2023 FACELIFT




Jazz/Fit akan dikuasakan oleh sistem e:HEV yang dikatakan telah ditala supaya dapat memberikan output motor dan tahap responsif pemecutan yang lebih baik berbanding keluaran sebelum ini yang dapat mencapai output maksimum 108 hp/253 Nm. 


Sementara itu, enjin petrol kitaran Atkinson 1.5L dengan kuasa 97 hp/127 Nm bertindak sebagai penjana bateri yang menyalurkan kuasa kepada motor elektrik kereta. Pada tahap kelajuan tinggi, ia boleh memberikan pemanduan terus melalui klac berkunci.


LUARAN HONDA JAZZ/FIT 2023 FACELIFT




Dari segi gaya, varian Basic, Home dan Luxe menerima bampar depan baharu. Home pula dihadirkan dengan aksen krom pada bahagian gril untuk membezakannya daripada varian lebih rendah, Basic. Varian Luxe menerima kemasan krom pada panel rocker dan perumah cermin sisi. 




Crosstar pula mendapat mesh insert baharu pada bahagian gril yang kelihatan seperti yang terdapat pada HR-V baharu dengan gril bawah yang menggunakan bingkai berwarna.  Bergerak ke bahagian tepi, ambang sisi kereta hadir dengan kemasan yang lebih menonjol, kontra berbanding badan kereta yang berwarna hitam. Varian ini juga merupakan satu-satunya yang ditawarkan dalam kemasan dua tona.


RS pula direka khas untuk mereka yang inginkan gaya kereta yang lebih sporty. Varian ini menggunakan bampar depan yang telah direka semula dengan gril bercorak berlian. Ambang sisi kereta direka ‘lebih dalam’ berbanding varian lain. Roda yang digunakan juga tampil lebih agresif. Selain itu, turut terdapat logo RS berwarna merah. 


DALAMAN HONDA JAZZ/FIT 2023 FACELIFT




Bergerak ke bahagian dalam, secara keseluruhannya, tidak banyak perubahan yang dibuat, kereta masih mengekalkan kluster instrumen digital 7 inci dan sistem infotainmen skrin sentuh bersaiz 9 inci.  


Bagi varian baharu, RS, menggunakan stereng yang dibalut kulit dengan jahitan berwarna kontra, terdapat juga pedal penukar gear untuk mengawal tahap brek regeneratif. Selain itu, turut terdapat pilihan mod pemanduan (Normal, Sport dan Econ).  


KESELAMATAN HONDA JAZZ/FIT 2023 FACELIFT




Bagi pasaran Jepun, kesemua varian dilengkapkan dengan pakej Honda Sensing yang hadir dengan sistem seperti brek kecemasan autonomi (AEB),  false start suppression, bantuan kekal lorong, kawalan jelajah adaptif dengan bantuan kesesakan trafik, pengecaman papan tanda trafik dengan lampu suluh tinggi automatik. Enjin standard tanpa hibrid dan sistem pacuan semua roda turut ditawarkan. 




Apa pendapat anda tentang Jazz/Fit yang diberikan nafas baharu ini? Adakah City Hatchback yang ditawarkan di Malaysia adalah lebih baik? 

Tag:

Honda Jazz
Jepun
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Dah Kenapa Masak Di Stesen Minyak?

Perbuatan memasak di stesen minyak tular.

13-05-2024
Berita Auto

Salam Takziah Kepada Keluarga Mangsa

Kemalangan maut itu berlaku pada awal pagi tadi.

27-11-2023
Berita Auto

Sebab "H" Laku Sangat: Honda Anjur "Acara Gen H"

Honda Malaysia menganjurkan acara “Gen H Event” yang akan berlangsung di tiga negeri bermula bulan depan.

26-05-2023
Berita Auto

Pengeluaran Honda Jazz Bakal Dihentikan?

Honda Jazz masih wujud di Malaysia namun pengeluaran jentera ini dikatakan akan dihentikan.

15-10-2021
Berita Auto

Jepun Bukan Lagi Penjual Kereta Terbesar Dunia, China Rampas Takhta

Buat pertama kalinya dalam sejarah, negara yang rancak mengeluarkan kenderaan, China, secara rasmi merampas gelaran penjual kereta terbesar di dunia bagi tahun 2025,

31-12-2025

Berita Terkini

Global

Volvo EX30 2026 Kini Ada Varian Mampu Milik, Fungsi V2L, UX Mantap

Syarikat automotif Sweden, Volvo, baru-baru ini telah mengumumkan penaiktarafan ciri Volvo EX30 bagi model tahun 2026.

27-02-2026
Global

Model Pertama Lepas Dibawa Masuk Ke Pasaran UK, Lepas L8, Bakal Dilancar Suku Ketiga 2026

Pembuat kereta China, Chery dikatakan akan membawa masuk jenama Lepas ke pasaran United Kingdom dengan memperkenalkan model pertamanya iaitu SUV Lepas L8.

27-02-2026
Global

Mitsubishi Muncul Semula Di UK, Kali ini Bawa Masuk Outlander PHEV, Triton

Mitsubishi Motors akan kembali ke pasaran UK pada tahun ini selepas lima tahun menghentikan jualan kereta baharu di sana.

26-02-2026
Global

Ini Dia Trak PHEV Pertama Chery, Rely P3X

Chery Automobile akan melancarkan trak pikap PHEV diesel pertamanya, Chery Rely P3X di Australia pada suku keempat tahun ini.

26-02-2026
Global

Kabin Leapmotor A10 Didedahkan – Model Global Ini Jelas Canggih & Sarat Ciri Praktikal

Leapmotor A10 kini sudah boleh ditempah di China sebelum pelancaran rasminya bulan depan. Apa yang menarik sangat dengan SUV ini?

26-02-2026
Global

Nio ES9 Bakal Dilancar, Harga Belum Didedahkan!

SUV Nio ES9 Flagship bakal dilancarkan secara rasminya pada Mei nanti.

26-02-2026
Global

Lotus Emira Turbo Bathurst Edition Paling Berkuasa, Hanya Untuk Pasaran Australia, Ada 15 Unit

Pengedar Lotus di Australia, Simply Sports Cars telah membangunkan Lotus Emira edisi terhad, Emira Turbo Bathurst Edition yang dikatakan antara Lotus Emira paling berkuasa.

25-02-2026
Global

Nissan Kicks 2026 Versi Facelift ‘Make-Up Tebal’ Bakal Tiba Di Thailand

Nissan Kicks e-Power facelift (P15) dilaporkan bakal dilancarkan secara rasmi di Thailand pada Mac ini.

25-02-2026