Link Copiedcheck_circle
Global

Perginya Jurutera Hebat Ferrari, Nicola Materazzi, Bapa F40, Di Usia 83 Tahun

Sofea Najmi

Kongsi melalui


Jurutera terkenal Itali, Nicola Materazzi (Foto: Wheels/Which Car)


Nicola Materazzi, jurutera Itali yang diberi gelaran sebagai “bapa Ferrari F40” menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 23 Ogos di usia 83 tahun. 


Ferrari F40



Ferrari F40


Semasa hidupnya, Nicola terbabit dalam pembangunan beberapa jenama terkenal dunia selain Ferrari seperti Bugatti dan Lancia, membuatkan pemergian beliau cukup dirasai dalam dunia automotif. 




Dilahirkan pada tahun 1939, Nicola mengambil jurusan kejuruteraan di University of Naples. Beliau terkenal sebagai ketua jurutera dalam penghasilan Ferrari F40 1987 yang dikatakan sebagai supercar terhebat pada masa itu.




Sebelum terbabit dalam projek enjin V8 turbo kembar F40, beliau pernah terlibat dalam penghasilan Ferrari 288 GTO 1984 yang pada ketika itu bermula sebagai sebuah projek kereta rali kumpulan B. 


Ferrari 288 GTO 1984


Di awal kerjayanya sebagai seorang jurutera, Nicola pernah bekerja dengan syarikat pengeluar kereta Itali lain, Lancia, dari penghujung 1960-an dan sepanjang tahun 70-an. Sewaktu di syarikat ini, beliau terbabit dalam penghasilan kereta Flavia, Fulvia serta kereta rali yang ikonik kerana teknologi trenkuasa, casis dan ciri aerodinamiknya, Lancia Stratos.


Lancia Stratos


Pada awal tahun 1990-an, Nicola bekerja dengan syarikat Bugatti Automobili S.p.A. di kilang yang terletak di Campogalliano, Itali sebagai pengarah teknikal dalam penghasilan Bugatti EB110 GT 1991 dan Bugatti EB110 SS 1992. 


Bugatti EB110 GT 1991 


Video di bawah memaparkan temu bual yang diadakan pada tahun 2017 antara Nicola dengan wartawan automotif Itali, Davide Cironi. Nicola menceritakan pengalamannya sebagai seorang jurutera syarikat supercar:




Sumber: Car Scoops, Wheels/Which Car, Davide Cironi

Tag:

Ferrari F40
jurutera
Nicola Materazzi
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Terkini

Global

Xpeng X9 EREV Didedahkan - Capai 450 KM, Lancar Tahun Ini

MPV flagship Xpeng, X9, yang sebelum ini hanya ditawarkan dalam versi kenderaan elektrik bateri (BEV), kini dikhabarkan bakal muncul dengan versi trenkuasa baharu iaitu kenderaan elektrik jarak tambahan (EREV).

10-08-2025
Global

Toyota Bakal Dirikan Kilang Keenam Di Jepun

Toyota Motor Corporation mengumumkan rancangan untuk membina sebuah kilang pengilangan kenderaan baharu di Jepun, terletak berhampiran kawasan Teihoucho di Toyota City, wilayah Aichi.

08-08-2025
Global

Hyundai & GM Bergabung Bina Lima Model Baharu – Sasar Jualan Lebih 800,000 Unit

Hyundai Motor Group mengumumkan kerjasama strategik bersama General Motors (GM) untuk membangunkan lima model kenderaan baharu bersama.

08-08-2025
Global

Volkswagen Umum Henti Pengeluaran Touareg, Tiada Pengganti

Volkswagen akan menamatkan pengeluaran SUV premium bersaiz sederhana, Touareg, menjelang tahun 2026 selepas lebih dua dekad berada di pasaran.

08-08-2025
Global

Toyota Sienta Juno Didedah Tetapi Bukan Di Malaysia

Sienta kali ini didatangkan dengan varian Juno sekali gus menjadi tumpuan di Jepun.

08-08-2025
Global

Mercedes-Benz G-Class Capai Pengeluaran 600,000 Unit

Selepas 46 tahun pengeluaran tanpa henti, jumlah kenderaan G-Class yang dihasilkan kini mencecah 600,000 unit.

07-08-2025
Global

Chevrolet Corvette Stingray Dilancarkan Di Singapura – Dari RM2.1 Juta

General Motors (GM) kini kembali semula ke negara jiran kita dengan pendekatan berbeza melalui pelancaran jenama supercar, Corvette.

06-08-2025
Global

CFO Tata Motors, PB Balaji, Dilantik Jadi CEO Jaguar Land Rover

PB Balaji yang kini memegang jawatan sebagai CFO Tata Motors Group, diumumkan sebagai CEO baharu JLR berkuatkuasa November 2025 ini.

06-08-2025