Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Nyaris Maut! Lori Kontena Hempap Kereta

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Pemandu wanita yang juga seorang pekerja kilang nyaris maut dihempap kontena (Foto: Media Sosial/Pak Ngah Sahir)


Meremang bulu roma jika dibayangkan situasi yang dilalui seorang pemandu wanita baru-baru ini. 


Dalam kejadian yang berlaku di Jalan Sungai Pinang, Klang, semalam, seorang wanita nyaris maut apabila kereta dipandunya dihempap oleh sebuah lori kontena. Puncanya? Tayar lori tersebut meletup!


Tragedi pada jam 12.40 tengahari itu menyebabkan wanita yang  berusia 36 tahun itu patah tangan kiri dengan keretakan pada bahu. 


Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisoner Cha Hoong Fong berkata, kontena yang dipandu seorang lelaki itu datang dari arah Westport menuju ke sebuah kilang di situ. 




“Sewaktu mahu membelok ke kiri, tayar kanan hadapan lori berkenaan dikatakan tiba-tiba meletup.


“Keadaan itu menyebabkan pemandunya gagal mengawal pemanduan lalu terbalik dan menghempap kereta mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.




Pemandu wanita itu telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk menerima rawatan. Keadaannya dilaporkan stabil. 


Kereta yang dinaikinya remuk pada bahagian bumbung dan juga bonet hadapan. 


Kejadian ini disiasat berdasarkan Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


Sumber berita: Utusan | Sumber foto: Media Sosial/Pak Ngah Sahir


ARTIKEL BERKAITAN

Baca: Lebuhraya Dash Ragut Nyawa Pertama, "Hati-Hati Guna Dash, Jalan Terlalu Beralun," - Pengguna Dash


Baca:
Turun Bukit, Lori Brek Tak Berfungsi!


Baca: Pelik Tapi Benar, Honda Mendarat Atas Mercedes! Panjang Ceritanya...



Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Promosi Servis Proton 2026: Diskaun Alat Ganti & Semakan Percuma

Kempen Stay Safe & Save Proton: Penjimatan Diskaun Bateri & Brek.

04-09-2026
Berita Auto

Misteri Buih Tebal di Lebuhraya KESAS Terjawab

Lebuhraya KESAS Dipenuhi Buih Tebal, Polis Sahkan Punca Tumpahan Sabun.

04-09-2026
Berita Auto

ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

Tedung & Kala: 263 Aset Baharu ATM RM164.9 Juta.

04-09-2026
Berita Auto

GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.

03-09-2026
Berita Auto

Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.

03-09-2026
Berita Auto

Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal

03-09-2026
Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026