Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

PERODUA Mulakan Kajian Ativa Hybrid, Tetapi Hanya Terhad Kepada 300 Pelanggan

Suhana Veru

Kongsi melalui


Perodua Ativa Hybrid-Foto Thoriq Azmi.

Nampaknya, PERODUA mengorak setapak ke hadapan apabila syarikat itu memperkenalkan model hibrid pertamanya, Ativa Hybrid dalam satu acara di ibu negara, petang tadi.

Untuk info anda, jentera ini hanya  ditawarkan kepada 300 pelanggan individu dan korporat.

Mungkin anda tertanya-tanya mengapa unit ini dihadkan hanya kepada 300 pelanggan?

Ini jawapannya!

Menurut PERODUA, model hibrid itu bukan untuk dijual di pasaran tempatan memandangkan ia adalah kajian kenderaan elektrik pertamanya serta mobiliti jangka panjang melalui kajian pasaran perkhidmatan.

Kajian itu terbahagi kepada dua bahagian:

1. Memahami tingkah laku pemanduan berkumpulan kenderaan hibrid di lokasi berpenduduk di negara ini di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor Bahru.

2. Memahami penerimaan pengguna terhadap perkhidmatan 'langganan' lima tahun, yang ditawarkan oleh Perodua kepada pelanggan korporat di bawah 'EZ MOBI'.


Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PERODUA, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad, berkata ,Perodua Ativa Hybrid adalah kenderaan terbaik untuk pihaknya mendapatkan pandangan unik mengenai tingkah laku rakyat Malaysia sebagai kumpulan terkawal.

“Data itu akan digunakan untuk mengenalpasti keperluan pelanggan mereka apabila menggunakan kenderaan elektrik,” katanya pada Majlis Langganan Perodua Ativa Hybrid.

Mengulas lanjut mengenai program itu, beliau berkata, program perintis itu akan membolehkan pihaknta melihat tahap penerimaan pelanggan terhadap program langganan jangka panjang sebagai alternatif kepada pembelian dan penjualan kereta secara tradisional.

“Biarpun, kami percaya bahawa pemilikan kenderaan masih lagi menjadi perniagaan utama, namun ada kemungkinan perniagaan langganan kenderaan ini diterima oleh lebih ramai pengguna dalam masa terdekat,” jelasnya.

Berikut perincian mengenai Perodua Ativa Hybrid:

Ada sistem bersiri yang mana set motor elektrik menggerakkan roda kenderaam.

Enjinnya mampu jana kuasa untuk cas enjin.

Guna enjin 1.2L (WA-VEX) 

Boleh gerak sejauh 31.3 kilometer

Sekiranya, anda berminat untuk menggunakan model Ativa hibrid ini, anda cuma perlu membayar RM500 sebulan untuk lima tahun atau perbatuan 100,000 kilometer.

Apakah pendapat anda mengenai program langganan PERODUA?

Kongsikan pandangan anda di bawah ruangan komen ini!


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

15,370 Toyota Terjual, Jenama Bukan Nasional Paling Laris Di Malaysia

Dominasi Toyota Berterusan: Jenama Bukan Nasional Paling Laris di Malaysia.

15-04-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

ERL Tawar Diskaun 90%! MyPutrajaya & MyKLIA Monthly Travel Card kini lebih murah.

14-04-2026
Berita Auto

Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Penempatan PDRM di stesen minyak hanya tertumpu di kawasan sempadan negara.

14-04-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!

14-04-2026
Berita Auto

Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

MICHELIN Primacy 5, kini diperluaskan khusus untuk menepati keperluan kenderaan SUV.

13-04-2026
Berita Auto

Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima ISO 50001:2018

Proton melakar satu lagi sejarah apabila sebagai pengeluar kereta penumpang pertama di Malaysia yang menerima pensijilan berprestij ISO 50001.

13-04-2026
Berita Auto

Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang

10-04-2026