Link Copiedcheck_circle
Global

Rupa-Rupanya Beli EV Sebab..

Suhana Veru

Kongsi melalui

Percaya atau tidak, 55 peratus pemandu di Amerika Syarikat membeli kenderaan elektrik (EV) bukan atas sebab prihatin terhadap alam sekitar sebaliknya, kerana ia memiliki ciri-ciri teknologi  yang lebih canggih.



Perkara itu didedahkan, Ketua Kajian Polestar Amerika Utara, Gregor Hembrough.

"Ramai pengguna beralih kepada kenderaan elektrik bukan sekadar atas tujuan alam sekitar.

“Sebaliknya, mereka membeli EV kerana  terdapat teknologi dalam kenderaan yang membolehkan mereka mendapatkan apa yang dikehendaki hanya di dalam satu pakej yang mesra alam,” katanya dalam satu kenyataan akhbar.


Menurut kajian itu, golongan yang lebih muda sebenarnya lebih prihatin terhadap alam sekitar berbanding golongan yang lebih tua.

Apa tidaknya, hanya 12 peratus responden Gen Z (umur 18-24) mengakui ia merupakan satu perkara penting di dalam pemilihan EV, di mana angka tersebut adalah dua kali lebih tinggi berbanding generasi Millennial (umur 25-41) dan tiga kali lebih banyak berbanding generasi Baby Boomer (umur 57-74).

Imej jenama juga turut memberikan perbezaan yang jelas berdasarkan demografik umur.

Sementara itu sebanyak 57 peratus golongan millennial (25 hingga 40 tahun)  yakin dengan jenama EV baharu, berbanding 28 peratus daripada golongan Baby Boomers (57-75 tahun)

Malah, hampir 46 peratus responden lebih terbuka dengan jenama baharu termasuk jenama pemula EV seperti Polestar.

Jika di AS pemilikan EV bukan kerana menyelamatkan Bumi, namun apa pula punca pemandu di Malaysia membeli EV?

Kongsikan pandangan anda di bawah ruangan ini!


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Global
China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu

China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu

Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.

28-08-2026
Global
Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS

Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS

Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.

17-08-2026
Global
Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun

Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun

Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.

12-08-2026
Global
Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara  Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia

Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia

Apabila Kapal Pengangkut Tak Cukup: Inilah Cara Bijak Pengeluar China Eksport Kereta.

11-08-2026
Global
Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun

Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun

Chevrolet Ucap Selamat Tinggal Kepada Pasaran China Sebaliknya Tumpu Kepada Pasaran Eksport.

11-08-2026
Global
Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan

Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan

Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.

10-08-2026
Global
Pemilik Berang Tengok Iklan Spider-Man Muncul Dalam Skrin Infotainmen

Pemilik Berang Tengok Iklan Spider-Man Muncul Dalam Skrin Infotainmen

Pemilik BMW berang tengok iklan Spider-Man pada infotainmen setiap kali enjin dihidupkan.

06-08-2026