Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Perodua Tetap Laku Selepas Tamat Pengecualian SST, 9,000 Alza Ditempah Bulan Julai

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Perusahaan Otomobil Kedua Sendirian Berhad (Perodua) mengumumkan pencapaian jualan bagi bulan Julai yang cukup memberangsangkan walaupun selepas pengecualian cukai SST ditamatkan pada 30 Jun lalu dengan jumlah tempahan mencecah 24,265 unit. 


Jualan dari Januari hingga Julai juga tinggi dengan peningkatan sebanyak 48.7% kepada 145,689 unit berbanding 97,945 unit yang dijual pada jangkamasa sama tahun lalu.


“Terdapat dua faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan jualan ini. Faktor pertama disebabkan oleh  permintaan yang tinggi bagi kenderaan kami kerana pembeli ingin mendapat harga pelepasan cukai jualan yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan.”


“Faktor kedua merupakan kesan penutupan hampir kesemua sektor pada bulan Jun hingga pertengahan Ogos 2021 bertujuan untuk membendung wabak Covid-19 pada masa itu,” Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad berkata.


Walaupun bilangan tempahan kereta baharu tidak setinggi semasa pengecualian SST masih ditawarkan antara Januari hingga Jun tahun ini, ia masih lebih baik daripada apa yang dijangka Perodua. 


Baca: Ini 12 Sebab Kenapa Perodua Alza 2022 AV Adalah Varian Terbaik


Menurut Dato’ Sri Zainal, Perodua Alza Serba Baharu telah menerima tempahan sebanyak 39,000 sejak pembukaan tempahan dan pada bulan Julai sahaja Perodua menerima tempahan 9,000 unit sedangkan ketika pelancaran model ini, Perodua mensasarkan jualan 3,000 unit sebulan. 




Namun Perodua masih berhadapan dengan beberapa isu seperti kekurangan tenaga kerja dan juga bekalan cip semikonduktor. 


Kepentingan cip semikonduktor pada sesebuah kenderaan (Ilustrasi: Time)


“Akibat daripada isu-isu ini, jualan bulanan kami merosot sebanyak 13.3% kepada 18,346 pada bulan Julai berbanding 21,164 kenderaan yang dijual pada bulan Jun lepas,” ujar Dato’ Sri Zainal.


Pihak Perodua sedang bekerja rapat dengan kerajaan untuk mengatasi isu kekurangan tenaga kerja.




“Manakala dalam isu kekurangan bekalan cip semikonduktor pula, kami telah mendapat bekalan secukupnya untuk kami mengeluarkan dan mendaftar lebih daripada 247,800 unit yang kami sasarkan pada awal tahun ini. 


“Walaupun begitu, kami masih dalam usaha  menstabilkan peningkatan pengeluaran kami. Ini bermaksud kami hanya akan mengumumkan sasaran jualan baharu kami pada tarikh kemudian” kata Dato’ Sri Zainal. 


Baca: Perodua Alza 2022 Telah Dilancarkan, Harga Dari RM62K, Ini Spesifikasinya

Baca: Perodua Alza 2022 vs Perodua Aruz: Kos Penyelenggaraan Mana Lebih Murah?

Baca: Senarai Aksesori GearUp Perodua Alza 2022: Lagi Sporty, Lagi Lengkap, Lagi Syok! (Bonus: Cadangan Aksesori Penting)



Tag:

Perodua
PERODUA ALZA 2022
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Tuah 'Download' P-Circle, Pelajar UiTM Menang Perodua Myvi

Tuah Menggunakan Super App P-Circle, Penuntut UiTM Dipilih Pemenang Utama Myvi 1.3G.

07-07-2026
EV
Berita Auto

Mula 19 Jun: Servis Kereta Perodua Kini Lebih Murah, Diskaun 10% Termasuk Kos Buruh!

Bukan Setakat Model Biasa, Insentif Diskaun Servis Perodua Turut Merangkumi QV-E.

18-06-2026
EV

Harga Rahmah: Perodua QV-E Kini Lebih Mampu Milik Bermula RM63,499

Sebab Ini Kereta Elektrik Perodua Makin Murah, Siap Ada 'Cashback' Untuk Pembeli Lama!

15-06-2026
Berita Auto

Tawaran Terhad Jun 2026: Perodua Umum Kempen Rebat Tunai Hingga RM1,000 Untuk Model Terpilih

The King Ada Diskaun! Myvi, Bezza & Axia Kini Lebih Murah Sepanjang Jun!

09-06-2026
Berita Auto

UCar-e: Perodua Sedia 50 Kenderaan Pandu Kongsi Untuk Warga UUM, UPM Dan UTM

Perodua Jalin Kerjasama Dengan 3 Universiti Perkenal UCar-e.

03-06-2026
Kereta Baru

Siap Sedia! Ativa Hybrid Bakal Jadi Kereta Hibrid Paling Mampu Milik Di Malaysia?

Perodua Sahkan Rancangan Pengeluaran Tempatan (CKD) Bagi Model Ativa Hybrid

15-05-2026

Berita Terkini

Berita Auto

'Test Speed' Solo Di Jalan Awam, Bakal Jadi Kesalahan Jenayah: Denda Hingga RM10,000, Penjara 2 Tahun

Tak Berlumba Pun Kena Saman RM10,000? Ini Maksud Baharu 'Menduga Kelajuan' Yang Wajib Anda Tahu.

21-07-2026
Berita Auto

Susulan Tragedi Pokok Tumbang: DBKL Pergiat Kerja Mitigasi di 6 Lokasi Utama

Isu Pokok Tumbang di KL: Ini 6 Lokasi Fokus Kerja Mitigasi DBKL Minggu Ini.

21-07-2026
Berita Auto

Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.

21-07-2026
Berita Auto

Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru

21-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026