Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Malaysia Akan Laksana Polisi Pengurusan Kenderaan Akhir Hayat

Suhana Veru

Kongsi melalui


Sebelum ini, satu kenyataan yang dibuat penyelidik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tular selepas mereka menyarankan kenderaan yang berusia lebih 10 tahun dilupuskan semata-mata untuk menyelesaikan masalah kesakan lalu lintas di ibu kota.

Gara-gara rakyat Malaysia masih belum sedia untuk melupuskan kereta tua mereka, pasukan penyelidik berkenaan menerima pelbagai kecaman kerana cadangan itu dilihat tidak masuk akal.


Dianggarkan, terdapat 19 juta kenderaan yang berusia 10 tahun ke atas. 

Binggung untuk menyelesaikan masalah berkenaan yang sudah berlarutan sejak sekian lama, nampaknya kerajaan dikatakan sedang mengkaji pendekatan untuk melaksanakan polisi pengurusan kenderaan akhir hayat atau end-of-life vehicle (ELV) menjelang tahun 2025.

Kata kerajaan, satu polisi mengenai pengurusan kenderaan uzur dilihat amat penting supaya kenderaan yang sudah berakhir jangka hayat boleh dimanfaatkan dengan menyimpan komponen dan bahan yang masih boleh diguna pakai .


"Lambakan kenderaan usang sehingga menjadi punca wabak denggi, dipercayai berlaku kerana masih belum ada polisi yang membolehkan tindakan sewajarnya 

“Untuk itu, kerajaan sedang meneliti pendekatan yang sesuai dalam melaksanakan kaedah pelupusan kenderaan ELV,” kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba.

Berdasarkan data Kementerian Pengangkutan sehingga Mei 2022 jumlah kenderaan berdaftar di Malaysia ialah 33 juta, dengan 19 juta daripadanya adalah kenderaan berusia 10 tahun ke atas.

Walaupun berbaki tiga tahun lagi untuk melaksanakan polisi melupuskan kenderaan lama, apa pula pandangan anda?

Kongsikan pendapat anda di bawah ruangan ini!

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

ERL Tawar Diskaun 90%! MyPutrajaya & MyKLIA Monthly Travel Card kini lebih murah.

14-04-2026
Berita Auto

Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Penempatan PDRM di stesen minyak hanya tertumpu di kawasan sempadan negara.

14-04-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!

14-04-2026
Berita Auto

Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

MICHELIN Primacy 5, kini diperluaskan khusus untuk menepati keperluan kenderaan SUV.

13-04-2026
Berita Auto

Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima ISO 50001:2018

Proton melakar satu lagi sejarah apabila sebagai pengeluar kereta penumpang pertama di Malaysia yang menerima pensijilan berprestij ISO 50001.

13-04-2026
Berita Auto

Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang

10-04-2026
Berita Auto

Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV

Kawal Chery Tiggo 7 & 8 PHEV Di Hujung Jari – Aplikasi CarLinko Kini Rasmi Di Malaysia.

10-04-2026