Link Copiedcheck_circle
Global

KOENIGSEGG CC850 2023, Kereta Manual, Tapi Power

Suhana Veru

Kongsi melalui

Kehadiran Koenigsegg pada pameran Monterrey Car Week yang diadakan di Monterrey, California berjaya mencuri perhatian para pengunjung.


Cebisan Koenigsegg sebenarnya mengimbau kembali kepada ciptaan pertama asalnya CC8S. 


Dijulang sebagai CC850, ia yang mampu menghamburkan kuasa sehingga 1,363 hp dianggap sebuah jentera yang  cukup hebat.


Untuk makluman ia juga hadir dengan transmisi manual.


CC850 pernah ditayangkan dalam dua peristiwa yang cukup penting.


Buat pertama kali, ia ditayangkan pada ulang tahun ke-20 ketika CC8S asal dihantar buat pertama kalinya dan kedua, ia dihadiahkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Koenigsegg, Christian von Koenigsegg sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-50.



 

“Sebenarnya CC850 tidak dicipta untuk memecahkan rekod model Jesko atau menetapkan rekod baharu untuk mencipta kelajuan tertinggi sebaliknya mahu menawarkan tahap kepuasan dan keseronokan pemanduan tertinggi dengan prestasi yang menggembirakan dimana Koenigsegg sudah sinonim dengan kehebatan itu,” kata Christian mengenai CC850.


Menjengah bahagian luarannya, CC850 merupakan penghormatan kepada CC8S.




Ini terbukti melalui garisan ringkas dan gaya, manakala rimnya mengambil bentuk dail telefon lama termasuk susun atur lampu belakangnya terdapat peningkatan tiga kali ganda.


Ia dibina di atas casis monocoque gentian karbon Jesko, CC850 juga menggunakan suspensi double wishbone di hadapan dan belakang.



Malah, ia juga dipasang dengan peredam boleh laras serta peredam belakang Triplex yang direka untuk mengurangkan daya angkat bahagian hadapan semasa pecutan.


Menyentuh mengenai kuasanya, CC850 dikatakan “meminjam” enjin model Jesko dimana ia turut menggunakan enjin 5.0 liter bentangan V8 turbo berkembar .


Untuk itu ia mampu menghamburkan kuasa sehhingga 1,363hp@tork 1,382 Nm.


Model CC850 ini menggunakan kotak gear Light Speed Transmission sembilan nisbah kelajuan yang sama seperti model Jesko.


Ia juga  dilengkapi dengan operasi klac pedal dengan enam posisi gear iaitu sama seperti kereta manual.



 

Bagi prestasi sebenar, pengeluar kereta dari Sweden itu masih belum lagi mendedahkan sebarang data dan angka, tetapi Koenigsegg telah menjelaskan dengan jelas bahawa matlamat utama CC850 adalah untuk mencipta  pemanduan terbaik berbanding memburu rekod kelajuan sama seperti model-model hypercar terkini.


Dikhabarkan, hanya 50 unit  model CC850 yang akan dihasilkan sempena dengan sambutan ulang tahun yang ke-50 pengasasnya.


Buat masa ini, harga jualan hanya akan diumumkan kelak.





 

Tag:

Koenigsegg
Koenigsegg Jesko
Koenigsegg CC850
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Rimac Nevera R, 1,989 HP, Ada 4 Motor Elekrik Akhirnya Tewaskan Koenigsegg

Rimac Nevera R yang mampu menghamburkan kuasa setakat 1,989 hp telah merampas semula rekod 0-400-0 km/j daripada Koenigsegg.

11-07-2025
Global

Koenigsegg Sadair’s Spear: Jentera 1,625 HP Yang Dibenarkan Meluncur Di Jalan Raya

Jenama automotif eksklusif dari Sweden, Koenigsegg, baru-baru ini memperkenalkan hypercar terbaharunya yang dinamakan Sadair’s Spear.

27-06-2025
Berita Auto

Memang Laju! 1.9 Saat Dari 0-100 KM/J: Model Terkini Koenigsegg Jesko Absolute Dan Gemera

Koenigsegg telah mempamerkan kereta keluaran terbaharu mereka, Jesko Absolut dan Gemera.

10-09-2021

Berita Terkini

Global

Kabin Mercedes-Benz GLB Generasi Terbaru Didedahkan – Lebih Mewah & Canggih

SUV crossover kompak Mercedes-Benz GLB generasi kedua dijadualkan untuk membuat kemunculan rasmi pada awal bulan hadapan, 8 Disember.

14-11-2025
Global

China Mahu Kurangkan Had Pecutan 0-100 KM/J Kepada 5 Saat

Kementerian Keselamatan Awam China kini mencadangkan had masa pecutan 0–100 km/j dikurangkan dalam tempoh lima saat bagi kenderaan bermotor.

14-11-2025
Global

Nissan Navara Generasi Terbaru Dijamin "Tidak Akan Dipandu Seperti Sebuah Triton"

Menjelang pendedahan global yang dijadualkan pada 19 November nanti, beberapa butiran baharu mengenai Nissan Navara generasi terbaru mula muncul.

14-11-2025
Global

Chery Tiggo 8 Pro 2026 Muncul Di Pasaran China – Satu Model, Dua Rekaan Berbeza

Beberapa minggu selepas imej pertamanya didedahkan, SUV segmen pertengahan generasi kelima Chery, Tiggo 8 Pro, akhirnya membuat kemunculan rasmi di China.

12-11-2025
Global

Toyota Hilux Gen Ke-9 - Ada Versi BEV, ICE, FCEV

Selepas beberapa imej teaser disiarkan di media sosial, trak pikap Toyota Hilux generasi kesembilan akhirnya dilancarkan di Thailand semalam.

11-11-2025
Global

Tiada Harapan Proton e.MAS 5 Di Thailand, ‘Kembar’ Geely Yang Masuk

Proton e.MAS 5 kini sah tidak akan memasuki pasaran Thailand. Puncanya? Rakan kongsi strategik Proton, Geely, dilaporkan akan melancarkan 'kembar' e.MAS 5 di Thailand, sekaligus mengesahkan jenama itu diketepikan dari pasaran utama ASEAN.

07-11-2025
Global

Toyota Hilux Generasi Seterusnya Buat Kemunculan Sulung 10 November Ini

Selepas dihujani spekulasi dan imej rekaan yang tidak rasmi, Toyota Motor Thailand akhirnya menamatkan penantian dengan mengumumkan tarikh pelancaran rasmi bagi Toyota Hilux generasi terbaru iaitu yang kesembilan.

04-11-2025
Global

Perodua Ativa, Myvi Dilancar Di Sri Lanka, Bernilai Ratusan Ribu Ringgit

Perodua Ativa dan Myvi akhirnya dilancarkan secara rasminya di pasaran Sri Lanka, baru-baru ini namun kedua-dua model itu dijual pada harga yang tinggi berbanding di Malaysia.

03-11-2025