- Berita
- Berita Auto
- Himpunan BMW M Terbesar Sempena Hari Malaysia

Aktiviti konvoi yang pernah dilakukan sebelum ini.
Sempena Hari Malaysia dan 50 Jahre M kali ini, Kelab Pemilik M Malaysia akan mengadakan perhimpunan terbesar BMW M terbesar di negara ini.
Perhimpunan yang dikenali sebagai ///Malaysia Day 2022 akan diadakan di pusat beli-belah Lalaport di Bukit Bintang pada Jumaat depan.
Apa yang cukup menarik ialah konvoi kenderaan prestasi BMW M dari pelbagai generasi akan membuat kemunculan pada perhimpunan kali ini.

Sebahagian pemilik BMW yang menyertai konvoi.
Difahamkan, ia yang dibuka kepada umum akan menampilkan lebih daripada 150 buah kenderaan prestasi BMW M, termasuk pameran model-model BMW M yang tertua di dalam negara.
Jadi, jangan melepaskan peluang jika anda mahu melihat koleksi model BMW M tertua di negara ini.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/