Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Audi A3 Sedan Masuk Malaysia, Sudah Boleh Ditempah

Suhana Veru

Kongsi melalui


PHS Automotive Malaysia (PHSAM)  melancarkan generasi kedua model terkenal Audi A3 Sedan ke pasaran Malaysia.

Audi A3 Sedan ditawarkan pada harga bermula RM331,990.00, Ia dikuasakan oleh enjin 2.0-liter turbo-4 dimana ia mampu menghamburkan kuasa 190PS dan tork 320Nm.

Maka, tidak hairanlah Audi RS 3 Sedan ini  menawarkan kelincahan dan pengendalian dinamik luar biasa dengan kuasa daripada enjin lima silinder yang mampu memecut dari 0 ke 100 kilometer sejam (km/j)dalam masa 3.8 saat.

Menjengah bahagian luarannya,  A3 Sedan menampilkan rupa serba baharu.

Bahagian hadapannya didominasi oleh Singleframe dengan gril bercorak sarang lebah (honeycomb) yang diserlahkan bersama sepasang lampu utama.

Sementara itu, garisan badan A3 Sedan diteruskan hingga ke bampar belakang yang membuatkannya kelihatan lebih panjang dan mennonjolkan gaya belakang yang lebih menonjol dan elegan.

Tahukah anda, rekaan  badan yang kemas dipadankan dengan bahagian belakang sedikit tinggi dan peresap udara yang besar dimana daya seretan lebih rendah, sekali gus mengurangkan penggunaan bahan api dan emisi CO2.


A3 Sedan juga hadir dengan corong udara yang boleh dikawal melalui modul kisi-kisi berkuasa elektrik di bahagian belakang Singleframe. 

Ia berfungsi mengawal aliran udara dengan pintar berdasarkan kepada situasi pemanduan. 

Bahagian dalamannya pula, ia dilengkapi dengan papan pemuka dan konsol tengah baharu pada Audi A3 Sedan direka secara intuitif. 

Untuk itu, maklumat penting terpapar pada sudut pandangan terus pemandu menerusi Audi virtual cockpit plus dan paparan sentuh berwarna MMI bersaiz 10.1 inci.

Malah, platform infohibur modular generasi ketiga (MIB 3) turut menampilkan kuasa perkomputeran yang 10 kali  lebih pantas berbanding model terdahulu. 


Ia boleh disambungkan dengan telefon pintar menerusi muka telefon pintar Audi yang mengintegrasikan telefon iOS dan Android dengan ciri Apple CarPlay dan Android Auto.

Sementara itu, PHSAM  turut membuka tempahan model RS 3 Sedan yang dijual pada harga antara RM650,000 hingga RM750,000.

Anda berminat untuk membeli jentera mewah ini?

Jika ya, anda boleh mengunjungi Pusat Audi di Setia Alam, Glenmarie dan Juru.


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Kereta Baru
JAECOO J5 EV Kini Dibuka Untuk Tempahan Di Malaysia, Anggaran Harga Bermula RM125,000

JAECOO J5 EV Kini Dibuka Untuk Tempahan Di Malaysia, Anggaran Harga Bermula RM125,000

OMODA | JAECOO Kini Jenama Ke-5 Terlaris Di Malaysia, Tempahan Jaecoo J5 EV sudah dibuka.

18-07-2026
Kereta Baru
BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k

BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k

Ruang But 1,510L, Pecut 3.6 Saat! BMW M3 Touring Rasmi Mendarat Di Malaysia.

16-07-2026
Kereta Baru
Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3

Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3

Seni Pembinaan Ringan: Bagaimana BMW M2 CS Baharu Memotong 30kg Untuk Prestasi Maksimum.

16-07-2026
Kereta Baru
DENZA Z9GT Dilancarkan: EV Mewah Yang Boleh Cas 5 Minit Sahaja? Ini Faktanya

DENZA Z9GT Dilancarkan: EV Mewah Yang Boleh Cas 5 Minit Sahaja? Ini Faktanya

EV Paling Laju Cas Kini Di Malaysia! DENZA Z9GT Boleh Cas 10%-70% Dalam 5 Minit Sahaja.

15-07-2026
Kereta Baru
Volkswagen Tayron Dilancar – SUV 7 Tempat Duduk CKD Pekan, Harga Bermula RM189k

Volkswagen Tayron Dilancar – SUV 7 Tempat Duduk CKD Pekan, Harga Bermula RM189k

Gergasi Baharu Di Antara Tiguan & Touareg: Volkswagen Tayron Rasmi Tiba Di Malaysia.

13-07-2026
Kereta Baru
Tempahan DENZA Z9GT Kini Dibuka Di Malaysia, Cas 5 Minit Sahaja

Tempahan DENZA Z9GT Kini Dibuka Di Malaysia, Cas 5 Minit Sahaja

DENZA Z9GT Masuk Malaysia: GT Elektrik 1,156 PS, Sedia 'Tapau' 0-100 Km/J Dalam 2.7 Saat.

09-07-2026
Kereta Baru
Jaecoo J5 EV Didedah, 211 Hp, Jarak Gerak 402km

Jaecoo J5 EV Didedah, 211 Hp, Jarak Gerak 402km

Orang ramai boleh melihat Jaecoo J5 EV di Mid Valley, KL.

09-07-2026
Kereta Baru
Suzuki eVITARA Rasmi Dilancarkan – SUV BEV Pertama Suzuki, Bermula RM188k

Suzuki eVITARA Rasmi Dilancarkan – SUV BEV Pertama Suzuki, Bermula RM188k

Bermula RM188k, Adakah Suzuki e VITARA eAxle Ini Bakal Jadi SUV Elektrik Pilihan Anda?

26-06-2026