Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Honda Accord 2023 Ini Dilancar Untuk Pasaran AS

Suhana Veru

Kongsi melalui


Beberapa imej teaser Honda Accord 2023 telah pun disiarkan sejak beberapa minggu dan hari yang dinantikan sudah tiba apabila Honda Amerika Syarikat (AS) menayangkan Honda Accord 2023 secara rasminya.

Honda Accord generasi ke-11 ini yang merupakan   segmen sedan saiz pertengahan dikatakan antara seteru sengit Toyota Camry 2021.

Untuk makluman, Honda Accord 2023 ini menawarkan enam varian iaitu LX dan EX, manakala model hibrid pula Sport, EX-L, Sport-L dan Touring. 

Apapun salah satu perubahan besar buat Honda Accord kali ini ialah penawaran trenkuasa.

Accord LX dan EX dikuasakan oleh enjin empat silinder 1.5 liter yang menampilkan teknologi VTEC yang telah  dikemas kini. Biarpun ada perubahan, ia mampu menghamburkan 192hp dan tork 260Nm.

Sementara itu, hibrid pula menampilkan enjin petrol empat silinder 2.0 liter kitaran Atkinson yang mampu menghasilkan kuasa 204hp dan tork 335Nm. 

Accord Hybrid mendapat suntikan bahan api terus dan dilengkapi dengan dua motor elektrik. 

Selain hibrid, Honda AS masih menawarkan pengecas turbo 1.5 liter dimana ia untuk varian yang lebih rendah, dimana ia mampu menghamburkan kuasa  192 HP seperti lelaran sebelumnya.

Reka bentuk Accord 2023 kelihatan agak sama dengan adiknya, Honda Civic tetapi ada beberapa kekurangannya memandangkan ia kelihatan lebih konservatif berbanding generasi sebelumnya.


Jentera baharu ini didatangkan dengan gril yang lebih besar berbanding Accord sebelum ini dan diapit dengan lampu LED.

Menjengah bahagian belakangnya pula, ia dipasang dengan lampu unit LED jenis tipis memanjang sehingga ke tengah kereta.

Pandangan sisi Honda Accord 2023 pula direka dengan garis bumbung melengkung dan condong yang betul-betul berakhir di hujung sedan seolah-olah Audi 'Sportback'.

Dari segi dimensi, Accord 2023 berukuran 4,971 mm panjang, 1,862 mm lebar dan 1,450 mm tinggi dengan jarak roda 2,830 mm.


Generasi kali ini didatangkan lebih panjang 71mm dan lebih lebar 12mm membuatkannya ia secara teknikalnya merupakan sebuah kereta bersaiz besar. Malah, ruang butnya juga dikatakan paling besar dalam kelasnya memandangkan ia bersaiz 473 liter. 

Melihat kepadadimensinya, ini bermakna kabin dalamannya juga kelihatan cukup luas.

Malah, beberapa bahagian dalamannya juga menerima beberapa penambahbaikan dan gaya kemasan agak 'kontinental'.


Menyentuh mengenai kabin dalamannya, ia dilengkapi dengan sistem infotainmen 12.3 inci iaitu antara paparan terbesar  yang ditawarkan Honda.

Ia juga disokong dengan fungsi sambungan tanpa wayar Apple CarPlay® and Android Auto.

Malah, ia juga menyediakan aplikasi Google Assistant, Google Maps dan pelbagai aplikasi lain boleh dipilih menerusi Google Play. 


Lebih menarik, jentera ini beroperasi menerusi arahan suara Google Assistant selain mendapat navigasi dari maklumat trafik dari Google Maps.

Tidak ketinggalan, tempat duduk pemandu menerima larasan elektrik lapan-hala manakala  roda stereng baharu kelihatan sama seperti roda stereng Civic FE.

Kesemua varian Accord ini diberikan kebolehan untuk mengemaskini perisian secara Over the Air (OTA).

Dari segi keselamatan, ia dilengkapi:

Radar dengan sudut cerapan 120 darjah

Maklumat titik buta (BSI) 

Bantuan Kesesakan Trafik (TJA)

Kawalan Jelajah Adaptif dengan Ikutan Kelajuan Perlahan

Bantuan Pengekalan Laluan (LKAS)

Pengecaman Isyarat Jalan Raya


Jentera ini menawarkan lapan pilihan warna termasuk tiga warna baharu iaitu Meteorite Gray Metallic, Urban Gray Pearl dan Canyon River Blue Metallic.

Honda Accord 2023 ini masih dikilangkan di Honda Marysville Auto Plant di Ohio, Amerika Syarikat.

Tag:

Honda Accord
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Pemandu Honda Accord Maut, Kereta Terbabas, Langgar Tiang MRT

Pemandu Honda Accord Maut, Kereta Terbabas, Langgar Tiang MRT

Setakat semalam, identiti mangsa masih belum dikenal pasti.

13-12-2024
Berita Auto
Honda Accord 2024 Terima ASEAN NCAP 5 Bintang, Tetapi Malangnya...

Honda Accord 2024 Terima ASEAN NCAP 5 Bintang, Tetapi Malangnya...

Ini markah yang berjaya dicapai Honda Accord 2024 setiap kategori dalam ASEAN NCAP...

03-03-2024
Berita Auto
Tiada Lagi Honda Accord Di M'sia

Tiada Lagi Honda Accord Di M'sia

Honda Malaysia mengumumkan bahawa pihaknya akan menghentikan pengeluaran Honda Accord tidak lama lagi.

