Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kereta Yang Dinaiki Bekas PM, Hyundai Santa Fe Jadi Bahan Bualan Netizen

Suhana Veru

Kongsi melalui


Semalam, kenderaan utiliti sukan (SUV) Hyundai Santa Fe menjadi topik bualan apabila kenderaan itu digunakan untuk membawa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke Penjara Kajang.

Rata-rata pengguna media sosial meninggalkan pelbagai reaksi berhubung penggunaan jentera itu.

Beberapa gambar yang dimuat naik ke internet menunjukkan kereta yang dinaiki Najib diiringi sebuah Volvo XC90 berwarna hitam.

“Gamak depa bawak Ex-PM naik Santa Fe lama, tapi escort belakang naik XC90,” komen seorang pengguna media sosial.

Seorang pengguna Facebook pula berkata:

“Jadilah, dari naik van silver,” tulisnya.


Semua rakyat yang mengikuti rapat kes berprofil tinggi itu  dari mula pasti maklum mantan Perdana Menteri keenam itu telah melalui proses perbicaraan yang bukan sahaja rumit tetapi juga memakan masa.

Selepas didakwa melakukan pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram membabitkan dana milik SRC International Sdn Bhd (SRC) berjumlah RM42 juta, Datuk Seri Najib Tun Razak akhirnya sah ke penjara.

Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta yang dikenakan ke atasnya.

Beliau yang dibawa dengan SUV berwarna hitam itu, tiba di penjara yang terletak di Sungai Jelok, Kajang sekitar 6.47 petang semalam.


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Skim Rel Akhir Laluan Lingkaran MRT 3 Diluluskan

Skim Rel Akhir bagi Projek Transit Aliran Massa 3 (MRT3) Laluan Lingkaran diluluskan secara rasmi.

18-07-2025
Berita Auto

Ada Berita Baik! Rapid KL On-Demand Diperluas Di Shah Alam, Klang

Perkhidmatan Rapid KL On-Demand kini ditambah kepada 12 zon sekitar Shah Alam serta Klang, Selangor, mulai hari ini.

18-07-2025
Berita Auto

JPJ Bantu Pemandu Lesen PSV, GDL Yang Pernah Digantung Lesen, Laksana Kursus Pemulihan

JPJ akan melaksanakan projek rintis kursus pemulihan bagi pemegang Lesen Vokasional untuk Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) dan Kenderaan Barangan (GDL) yang digantung, mulai November depan.

18-07-2025
Berita Auto

SST Tidak Jejas Harga – Honda Malaysia

CEO Honda Malaysia, Narushi Yazaki, berkongsi kenyataan penting berkaitan isu pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang diperluas.

18-07-2025
Berita Auto

Imej Render Perodua Bezza Generasi Baharu Oleh Theophilus – Lancar Tahun Ini?

Proses pembangunan Bezza baharu dari Perodua kini dipercepatkan, dan model ini dijangka bakal muncul lebih awal, iaitu seawal tahun ini.

17-07-2025
Berita Auto

Bangkai Helikopter PDRM Dinaikkan Untuk Kenal Pasti Punca Terhempas

Bangkai helikopter AS355N PDRM yang terhempas di Sungai Pulai, Gelang Patah, Johor Bahru telah dinaikkan, pagi tadi.

17-07-2025
Berita Auto

Kes Langgar Lari, 'Tolong Kesan Pemandu Langgar Adik Saya," - Abang Mangsa

Seorang abang merayu orang ramai yang mempunyai rakaman papan pemuka atau kamera litar tertutup (CCTV) membantu mengesan kenderaan yang dipercayai melanggar adiknya sehingga maut dalam satu kemalangan di Kampung Teluk Panji, Kota Bahru semalam.

17-07-2025
Berita Auto

Gamuda Sudah Terima Notis, Laksanakan Projek LRT Pulau Pinang

Gamuda Bhd telah menerima notis mula kerja (NTP) daripada MRT Corp bagi pakej kerja sivil pertama projek laluan LRT Pulau Pinang.

17-07-2025