Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

JPJ Benarkan Pasang Lampu LED Atas Bumbung?

Suhana Veru

Kongsi melalui

Semalam Mitsubishi Motors Malaysia melancarkan jentera terbaharunya, Triton Phantom Plus Edition namun di sebalik pelancaran itu ramai yang tertanya-tanya mengenai kehadiran lampu bar LED yang dipasang di atas bumbung jentera itu.

Ramai yang khuatir sama ada bar LED itu mendapat kelulusan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau sebaliknya.


Manakan tidak, kehadiran lampu LED itu sudah pasti menjejaskan penglihatan pemandu jalan raya yang lain terutama ketika waktu malam.

Namun jurucakap MMM mendakwa bahawa pihaknya telah pun mendapat kelulusan pemasangan lampu LED itu daripada JPJ.

Kelulusan diberikan kerana  lampu LED tersebut tidak diklasifikasikan sebagai lampu spotlight.


Mengulas lanjut bagaimana mereka boleh mendapatkan kelulusan pihak berkuasa, beliau berkata bahawa lampu LED tersebut bersambung dengan fungsi lampu tinggi.

Ini bermakna pemandu boleh memilih untuk menggunakan suluhan tinggi yang biasa atau bersama lampu LED itu 

Untuk makluman anda, berdasarkan peraturan JPJ pemasangan lampu spotlight untuk 4x4 sememangnya tidak dibenarkan di bahagian atas bumbung.

Bagaimanapun, kenderaan pacuan empat roda dibenarkan memasang lampu spotlight untuk aktiviti off-road dan lampu tersebut perlu dimatikan (dan ditutup dengan penutup asal) apabila kenderaan tersebut dipandu atas jalan raya.


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Skim Rel Akhir Laluan Lingkaran MRT 3 Diluluskan

Skim Rel Akhir bagi Projek Transit Aliran Massa 3 (MRT3) Laluan Lingkaran diluluskan secara rasmi.

18-07-2025
Berita Auto

Ada Berita Baik! Rapid KL On-Demand Diperluas Di Shah Alam, Klang

Perkhidmatan Rapid KL On-Demand kini ditambah kepada 12 zon sekitar Shah Alam serta Klang, Selangor, mulai hari ini.

18-07-2025
Berita Auto

JPJ Bantu Pemandu Lesen PSV, GDL Yang Pernah Digantung Lesen, Laksana Kursus Pemulihan

JPJ akan melaksanakan projek rintis kursus pemulihan bagi pemegang Lesen Vokasional untuk Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) dan Kenderaan Barangan (GDL) yang digantung, mulai November depan.

18-07-2025
Berita Auto

SST Tidak Jejas Harga – Honda Malaysia

CEO Honda Malaysia, Narushi Yazaki, berkongsi kenyataan penting berkaitan isu pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang diperluas.

18-07-2025
Berita Auto

Imej Render Perodua Bezza Generasi Baharu Oleh Theophilus – Lancar Tahun Ini?

Proses pembangunan Bezza baharu dari Perodua kini dipercepatkan, dan model ini dijangka bakal muncul lebih awal, iaitu seawal tahun ini.

17-07-2025
Berita Auto

Bangkai Helikopter PDRM Dinaikkan Untuk Kenal Pasti Punca Terhempas

Bangkai helikopter AS355N PDRM yang terhempas di Sungai Pulai, Gelang Patah, Johor Bahru telah dinaikkan, pagi tadi.

17-07-2025
Berita Auto

Kes Langgar Lari, 'Tolong Kesan Pemandu Langgar Adik Saya," - Abang Mangsa

Seorang abang merayu orang ramai yang mempunyai rakaman papan pemuka atau kamera litar tertutup (CCTV) membantu mengesan kenderaan yang dipercayai melanggar adiknya sehingga maut dalam satu kemalangan di Kampung Teluk Panji, Kota Bahru semalam.

17-07-2025
Berita Auto

Gamuda Sudah Terima Notis, Laksanakan Projek LRT Pulau Pinang

Gamuda Bhd telah menerima notis mula kerja (NTP) daripada MRT Corp bagi pakej kerja sivil pertama projek laluan LRT Pulau Pinang.

17-07-2025