- Berita
- Kereta Baru
- Berminat Honda Civic e:HEV RS, Tempahan Kini Dibuka!
-full_normal.jpg)
Civic e:HEV RS adalah varian pertama menggunakan enjin 2.0L dalam legasi keluarga Civic di pasaran Malaysia.
Honda Malaysia mengumumkan bahawa pihaknya sudah membuka tempahan untuk model Civic e:HEV RS.
Ia yang dijana dengan enjin 2.0L e:HEV dikatakan mampu menjana 184PS dan tork boleh mencecah 315Nm.
Sebelum itu, Caricarz ingin memaklumkan bahawa ia merupakan varian e:HEV RS pertama yang menggunakan enjin 2.0L dalam legasi keluarga Civic di pasaran Malaysia.
-full_normal.jpg)
Bahagian enjin.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura berkata, Civic generasi ke-11 yang dilancarkan pada awal tahun ini menerima respons. positif daripada pengguna.
Mana tidaknya, sepanjang tempoh Januari hingga September 2022, lebih 6,000 unit Civic telah terjual.
“Bagi mengukuhkan lagi kehadiran Civic di pasaran, kami teruja untuk memperkenalkan varian baharu yang pertama kali ditawarkan dengan enjin 2.0L e:HEV RS.
“Kami yakin pengenalan model ini akan meningkatkan lagi minat orang ramai terhadap sedan segmen C,” kata katanya.
Apa yang anda perlu tahu mengenai Civic e:HEV RS?
Berikut adalah perinciannya:
• Intelligent Power Unit (IPU) dikuasakan oleh bateri lithium-ion
• Kemasan krom pada gril hadapan
• Rim dua tona bersaiz 18 inci.
• Ada satu corong ekzos berbanding dua pada varian RS
• Ada sambungan Apple CarPlay tanpa wayar
• Kawalan pendingin hawa dua zon
• Pengecas tanpa wayar
-(1)-full_normal.jpg)
Ia dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan.
Menyentuh mengenai sistem keselamatan Honda SENSING, dilengkapi dengan:
• Sistem Notifikasi Kereta Depan Keluar Lorong (LCDN)
• Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
• Ikut Pandu Halaju Rendah (LSF)
• Sistem Brek Mitigasi Perlanggaran (CMBS)
• Sistem Amaran Perlanggaran Depan (FCW)
• Sistem Bantuan Kekal Lorong (LKAS)
• Mitigasi Tukar Lorong (RDM)
• Amaran Tukar Lorong (LDW)
• Lampu Suluh Tinggi Auto (AHB)
Adakah anda berminat dengan jentera baharu ini?
Jika ya, anda sudah boleh membuat tempahan di prebook.honda.com.my.
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

