- Berita
- EV
- Mohon Pengecualian Cukai EV Diteruskan, Insentif Sehingga 10 Tahun – MAA
Presiden MAA, Datuk Aishah Ahmad
Persatuan Automotif Malaysia (MAA), berharap agar kerajaan akan meneruskan pengecualian cukai bagi kenderaan elektrik (EV) dalam Bajet 2023 akan datang.
Presiden MAA, Datuk Aishah Ahmad berkata, tindakan menamatkan insentif yang ditawarkan bagi EV masih terlalu awal.
"Kami memohon lanjutan pengecualian cukai import dan eksais sepenuhnya bagi unit siap dibina (CBU) EV sementara pasaran sedang bersiap sedia bagi pertumbuhan EV di Malaysia.

"Kami berharap akan ada insentif sehingga 10 tahun," katanya kepada Bernama.
Berdasarkan Bajet 2022, pembeli EV import atau CBU dapat menikmati pengecualian cukai 100% sehingga 31 Disember 2023 dan EV pemasangan tempatan atau CKD pula sehingga 31 Disember 2025. Insentif ini ditawarkan untuk menarik lebih ramai rakyat Malaysia beralih kepada EV dan menggalakkan syarikat pengeluar kereta melakukan pemasangan EV di dalam negara.
Setakat ini, usaha untuk melakukan pemasangan EV secara sepenuhnya di Malaysia masih sedang dijalankan, dan angka jualan EV unit CBU juga mula menunjukkan kenaikan selepas Bajet 2022 diperkenalkan.

Baca: EV Premium Harga Marhaen: Ini 6 Fakta Penting Smart #1, EV Yang Bakal Dilancarkan Di Malaysia
Komen penulis: Penggunaan EV di negara kita masih belum meluas. Tambahan lagi, kita masih berada di fasa mempertingkat infrastruktur EV negara. Oeh itu, tawaran pengecualian cukai EV ini sebaiknya diteruskan lagi.
Apa pendapat anda tentang isu ini? Kongsikan komen di bawah.
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv