Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Isu Kekurangan Bekalan Industri Automotif Semakin Pulih

Sofea Najmi

Kongsi melalui




Akhirnya! Masalah kekurangan bekalan dalam industri automotif kembali pulih hampir sepenuhnya. 


Kebanyakan pengeluar kenderaan kini mula menerima bekalan cip semikonduktor yang mencukupi, namun begitu, masih ada kekurangan untuk sesetengah komponen.


Teknologi yang memerlukan cip semikonduktor (Sumber: Semiconductor Engineering/McKinsey)


Menurut penganalisis RHB Investment Bank Bhd, Jim Lim Khai Xhiang, isu rantaian bekalan semikonduktor ini walau bagaimanapun masih wujud bagi syarikat seperti Bermaz Auto dan Tan Chong Motor. Sementara itu, bekalan bagi pengeluar kereta nasional pula dikhabarkan sudah semakin pulih. 


"Rata-rata pengeluar kereta berjaya mendapatkan bekalan cip mencukupi, namun sesetengahnya masih kekurangan komponen.


"Industri automotif tempatan mencatatkan jualan kukuh pada September dengan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) menjual 24,626 unit, sekali gus menunjukkan kekurangan buruh di pembekal komponennya berjaya diselesaikan.




"Sebaliknya, pengeluar kereta Eropah tertentu masih tiada bekalan mencukupi untuk abah-abah wayar, pembesar suara dan penderia," katanya dalam nota penyelidikan.




Tambah beliau, walaupun sektor automotif dijangka akan kembali kukuh pada dua suku terakhir tahun ini, perwajaran (weighting) sektor kekal di tahap neutral “berdasarkan prospek berhati-hati 2023 yang mampu memberi tekanan kepada sentimen pelabur,” dipetik daripada Harian Metro. 


Sumber: Harian Metro


ARTIKEL BERKAITAN


Baca: Toyota Dan Perodua Miliki Tunggakan Tempahan Tinggi


Baca: Hyundai Bakal Hasil Semikonduktor Sendiri


Baca: Tempoh Menunggu Mercedes-Benz Cecah 6 Bulan



Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Perhatian Pengguna LRT, Laluan Tren Kelana Jaya Beroperasi Biasa!

Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) menegaskan bahawa tiada sebarang gangguan perkhidmatan tren di Laluan Kelana Jaya pagi tadi.

27-02-2026
Berita Auto

Mazda MX-5 Generasi Baharu Bakal Guna Sistem Hibrid?

Masa depan Mazda MX-5 akhirnya terjawab. Generasi baharu roadster Mazda ini bakal tiba dengan teknologi elektrik. Sistem trenkuasa model generasi ‘NE’ itu terpaksa melalui transformasi yang drastik.

27-02-2026
Berita Auto

Satu Lagi Tren Dikeluarkan Dari Laluan Kelana Jaya, Pengguna Pula Berang

RapidKL mengesahkan bahawa sebuah tren telah dikeluarkan daripada perkhidmatan di Stesen Damai akibat isu teknikal.

27-02-2026
Berita Auto

Jangan Ingat Kami Tak Tahu! Pegawai JPJ Tali Barut Kartel Tonto Dalam Radar SPRM

Isu kartel tonto yang membarah dalam kalangan penguatkuasa akhirnya mendapat perhatian serius.

27-02-2026
Berita Auto

Komponen Axia Hilang, Kejadian Di Putrajaya

Beberapa komponen kenderaan termasuk tayar melibatkan dua kereta Perodua Axia hilang.

26-02-2026
Berita Auto

Isu Kereta Terbiar, Kerajaan Hasrat Pinda Akta

Kerajaan berhasrat untuk meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) bagi memperluas skop kawasan penguatkuasaan untuk menguruskan isu kenderaan terbiar dalam kawasan perumahan strata.

26-02-2026
Berita Auto

PM Puji Keberanian 7 Pemuda Selamatkan Tiga Mangsa Kemalangan Di Tasik Biru

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah buat tujuh pemuda yang bertindak berani menyelamatkan tiga mangsa kemalangan di Tasik Biru, Kundang, Rawang, semalam.

26-02-2026
Berita Auto

Harga RON97, RON95, Diesel Naik 5 Sen Hingga 4 Mac 2026

Harga runcit terkini bagi bahan api bermula 26 Februari hingga 4 Mac depan telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan.

26-02-2026