Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Pas My50 RapidKL, Beli 1, Percuma 1

Suhana Veru

Kongsi melalui


Berikut adalah langkah untuk mendapatkan pas My50.

Ada berita baik kepada pengguna baharu pas perjalananMy50 RapidKL!

Ini kerana RapidKL menawarkan promosi hebat buat pengguna baharu My50 yang ingin menggunakan pengangkutan awam.

Untuk makluman, jika anda beli satu pas, anda akan dapat satu lagi pas My50 secara percuma sempena tarikh 9.9. 2022.

Pas pengangkutan tanpa had untuk bas dan tren ini ditawarkan untuk dua orang. 


Ia boleh dibeli pada harga RM50.


Langkah-langkah untuk memohon My50.

Berikut adalah langkah untuk membeli pas ini:

Pengguna baru pertama sekali perlulah memuat turun aplikasi perancang pejalanan Pulse oleh Rapid KL 

Isikan maklumat kedua-dua pengguna pas itu nanti

Bagaimanapun, bukan mudah untuk mendapatkan pas ini. Jika permohonan anda  berjaya, anda akan menerima emel pengesahan pada 8 September, sehari sebelum tarikh penebusan pada 9 September.

Anda boleh membuat penebusan itu di stesen LRT KL Sentral (East Wing) dan Hab Bas Pasar Seni pada 9 September. 

Bagaimanapun, kedua-dua nama pengguna yang didaftarkan itu perlu hadir ketika menebus pas dengan menunjukkan MyKad dan emel pengesahan sebagai bukti.

Anda masih mempunyai masa untuk membuat permohonan kerana tempoh permohonan akan tamat dua hari lagi.

Bagi yang tidak tahu mengenai My50, ia sebenarnya adalah pas perjalanan tanpa had selama 30 hari untuk Rapid KL LRT, MRT, Monorail, BRT, bas Rapid KL dan bas perantara MRT di Lembah Klang.


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto
'Test Speed' Solo Di Jalan Awam, Bakal Jadi Kesalahan Jenayah: Denda Hingga RM10,000, Penjara 2 Tahun

'Test Speed' Solo Di Jalan Awam, Bakal Jadi Kesalahan Jenayah: Denda Hingga RM10,000, Penjara 2 Tahun

Tak Berlumba Pun Kena Saman RM10,000? Ini Maksud Baharu 'Menduga Kelajuan' Yang Wajib Anda Tahu.

21-07-2026
Berita Auto
Susulan Tragedi Pokok Tumbang: DBKL Pergiat Kerja Mitigasi di 6 Lokasi Utama

Susulan Tragedi Pokok Tumbang: DBKL Pergiat Kerja Mitigasi di 6 Lokasi Utama

Isu Pokok Tumbang di KL: Ini 6 Lokasi Fokus Kerja Mitigasi DBKL Minggu Ini.

21-07-2026
Berita Auto
Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.

21-07-2026
Berita Auto
Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru

21-07-2026
Berita Auto
Projek Stesen Sentral Seremban RM100 Juta Dijangka Siap Mac Depan — Anthony Loke
Berita Auto
smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Tragedi Jalan Tun Razak: Lelaki Maut, 7 Sekeluarga Termasuk Bayi Trauma Dihempap Pokok Tumbang Berusia 19 Tahun
Berita Auto
PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026