- Berita
- EV
- PERHATIAN! Ada Dua Fasiliti BMW I Charging Di The Datai Langkawi

BMW Group Malaysia dan Tian Siang Premium Auto, hari menawarkan dua fasiliti BMW i Charging baharu di pusat resort The Datai Langkawi, Langkawi.
Ketua Komunikasi Korporat di BMW Group Malaysia, Sashi Ambi berkata, pihaknya mahu terus merealisasikan visi mobiliti karbon neutral di Malaysia melalui kenderaan elektrik premium BMW i serta rangkaian BMW i Charging.
“Kerjasama ini menekankan komitmen BMW Group Malaysia untuk membekalkan pengalaman pemilikan elektrik bertaraf premium kepada semua pemilik kenderaan elektrik (EV) di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

BMW iX.
Untuk menggiatkan lagi penerimagunaan mobiliti elektro di pulau tersebut, para tetamu The Datai Langkawi juga boleh mencuba memandu BMW iX menerusi peluang memandu uji yang disediakan untuk tempoh terhad.
Untuk info, dua fasiliti BMW i Charging baharu ini juga terletak di lokasi yangsesuai demi kemudahan pengguna, iaitu berhampiran pintu masuk resort tersebut untuk diakses oleh para tetamu.
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/