Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Sesak 5KM Sebab Tin Sardin Terabur Atas Jalan

Suhana Veru

Kongsi melalui

Gara-gara tin sardin bergelimpangan di atas jalan raya, aliran trafik sesak hampir 5 kilometer berlaku sebelum masuk Terowong Menora ke Jelapang, Perak.

Satu klip video yang dimuat naik ke Facebook memaparkan rata-rata pemandu terpaksa memperlahankan kenderaan mereka kerana ribuan tin sardin bergolek di sepanjang laluan itu.


Seorang penunggang motosikal dilihat menunggang motosikalnya dalam keadaan terhuyung-hayang kerana laluan berkenaan dipenuhi dengan tin sardin.

Sebahagian jalan itu juga dipenuhi dengan sos sardin, manakala kotak kecil juga bertaburan di atas jalan.


Bagaimanapun, ada segelintir pemandu turun dari kereta namun tidak kelihatan mereka mengutip tin sardin berkenaan.

Menerusi info terkini, kesesakan berlaku selepas sebuah treler yang membawa muatan ribuan tin sardin terbabas dan terbalik di laluan itu.

Perkara itu disahkan Lembaga Lebuhraya Malaysia di Twitter.

Untuk itu, pengguna lebuhraya yang dalam perjalanan ke Selatan diminta menggunakan laluan alternatif iaitu susur keluar ke Exit 143 Kuala Kangsar sementara kerja-kerja pembersihan dilakukan.


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

'Test Speed' Solo Di Jalan Awam, Bakal Jadi Kesalahan Jenayah: Denda Hingga RM10,000, Penjara 2 Tahun

Tak Berlumba Pun Kena Saman RM10,000? Ini Maksud Baharu 'Menduga Kelajuan' Yang Wajib Anda Tahu.

21-07-2026
Berita Auto

Susulan Tragedi Pokok Tumbang: DBKL Pergiat Kerja Mitigasi di 6 Lokasi Utama

Isu Pokok Tumbang di KL: Ini 6 Lokasi Fokus Kerja Mitigasi DBKL Minggu Ini.

21-07-2026
Berita Auto

Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.

21-07-2026
Berita Auto

Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru

21-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026