Link Copiedcheck_circle
EV

ChargeSini Tembusi Pengecasan EV Malaysia

Suhana Veru

Kongsi melalui

Anda seorang pengguna Kenderaan Elektrik (EV)?  Jika ya, ada berita baik untuk anda! Ini kerana terdapat penyedia perkhidmatan pengecasan EV yang sudah menembusi pasaran Malaysia. Ia yang dikenali sebagai ChargeSini diasaskan oleh sekumpulan pemikir yang berkecimpung dalam bidang e-dagang dan penyelesaian kejuruteraan.dalam industri elektrikal.

ChargeSini hadir dalam pasaran selepas menyaksikan peningkatan terutama dari segi ketersediaan stesen pengecas EV di pasaran dan penggunaan EV ketika ini.  

Untuk itu, ChargeSini tampil untuk menyelesaikan isu-isu sedia ada yang dihadapi oleh pemilik dan pengguna EV tempatan terutama dari segi stesen pengecas EV yang cukup terhad di Malaysia. 

Jadi, ChargeSini telah bekerjasama dengan pembekal tempatan Sangitech dalam usaha mereka untuk memenuhi keperluan pengguna mereka dengan pelbagai penyelesaian dan produk pengecasan EV. 

Ia menawarkan stesen pengecasan EV di rumah premis perniagaan. Lebih menarik, produk ini mempunyai pensijilan dariapda agensi pemantauan keselamatan TUV Jerman dan Pusat Teknologi Hijau Dan Perubahan Iklim Malaysia (MGTC) melalui skim MyHijau.



Pada masa ini, produk pengecasan EV ini boleh diakses di lokasi terpilih, dengan beberapa yang  ditetapkan dimana ia akan berkembang lebih jauh dari semasa ke semasa.

Sebagai makluman, j Apl ChargeSini  juga akan diperkenalkan tidak lama lagi melalui Apple App Store dan Google Play Store.

Menurut syarikat ChargeSini, aplikasi mudah alih yang akan diperkenalkan ini akan memberikan pemilik EV akses mudah ke rangkaian pengecasan mereka menerusi tiga ciri ringkas iaitu  “Locate”, “Charge”, dan “Pay”.

Ketika ini, ChargeSini menawarkan rangkaian pengecas AC, iaitu kotak dinding Nexus, Nexus Pro dan Nexus Biz dengan output antara 7kW dan 22kW. 

Terdapat juga rangkaian produk pengecas pantas DC yang terdiri daripada unit pengecasan Stellar40, Hyper80, Hyper140 dan Hyper180 dimana ia memberikan output antara 80kW dan 140kW.

ChargeSini juga menawarkan perkhidmatan pemasangan di beberapa kediaman seperti apartmen dan kepada mereka yang berkongsi lot parkir bercampur.


Ia juga mempunyai penyedia perkhidmatan pengecasan kenderaan elektrik (EV) bersepadu dan sistem pengurusan parkir.

Dari sudut perniagaan, ChargeSini menyatakan bahawa produk seperti kotak dinding Nexus Biznya boleh membantu menjana pendapatan pengusaha tempatan  sekitar  RM64,000 dan RM300,000 untuk setahun.

Apapun, semua produk pengecasan EV ChargeSini turut disertakan dengan perlindungan waranti dua tahun.

Jika anda berminat untuk melihat produk ChargeSini, anda boleh kunjungi bilik pamerannya yang terletak di Pandan Indah, Ampang.

Untuk keterangan lanjut, anda boleh melayari laman web ChargeSini di chargesini.com atau hubungi +6011-1638-1880.


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

EV
1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas  Gentari Melalui Aps ChargeSini

1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini

Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.

02-09-2026
EV
Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia

Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia

JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.

02-09-2026
EV
Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia

Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia

Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.

01-09-2026
EV
Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati

Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati

Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?

27-08-2026
EV
Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara

Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara

Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.

26-08-2026
EV
Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV

Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV

PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.

25-08-2026
EV
EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.

24-08-2026
EV
Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar

Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar

Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.

24-08-2026