11-08-2023
Berita Auto
Warga Emas Ini Tak Sengaja Rempuh Kedai, Apa Yang Berlaku?

Warga Emas Ini Tak Sengaja Rempuh Kedai, Apa Yang Berlaku?

Sebuah kereta Honda Accord yang dipandu oleh seorang lelaki warga emas telah merempuh kedai.

28-08-2022
Berita Auto
Reka Bentuk Honda Accord 2024 Bocor! Ini Perinciannya...

Reka Bentuk Honda Accord 2024 Bocor! Ini Perinciannya...

akaran yang memaparkan Honda Accord 2024 terbongkar hasil pemfailan paten Brazil.

13-07-2022
Berita Auto
Honda City & Accord Kini Dengan Warna Baharu

Honda City & Accord Kini Dengan Warna Baharu

Honda Malaysia memperkenalkan warna baharu bagi dua buah model iaitu Honda City dan Honda Accord.

11-03-2022
Pandu Uji
Honda Accord 2020 Gasak Pesaingnya!

Honda Accord 2020 Gasak Pesaingnya!

Kereta sedan segmen D, Honda Accord yang merupakan model generasi ke-10 kali ini tampil dengan penampilan baharu.

02-09-2021
Video
Kereta Honda Accord | Lebih Pintar daripada apa yang anda jangkakan

Kereta Honda Accord | Lebih Pintar daripada apa yang anda jangkakan

Jenama Honda selain dari sedap dibawa, ia lebih pintar daripada apa yang anda jangkakan! Jom tengok review Honda Accord hari ni dengan Caricarz!

27-04-2021

Berita Terkini

Kereta Baru
Dilancar: Maserati GranTurismo Fogore Masuk Malaysia, Kuasa 761 PS, Harga Kayangan -RM998,800

Dilancar: Maserati GranTurismo Fogore Masuk Malaysia, Kuasa 761 PS, Harga Kayangan -RM998,800

Pengimport dan pengedar jenama Maserati tempatan, Naza Italia melancarkan secara rasminya, Maserati GranTurismo Folgore ke pasaran tempatan.

20-06-2025
Kereta Baru
BMW M340i xDrive M Sport Pro 2025 Kini Di Malaysia – Dari RM388,800

BMW M340i xDrive M Sport Pro 2025 Kini Di Malaysia – Dari RM388,800

BMW Group Malaysia terus mengukuhkan barisan model 2025 untuk model 3 Series generasi ketiga (G20) dengan pelancaran rasmi BMW M340i xDrive M Sport Pro versi CKD.

20-06-2025
Kereta Baru
Dilancar: Maserati Grecale Folgore, Harga RM588K, Kuasa 557PS, Boleh Gerak Sejauh 500KM

Dilancar: Maserati Grecale Folgore, Harga RM588K, Kuasa 557PS, Boleh Gerak Sejauh 500KM

Naza Italia turut memperkenalkan satu lagi model elektriknya, Maserati Grecale Folgore ke pasaran tempatan.

20-06-2025
Kereta Baru
SUV Elektrik Ranggi, iCaur 03 Bakal Dilancarkan Q3 2025 – Dari RM145K

SUV Elektrik Ranggi, iCaur 03 Bakal Dilancarkan Q3 2025 – Dari RM145K

iCaur Malaysia bersedia melancarkan model pertamanya, iCaur 03 EV, pada suku ketiga tahun ini. Sebelum itu, ada aktiviti off-road untuk semua...

19-06-2025
Kereta Baru
Bentley Bentayga Speed 2025 Kini Dibuka Untuk Tempahan di Malaysia – Cecah 641 HP!

Bentley Bentayga Speed 2025 Kini Dibuka Untuk Tempahan di Malaysia – Cecah 641 HP!

Selepas dilancarkan di peringkat global pada awal bulan ini, model mewah SUV super Bentley Bentayga Speed 2025 kini sudah boleh ditempah secara rasmi di Malaysia.

19-06-2025
Kereta Baru
Mercedes-Benz G Class Ditayang, Belum Dilancar Lagi Tetapi ROI Sudah Dibuka

Mercedes-Benz G Class Ditayang, Belum Dilancar Lagi Tetapi ROI Sudah Dibuka

Biarpun, ia dibalut dengan pelekat penyamaran berwarna ungu namun ia sebenarnya model Mercedes-Benz G Class Elektrik yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

13-06-2025
Kereta Baru
BMW M4 Competition M xDrive LCI 2025 Rasmi Di Malaysia – Dari RM878,800

BMW M4 Competition M xDrive LCI 2025 Rasmi Di Malaysia – Dari RM878,800

Pameran MY BMW World 2025 yang kini sedang berlangsung menyaksikan kemunculan model BMW M terbaru, iaitu versi facelift bagi BMW M4 Competition M xDrive (G82).

13-06-2025
Kereta Baru
BMW M2 2025 Dilancarkan Di Malaysia – Kekal Ikonik, Dari RM650,800

BMW M2 2025 Dilancarkan Di Malaysia – Kekal Ikonik, Dari RM650,800

Selain pelancaran BMW M5 2025 di MY BMW World 2025, BMW turut memperkenalkan versi terkini model M lain iaitu BMW M2 2025.

13-06-2025