- Berita
- Global
- Rupa-Rupanya Beli EV Sebab..
Percaya atau tidak, 55 peratus pemandu di Amerika Syarikat membeli kenderaan elektrik (EV) bukan atas sebab prihatin terhadap alam sekitar sebaliknya, kerana ia memiliki ciri-ciri teknologi yang lebih canggih.

Perkara itu didedahkan, Ketua Kajian Polestar Amerika Utara, Gregor Hembrough.

“Sebaliknya, mereka membeli EV kerana terdapat teknologi dalam kenderaan yang membolehkan mereka mendapatkan apa yang dikehendaki hanya di dalam satu pakej yang mesra alam,” katanya dalam satu kenyataan akhbar.

Menurut kajian itu, golongan yang lebih muda sebenarnya lebih prihatin terhadap alam sekitar berbanding golongan yang lebih tua.
Apa tidaknya, hanya 12 peratus responden Gen Z (umur 18-24) mengakui ia merupakan satu perkara penting di dalam pemilihan EV, di mana angka tersebut adalah dua kali lebih tinggi berbanding generasi Millennial (umur 25-41) dan tiga kali lebih banyak berbanding generasi Baby Boomer (umur 57-74).
Imej jenama juga turut memberikan perbezaan yang jelas berdasarkan demografik umur.
Sementara itu sebanyak 57 peratus golongan millennial (25 hingga 40 tahun) yakin dengan jenama EV baharu, berbanding 28 peratus daripada golongan Baby Boomers (57-75 tahun)
Malah, hampir 46 peratus responden lebih terbuka dengan jenama baharu termasuk jenama pemula EV seperti Polestar.
Jika di AS pemilikan EV bukan kerana menyelamatkan Bumi, namun apa pula punca pemandu di Malaysia membeli EV?
Kongsikan pandangan anda di bawah ruangan ini!
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/