- Berita
- Pandu Uji
- Honda Accord 2020 Gasak Pesaingnya!
Kereta sedan segmen D, Honda Accord yang merupakan model generasi ke-10 kali ini tampil dengan penampilan baharu.
Honda Accord serba baharu ini menawarkan dua varian iaitu Honda Accord 1.5 TC dan Honda Accord 1.5 TC-P.
Menyentuh mengenai perbezaan harga Honda Accord dengan pesaingnya, Honda Accord 1.5 ini dijual pada harga RM178,203 hingga RM187,390 manakala, Honda Accord 2.0 keluaran 2016 dijual pada RM149,351.
Sementara itu, Toyota Camry 2.5 pula dijual RM188.763, Mazda 6 2.0 (RM168,459) dan VW Passat 2.0 TSI Elegant (RM 182,878).
Mengenai prestasinya, Honda Accord yang seberat 1,494 kilogram dikuasakan dengan enjin 1.5 liter VTEC Pengecas Turbo dan dipadankan dengan transmisi CVT.
Ini membuatkan jentera ini mampu menghamburkan 198 kuasa kuda pada takat 5,500 rpm dan tork 260 Nm @1,600 rpm hingga 5,000 rpm. Ia mampu memecut dari 0 – 100 kilometer sejam (km/j) hanya dalam masa 9.1 saat, kelajuan maksimumnya pula mencatatkan 190 km/j.
Bagaimanapun, penggunaan bahan api pastinya lebih baik dari enjin 2.4 L lama memandangkan kadar penggunaan rasmi petrol yang diberikan oleh Honda Malaysia ialah 15.9 km/l.
Berbanding dengan keluaran terdahulunya, Honda Accord 2.0 yang seberat 1,530 kilogram (kg) itu dipadankan dengan enjin 2.0 liter i-VTEC dimana enjin berkenaan digandingkan dengan kotak gear Top Converter 5-kelajuan.
Oleh itu, ia mampu menghamburkan 153 kuasa kuda pada 6,5000 rpm dan tork 190 Nm pada 4,300 rpm.
Untuk makluman anda, ia mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam dalam 11.9 saat manakala kelajuan maksimumnya pula 209 km/j dan kadar penggunaan petrol pula 13.2 km/l.
Beralih kepada pesaing pertamanya iaitu Toyota Camry yang seberat 1,550kg. Ia dipadankan dengan enjin 2.5L, 16 injap DOHC Dual VVTI ACIS dimana ia dipadankan dengan transmisi 6-kelajuan automatik dengan Super ECT dan Sequential Shifter.
Ia dikatakan mampu menghasilkan kuasa 135kW pada 6,000 rpm dan tork 235 Nm pada 4,100 rpm dimana kelajuan maksimumnya ialah 238 km/j.
Seteru keduanya ialah Mazda 6 yang merupakan kereta sedan segmen -D.
Jentera seberat 1,393kg yang dipadankan dengan enjin 2.0 L , DOHC 16 injap ini digandingkan dengan transmisi mod manual 6-kelajuan.
Maka, ia mampu menghamburkan kuasa 162 PS pada 6,000 rpm dan tork maksimum 213 Nm.
Menyentuh mengenai daya pecutannya, ia mampu memecut dari sifar ke 100 km/j hanya dalam 10.5 saat manakala kelajuan maksimumnya mampu mencecah 205 km/j.
Bagaimanapun, ia mencatatkan penggunaan bahan api yang agak tinggi iaitu 17 km/l berbanding empat pesaing itu tadi.
VW Passat 2.0 TSI Elegant yang seberat 1,455kg pula menggunakan kotak gear DSG 7-kelajuan.
Pesaing terakhir ini mampu menghasilkan kuasa 140kW pada putaran enjin 4,180 rpm hingga 6,000 rpm dan tork 320 Nm pada 1500 rpm ke 4,180 rpm. Seperti biasa ia juga mampu memecut dari 0-100 km/j dalam masa 7.9 saat .
Penggunan bahan api pula mencatatkan sekitar 16.1 km/j.
Bagaimanapun, jika anda berminat untuk mendapatkan gambaran yang lebih terperinci mengenai Honda Accord 1.5 yang baharu ini, anda sebenarnya boleh menonton video panduan mengenai jentera ini di saluran Youtube dan halaman Facebook kami, CariCarz.
Gallery











































Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari