Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kereta Proton Tak Selamat ? Anda Silap Besar!

Suhana Veru

Kongsi melalui

Tahukah anda, Proton akan melakukan puluhan ribu kali ujian pada sesuatu komponen sebelum kenderaan itu dijual.

Proton dikatakan akan menguji ketahanan pintu sekurang-kurangnya 25,000 kali manakala ujian bonet hadapan pula sekitar 5,000 kali.

Pengeluar kereta tempatan itu sanggup melakukan ribuan kali ujian semata-mata untuk menghasilkan sesebuah kenderaan yang berkualiti dan bertaraf antarabangsa.

Perkara itu ternyata terbukti apabila seorang pemuda yang memandu Proton Iriz terselamat daripada ajal selepas kereta yang dipandunya terjatuh dari ketinggian 10 meter (m).


Kereta itu dikatakan terbabas sebelum terjatuh ke landasan kereta api berhampiran kawasan Wadi Hana, Johor Bahru.

Apa yang menghairankan ialah pemuda itu cuma cedera ringan walaupun keretanya terbang dari ketinggian yang cukup tinggi yang mana kejadian itu sebenarnya boleh meragut nyawanya dalam sekelip mata.

Beberapa gambar yang tular di internet menunjukkan Proton Iriz berwarna biru itu terbalik manakala bahagaian hadapannya kemek teruk namun bahagian belakangnya masih berada dalam keadaan baik.


Maka, tidak hairanlah Proton Iriz menerima penarafan lima-bintang bagi protokol ASEAN NCAP.

Apa yang penting insiden ini membuktikan Proton Iriz sememangnya dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang cukup tinggi.

Apapun, jangan sesekali pandang rendah pada kereta buatan Malaysia!


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

'Test Speed' Solo Di Jalan Awam, Bakal Jadi Kesalahan Jenayah: Denda Hingga RM10,000, Penjara 2 Tahun

Tak Berlumba Pun Kena Saman RM10,000? Ini Maksud Baharu 'Menduga Kelajuan' Yang Wajib Anda Tahu.

21-07-2026
Berita Auto

Susulan Tragedi Pokok Tumbang: DBKL Pergiat Kerja Mitigasi di 6 Lokasi Utama

Isu Pokok Tumbang di KL: Ini 6 Lokasi Fokus Kerja Mitigasi DBKL Minggu Ini.

21-07-2026
Berita Auto

Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.

21-07-2026
Berita Auto

Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru

21-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026