Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Baru Enam Bulan Pakai, Kereta Dah Lesap

Suhana Veru

Kongsi melalui


Satu pertemuan diadakan bagi membincangkan kes kecurian itu. 

Niat untuk menyelenggara kenderaan yang dibeli enam bulan tidak kesampaian apabila kenderaan milik seorang lelaki hilang di sebuah pusat servis kenderaan di Ayer Keroh, Melaka pada 25 Ogos lalu.

Memetik kenyataan laporan Kosmo, mangsa, Tay Han Sin, 49, mendakwa dia terkejut besar sejurus dimaklumkan bahawa dia sebenarnya telah membawa keluar jenteranya dari premis berkenaan.

“Saya berasa terkejut apabila pusat servis memaklumkan saya telah mengambil kereta, sedangkan saya baru hendak berbuat demikian,” katanya.

Bagaimanapun, persoalan mengenai kehilangan jentera mewah itu terjawab apabila  hasil semakan ke atas televisyen litar tertutup (CCTV) di premis mendapati terdapat seorang lelaki tidak dikenali mengambil kunci kereta mangsa.

Susulan itu, mangsa telah membuat satu laporan polis dan setakat ini, kereta mangsa masih belum dikesan.

Di sebalik kejadian ini, harap semua pusat servis kenderaan mengambil langkah berjaga-jaga memandangkan penjenayah semakin bertindak berani mencuri kenderaan di khalayak ramai.


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026
Berita Auto

Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan

Pelajar Automotif Tak Perlu 'Bayang' Lagi, PROTON Sumbang Enjin Sebenar Untuk Dibedah.

29-05-2026
Berita Auto

Axia Terbang Atas Bumbung Rumah

Mujur semua selamat.

29-05-2026
Berita Auto

Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Sanggup 'Tinggal' Sedan & Hatchback, Kenapa Ramai Pakat Beralih Ke Proton X50?

28-05-2026
Berita Auto

Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Tragedi Hitam Aidiladha: 23 Nyawa Terkorban Dalam Masa 24 Jam Pertama Perayaan.

28-05-2026
Berita Auto

Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!

Ingat Kereta Petrol Je? MIROS Kata Geng EV Pun Wajib Amal Eco-Driving.

28-05-2026
Berita Auto
Berita Auto

PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.

26-05-2026