Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Warga Emas Ini Tak Sengaja Rempuh Kedai, Apa Yang Berlaku?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Honda Accord rempuh kedai telekomunikasi (Foto: Alvean Albin)


Sebuah kereta Honda Accord yang dipandu oleh seorang lelaki warga emas telah merempuh sebuah kedai telekomunikasi yang terletak di Hutan Melintang, Teluk Intan, semalam. 


Kejadian ini mengejutkan orang ramai (Foto: Alvean Albin)


Dalam kejadian yang berlaku pada kira-kira jam 3.25 petang itu, lelaki berusia 64 tahun itu ingin memasukkan kereta dalam kawasan parkir berhadapan dengan kedai tersebut. 


Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri menjelaskan, sewaktu sedang cuba meletakkan kereta, lelaki tersebut secara tidak sengaja tertekan pedal minyak sehingga menyebabkan kereta Honda Accord itu hilang kawalan dan merempuh masuk ke dalam kedai. 


Kedai mengalami pelbagai kerosakan (Foto: Alvean Albin)


“Akibat kejadian itu, premis berkenaan mengalami kerosakan termasuk barang dan peralatan rosak kerana dilanggar.


“Kejadian itu bagaimanapun tidak melibatkan kecederaan kepada pemandu dan orang awam yang berada di dalam kedai berkenaan,” katanya di sini hari ini.


Kes tersebut disiasat dibawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59). 


Sumber berita: Kosmo


Tag:

Honda Accord
kemalangan
rempuh
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

Honda Accord Generasi Ke-11 Dilancarkan Di Thailand – Tiada LaneWatch, Hanya HEV

Honda Thailand baru-baru ini melancarkan Honda Accord generasi ke-11 atau model tahun 2025. Berbeza dengan versi terdahulu, model kali inii hanya ditawarkan dengen trenkuasa hibrid e:HEV.

27-08-2025
Berita Auto

Pemandu Honda Accord Maut, Kereta Terbabas, Langgar Tiang MRT

Setakat semalam, identiti mangsa masih belum dikenal pasti.

13-12-2024
Berita Auto

Honda Accord 2024 Terima ASEAN NCAP 5 Bintang, Tetapi Malangnya...

Ini markah yang berjaya dicapai Honda Accord 2024 setiap kategori dalam ASEAN NCAP...

03-03-2024
Berita Auto

Tiada Lagi Honda Accord Di M'sia

Honda Malaysia mengumumkan bahawa pihaknya akan menghentikan pengeluaran Honda Accord tidak lama lagi.

11-08-2023
Kereta Baru

Honda Accord 2023 Ini Dilancar Untuk Pasaran AS

Honda menayangkan Honda Accord 2023 secara rasminya.

11-11-2022
Berita Auto

Reka Bentuk Honda Accord 2024 Bocor! Ini Perinciannya...

akaran yang memaparkan Honda Accord 2024 terbongkar hasil pemfailan paten Brazil.

13-07-2022
Berita Auto

Honda City & Accord Kini Dengan Warna Baharu

Honda Malaysia memperkenalkan warna baharu bagi dua buah model iaitu Honda City dan Honda Accord.

11-03-2022
Pandu Uji

Honda Accord 2020 Gasak Pesaingnya!

Kereta sedan segmen D, Honda Accord yang merupakan model generasi ke-10 kali ini tampil dengan penampilan baharu.

02-09-2021

Berita Terkini

Berita Auto

ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

Tedung & Kala: 263 Aset Baharu ATM RM164.9 Juta.

04-09-2026
Berita Auto

GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.

03-09-2026
Berita Auto

Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.

03-09-2026
Berita Auto

Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal

03-09-2026
Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026