Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Helikopter Sudah Ditemui, Juruterbang Pula ..

Suhana Veru

Kongsi melalui


Ka Siong menunjukkan lokasi helikopter hilang. 

Pihak berkuasa telah menemui helikopter Eurocopter EC120B namun malangnya, juruterbangnya baru sahaja disahkan meninggal dunia.

Mangsa dikenali sebagai Kapten Zee Khin Richard Chan, 58. 


Juruterbang itu dikejarkan ke Hospital Ipoh, Perak.

Mendiang yang merupakan warga Hong Kong disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Terdahulu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong , juruterbang itu masih hidup dan usaha membawanya keluar dari lokasi nahas sedang dijalankan.



Ka Siong kemaskini perkembangan terkini mengenai helikopter EC120B di Facebook.

“Syukur, saya baru sahaja dimaklumkan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) bahawa helikopter yang terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) semalam telah ditemui di lokasi nahas sekitar Bidor.

“Ketika ini, pasukan penyelamat sedang berusaha untuk membawa juruterbang helikopter keluar dari lokasi tersebut ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh untuk rawatan,” tulisnya di akaun Facebook.


Sebuah helikopter dikerahkan di tempat kejadian. 

Untuk info, helikopter Eurocopter EC120B dengan pendaftaran N409HH milik syarikat swasta itu dilaporkan gagal dihubungi KLATCC pada pukul 12.16 tengah hari semalam.

Kali terakhir ia dikesan terbang pada ketinggian yang cukup rendah di Bidor, Perak menyebabkan penduduk setempat membuat laporan dan akhirnya telah membawa kepada penemuan helikopter berkenaan, pagi tadi.



Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026