- Berita
- Berita Auto
- JLRM Menang Anugerah Peruncit Jaguar Land Rover 2021/2022
-full_normal.jpg)
Tahniah diucapkan kepada Jaguar Land Rover.
Ini kerana Jaguar Land Rover Malaysia (JLRM) berjaya merangkul gelaran utama dalam kategori Peruncit Terbaik (Asia Pasifik) buat kali ketiga sempena Anugerah Peruncit Jaguar Land Rover 2021/2022.
Sebagai info, anugerah tahun ini melibatkan peruncit Jaguar Land Rover dari 13 negara di seluruh rantau.
Pengarah Urusan, Bahagian Runcit dan Pengedaran, Sime Darby Motors Malaysia, Jeffrey Gan berkata, anugerah itu mencerminkan usaha JLRM untuk terus berada di kemuncak dalam segmen kereta mewah.
“Kami teruja dengan pasukan JLRM kerana pencapaian luar biasa ini sehingga menempa nama di persada antarabangsa,” katanya.
-full_normal.jpg)
Nampaknya , prestasi JLRM agak hebat di mata dunia kerana calon bagi Anugerah Peruncit Land Rover dinilai berdasarkan kriteria prestasi terperinci yang meliputi tiga kategori termasuk pemasaran, perkhidmatan jualan dan pelanggan,
Tahniah JLRM kerana mengharumkan nama negara buat kali ketiga.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
