Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Disangka Jalan Masih Tutup, Kereta Dirempuh Treler, Seorang Maut

Sofea Najmi

Kongsi melalui


Disangka jalan masih tutup, sebuah kereta keluar dari simpang secara meluru, akibatnya? Kereta dipandu dirempuh treler, seorang penumpang wanita maut. Kejadian berlaku di Kilometer 12, Jalan Bentong-Raub pada jam 11 malam,  semalam. 


Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, ketika kemalangan, kereta tersebut dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Raub, Pahang. Mangsa yang meninggal dalam tragedi ngeri ini, Wan Foong Kueen, 57, menaiki kereta tersebut bersama tiga penumpang lain dan dipandu oleh seorang lelaki. 


“Setibanya di Simpang Lebu, pemandu kereta membelok ke kanan untuk keluar ke jalan utama menghala ke Raub. Tiba-tiba datang sebuah treler dari arah Raub melanggar bahagian sisi kanan kereta tersebut mengakibatkan kereta itu berpusing.


“Seorang penumpang wanita yang duduk di belakang cedera parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Pemandu kereta dan tiga lagi penumpang pula cedera,” katanya di sini hari ini.


Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Bentong untuk dibedah siasat sementara mangsa yang cedera diberikan rawatan di hospital sama.


Seorang ahli komuniti Facebook "Kami Penduduk Bentong," Muhammad Muzzafar berkata, "Rasanya dah boleh pihak berwajib wujudkan lampu isyarat di persimpangan ini. Dah banyak makan nyawa," ujarnya.

Kemalangan ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Kosmo, Facebook


Baca: Terlanggar Sofa Di Tengah Jalan, Warga Emas Ini Maut

Baca: Myvi Buat Pusingan U Tiba-Tiba! Ibu Maut, Anak Parah

Tag:

kemalangan
kemalangan maut
Bentong
Pahang,
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Lori Jadi Benteng Selamatkan Kereta Lain Daripada Dirempuh Bas Ekspres

Tindakan Berani Pemandu Lori ‘Korban’ Kenderaan Sendiri Demi Sekat Bas Ekspres Hilang Kawalan Dipuji.

16-06-2026
Berita Auto

Satu Hari, 2,088 Nahas: Disiplin Jalan Raya Makin Merosot?

Sebanyak 2,088 kes kemalangan dilaporkan berlaku di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sahaja semalam.

05-05-2026
Berita Auto

Mangsa Kemalangan Maut, Tercampak Ke Dalam Lubang Pembentung

Seorang pelajar tingkatan dua maut selepas motosikal yang dinaiki bersama abangnya terjatuh ke dalam lubang pembetung.

03-02-2026
Berita Auto

Rempuh Plaza Tol, Warga Emas Maut

Lelaki warga emas maut manakala isterinya hanya cedera ringan selepas kenderaan pacuan empat roda dipandunya terbalik setelah merempuh tembok di Plaza Tol Bentong, Pahang kelmarin.

27-01-2026
Berita Auto

Motosikal Gesel, Remaja Maut

Seorang remaja lelaki maut manakala tujuh lagi cedera selepas motosikal yang mereka tunggang bergesel antara satu sama lain dalam kemalangan di Kilometer 8.2 Lebuh Raya Butterworth-Kulim (BKE).

26-01-2026
Berita Auto

Kereta Terbakar Depan Tol Plaza Jitra, 2 Rentung

Dua individu rentung dalam sebuah kereta yang musnah dalam kebakaran di Plaza Tol Jitra, Lebuhraya Utara Selatan, arah utara, di sini, awal pagi hari ini.

19-01-2026
Berita Auto

Kereta Kemek Dirempuh Tayar Treler

Seorang pemandu berdepan detik cemas apabila keretanya dihempap tayar treler yang tercabut dari sebuah ‘flyover’ berhampiran pusat beli-belah IOI Putrajaya, kelmarin.

12-01-2026
Berita Auto

Kereta Terbabas, Warga Emas Maut Tertusuk Besi

Seorang warga emas berusia 67 tahun maut selepas keretanya tertusuk sebatang tiang besi di Jalan Thean Theik, Pulau Pinang, pagi tadi.

29-12-2025

Berita Terkini

Berita Auto

'Test Speed' Solo Di Jalan Awam, Bakal Jadi Kesalahan Jenayah: Denda Hingga RM10,000, Penjara 2 Tahun

Tak Berlumba Pun Kena Saman RM10,000? Ini Maksud Baharu 'Menduga Kelajuan' Yang Wajib Anda Tahu.

21-07-2026
Berita Auto

Susulan Tragedi Pokok Tumbang: DBKL Pergiat Kerja Mitigasi di 6 Lokasi Utama

Isu Pokok Tumbang di KL: Ini 6 Lokasi Fokus Kerja Mitigasi DBKL Minggu Ini.

21-07-2026
Berita Auto

Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.

21-07-2026
Berita Auto

Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru

21-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026