Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Jualan UMWT Meningkat, Maka Toyota Harrier 2.0L Edisi Khas Diperkenalkan

Suhana Veru

Kongsi melalui


UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) mencatatkan jualan Toyota sebanyak 9,098 unit manakala, Lexus hanya 135 unit pada bulan lepas.

Ini bermakna, jumlah keseluruhan untuk bulan lalu adalah 9,233 unit (Toyota + Lexus), berbanding 9,091 unit (Toyota + Lexus) yang dicatatkan pada Ogos 2022.

Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K berkata, pihaknya mengucapkan terima kasih dengan sokongan positif yang diterima daripada para pelanggannya.

“Kami akan mempergiatkan pengeluaran dan memastikan penghantaran boleh dibuat pada masanya kepada pemilik kereta baharu,” katanya dalam satu kenyataan.


RAVINDRAN K.

Berbalik kepada data jualan UMWT, jualan tahunan yang direkodkan sehingga kini untuk September 2022 adalah sebanyak 70,872.

Ini bermakna, terdapat peningkatan jualan sebanyak 15 peratus dari tahun sebelumnya.

Sementara itu, bagi jumlah jualan tahunan sehingga kini yang didaftarkan untuk September 2022 adalah sebanyak 70,872 unit berbanding 46,118 unit pada September 2021.

Ini menunjukkan terdapat peningkatan positif sebanyak 54 peratus daripada tahun sebelumnya.

Di sebalik statistik ini, untuk makluman anda, UMWT kini menawarkan Toyota Harrier 2.0L edisi khas dimana beberapa cirinya menerima penambahbaikan.


Toyota Harrier 2022

Antara penambahbaikannya ialah Pemantau Pandangan Panoramik, Toyota Safety Sense yang dikemas kini dengan ciri seperti pengesanan Brek Pra-Perlanggaran, Amaran Berlepas Lorong dan Radar Dinamik, termasuk Kawalan Jelajah yang bertujuan untuk menawarkan pemanduan yang lebih selamat dan lancar.


Kabin Toyota Harrier.

Ia didatangkan dalam lima warna termasuk Slate Grey Metallic, Precious Black, Steel Blonde Metallic, Dark Blue Metallic dan Platinum White Pearl. 

Jika anda berminat untuk membeli Harrier 2022, tempahan sebenarnya telah dibuka.

Ia ditawarkan pada harga RM274,000 (harga atas jalan) tanpa insurans.

Untuk maklumat lanjut, layari https://toyota.com.my.



Tag:

Lexus
Toyota Harrier
UMW Toyota Motor (UMWT)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global
Semua Varian SUV Elektrik Lexus RZ Diberikan Ciri Baharu Di Jepun – Lebih Berkuasa & Efisien

Semua Varian SUV Elektrik Lexus RZ Diberikan Ciri Baharu Di Jepun – Lebih Berkuasa & Efisien

Selain pelancaran varian RZ600e F Sport, Lexus turut mengumumkan kemas kini besar-besaran bagi seluruh barisan ‘keluarga’ model RZ di Jepun.

30-12-2025
EV
Lexus Perkenalkan RZ600e F Sport Di Jepun – EV 'Menakutkan' Di Litar

Lexus Perkenalkan RZ600e F Sport Di Jepun – EV 'Menakutkan' Di Litar

Lexus nampaknya ingin membuktikan bahawa kenderaan elektrik (EV) juga mampu menyerlahkan aura ‘menggerunkan’ di litar perlumbaan.

26-12-2025
Global
Toyota Rancak Bangunkan GR GT, GR GT3 & Konsep EV Lexus LFA – Prestasi Luar Biasa

Toyota Rancak Bangunkan GR GT, GR GT3 & Konsep EV Lexus LFA – Prestasi Luar Biasa

Toyota Gazoo Racing kini sedang membangunkan GR GT dengan enjin V8 twin-turbo + hibrid (640 hp) dan casis aluminium. Turut diberikan tumpuan adalah pembangunan model khas untuk kegunaan litar, GR GT3 dan model konsep elektrik, Lexus LFA.

08-12-2025
Global
Lexus Sport Concept Adalah Pengganti LFA?

Lexus Sport Concept Adalah Pengganti LFA?

Lexus Sport Concept dikatakan akan menjadi pengganti kepada model supercar LFA.

17-08-2025
Berita Auto
Sedan Mewah Lexus IS 500 Bakal Ditamatkan Pengeluaran – 'Climax Edition' Jadi Penutup

Sedan Mewah Lexus IS 500 Bakal Ditamatkan Pengeluaran – 'Climax Edition' Jadi Penutup

Setelah tiga generasi, Lexus IS 500, sedan sport dengan enjin V8 yang popular, dijangka akan menghentikan pengeluarannya pada penghujung tahun ini.

24-06-2025
Global
Auto Shanghai 2025: Lexus ES 2026 Didedah! Ada Versi Elektrik, HEV

Auto Shanghai 2025: Lexus ES 2026 Didedah! Ada Versi Elektrik, HEV

Lexus ES 2026 akan ditawarkan dengan dua pilihan trenkuasa iaitu hibrid (HEV) dan EV.

23-04-2025
Global
Lexus RX 2025 Dikemaskini – Lebih Sporty dengan F Sport Design & Black Line Special Edition

Lexus RX 2025 Dikemaskini – Lebih Sporty dengan F Sport Design & Black Line Special Edition

Lexus RX, antara model terlaris Lexus, telah diberikan kemas kini untuk model tahun 2025 (2025MY).

23-08-2024
Berita Auto
Lebih 8K Model Toyota, Lexus Terjual

Lebih 8K Model Toyota, Lexus Terjual

UMWT mencatatkan pretasi yang cukup positif, pada bulan lepas.

12-06-2024

Berita Terkini

Berita Auto
Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

ERL Tawar Diskaun 90%! MyPutrajaya & MyKLIA Monthly Travel Card kini lebih murah.

14-04-2026
Berita Auto
Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Penempatan PDRM di stesen minyak hanya tertumpu di kawasan sempadan negara.

14-04-2026
Berita Auto
Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!

14-04-2026
Berita Auto
Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

MICHELIN Primacy 5, kini diperluaskan khusus untuk menepati keperluan kenderaan SUV.

13-04-2026
Berita Auto
Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima  ISO 50001:2018

Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima ISO 50001:2018

Proton melakar satu lagi sejarah apabila sebagai pengeluar kereta penumpang pertama di Malaysia yang menerima pensijilan berprestij ISO 50001.

13-04-2026
Berita Auto
Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang

10-04-2026
Berita Auto
Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV

Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV

Kawal Chery Tiggo 7 & 8 PHEV Di Hujung Jari – Aplikasi CarLinko Kini Rasmi Di Malaysia.

10-04-2026