Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Bahana Tidak Sabar! Langgar Lampu Isyarat, 1 Maut

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Kemalangan membabitkan dua kenderaan dengan satu mangsa maut (Foto: Media sosial)

Bahana tidak sabar, kerana langgar lampu isyarat, tragedi yang meragut nyawa berlaku pada hari Selasa lalu. Kemalangan tersebut menyebabkan nyawa seorang pemandu melayang selepas tercampak keluar daripada kenderaan.

Kemalangan di Ampang Jaya itu berlaku pada jam kira-kira 11.50 malam membabitkan kereta jenis Proton Waja dan Perodua Alza, kata Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak.

Kemalangan berpunca daripada kecuaian salah seorang pemandu untuk mematuhi isyarat lampu merah (Foto: Media sosial)

"Kemalangan dipercayai berlaku ketika pemandu kereta Proton Waja berusia 24 tahun bergerak lurus dari Lembah Jaya menuju ke Kuala Lumpur telah melanggar bahagian sisi kiri kereta Perodua Alza yang sedang membelok masuk ke Bandar Baru Ampang.

Keadaan Perodua Alza selepas kemalangan (Foto: Media sosial)

“Pelanggaran tersebut telah menyebabkan pemandu Perodua Alza tercampak keluar dari kereta yang dipandu.

“Mangsa berusia 32 tahun dan pemandu Waja berusia 24 tahun telah cedera parah dan dihantar ke Hospital Ampang dengan ambulans untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sisa kemalangan (Foto: Media sosial)

Walau bagaimanapun, pemandu kereta Perodua Alza tersebuh telah disahkan meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Ampang pada jam 7 pagi semalam. 

Siasatan awal mendedahkan, kejadian ini berpunca daripada kecuaian salah seorang pemandu yang tidak mematuhi lampu isyarat merah.  

Orang ramai yang memiliki sebarang maklumat mengenai kejadian diharapkan dapat menghubungi  Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya Inspektor Nur Nadzirah binti Abdul Rahim di talian 012-4401093.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Kosmo!

ARTIKEL BERKAITAN

Baca: Misteri Perodua Kancil & Sekujur Tubuh Terbakar 100 Peratus

Baca: Nyaris Maut! Lori Kontena Hempap Kereta

Baca: Cucu Kehilangan Nenek, Lori Termasuk Laluan Bertentangan

Baca: Lelaki Reka Tagline 'On X On' Maut Dirempuh Kereta

Baca: Pintu Kereta Dirempuh Hancur! Video Live Peniaga Ini Mengejutkan Orang Ramai





Tag:

kemalangan
Perodua Alza
Proton Waja
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Satu Hari, 2,088 Nahas: Disiplin Jalan Raya Makin Merosot?

Sebanyak 2,088 kes kemalangan dilaporkan berlaku di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sahaja semalam.

05-05-2026
Berita Auto

Mangsa Kemalangan Maut, Tercampak Ke Dalam Lubang Pembentung

Seorang pelajar tingkatan dua maut selepas motosikal yang dinaiki bersama abangnya terjatuh ke dalam lubang pembetung.

03-02-2026
Berita Auto

Rempuh Plaza Tol, Warga Emas Maut

Lelaki warga emas maut manakala isterinya hanya cedera ringan selepas kenderaan pacuan empat roda dipandunya terbalik setelah merempuh tembok di Plaza Tol Bentong, Pahang kelmarin.

27-01-2026
Berita Auto

Motosikal Gesel, Remaja Maut

Seorang remaja lelaki maut manakala tujuh lagi cedera selepas motosikal yang mereka tunggang bergesel antara satu sama lain dalam kemalangan di Kilometer 8.2 Lebuh Raya Butterworth-Kulim (BKE).

26-01-2026
Berita Auto

Kereta Terbakar Depan Tol Plaza Jitra, 2 Rentung

Dua individu rentung dalam sebuah kereta yang musnah dalam kebakaran di Plaza Tol Jitra, Lebuhraya Utara Selatan, arah utara, di sini, awal pagi hari ini.

19-01-2026
Berita Auto

Kereta Kemek Dirempuh Tayar Treler

Seorang pemandu berdepan detik cemas apabila keretanya dihempap tayar treler yang tercabut dari sebuah ‘flyover’ berhampiran pusat beli-belah IOI Putrajaya, kelmarin.

12-01-2026
Berita Auto

Kereta Terbabas, Warga Emas Maut Tertusuk Besi

Seorang warga emas berusia 67 tahun maut selepas keretanya tertusuk sebatang tiang besi di Jalan Thean Theik, Pulau Pinang, pagi tadi.

29-12-2025
Berita Auto

Dalam 11 Bulan, 39,259 Kemalangan Direkod Di Perak

Sebanyak 39,259 kes kemalangan direkodkan di Perak sepanjang tempoh 11 bulan sejak Januari tahun ini.

15-12-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Gaji RM2k Tapi Idam Honda RM85k: Ejen Kereta Dedah Silap Besar Anak Muda Baru Habis Rekrut!

Biar Papa Asal Bergaya? Tren Anak Muda Baru Kerja Terus Nak Angkat Honda, Bikin Ejen Kereta Risau!

15-05-2026
Berita Auto

Bilik Pameran BYD Mansion Macalister Dibuka Rasmi

BYD Perkukuh Pasaran EV Zon Utara, Rai Pemilik Ke-5,000 Di Pelancaran BYD Mansion Macalister

15-05-2026
Berita Auto

MINI EXPO 2026 Pertama Di 1 Utama

Bukan Sekadar Kereta Comel: 'Keluarga' MINI Berkumpul Di 1 Utama, Siap Boleh Pandu Uji!

15-05-2026
Berita Auto

Perodua 2030: Era EV & Hibrid Bermula

PERODUA mengunjurkan jumlah keseluruhan industri (TIV) automotif Malaysia mencecah kira-kira satu juta unit menjelang 2030.

15-05-2026
Berita Auto

JAC N90 Dilancarkan: Harga Bermula RM118,000

Lori Rasa 'Sedan'? JAC N90 Serba Baharu Kini Di Malaysia – Jaminan 6 Tahun!

15-05-2026
Berita Auto

Tiada Pemotongan Subsidi RON95 Untuk T20 - Menteri Pengangkutan

T20 Terlepas Dari Penarikan Subsidi? Ini Penjelasan Terbaharu Anthony Loke Tentang BUDI95

15-05-2026
Berita Auto

Automechanika KL 2026: Malaysia Kini Hab Strategik Automotif ASEAN

Edisi ke-15 Automechanika Kuala Lumpur tampil sebagai platform strategik dalam membentuk hala tuju mobiliti di rantau Asia Tenggara.

14-05-2026
Berita Auto

Isi Minyak 2 Kali Dalam 90 Minit, Lelaki 'Terlebih Rajin' Akhirnya Ditangkap!

Kenapa Pajero Ini Isi Minyak Dua Kali? Jawapannya Bongkar Rahsia Di Tangki Bawah!

14-05-2026