Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Perlumbaan Drag Tiada Kelulusan, Litar Hanya Untuk Motor Sahaja

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Al-fatihah kepada mangsa, Muhamad Hafez Jamal Jamaludin


Baru-baru ini hangat berita tentang kemalangan maut yang berlaku dalam satu perlumbaan drag yang diadakan di Terengganu. Insiden di Perlumbaan Battle of King (BOTK) 2022, Litar Perlumbaan Terengganu, Gong Badak, Sabtu lalu itu telah meragut nyawa pelumba drag, Apeh Jamal atau nama sebenarnya Muhamad Hafez Jamal Jamaludin, 40.


Baca: Peserta Perlumbaan Drag Maut



Kereta yang dipandunya hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh sebatang pokok berhampiran trek

KENYATAAN DARIPADA MOTORSPORTS ASSOCIATION OF MALAYSIA (MAM)

Sebagai respon kepada tragedi ini,  badan yang menyelia aktiviti sukan permotoran di Malaysia, Motorsports Association of Malaysia (MAM) telah mengeluarkan satu kenyataan media. 


Menurut MAM, “Pemilik litar atau pelumba berkewajipan untuk mematuhi segala kaedah-kaedah, peraturan-peraturan, protokol-protokol yang ketat yang telah ditetapkan demi memastikan tahap keselamatan yang tertinggi, meningkatkan persaingan dan akhirya memberi peluang kepada pelumba dan penonton untuk menikmati acara perlumbaan tersebut.

Acara yang diadakan perlu dikawal-selia MAM dan mematuhi garis panduan yang ditetapkan pihak Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) dan Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM) membabitkan aspek:

  • Penganjur

  • Kemudahan

  • Peserta

  • Kenderaan


“Acara-acara sukan permotoran yang dikawal-selia akan memberi parameter yang jelas kepada penganjur-penganjur dan peserta-peserta mengenai persekitaran perlumbaan yang selamat,” tulis kenyataan MAM itu.



ACARA DRAG BOTK 2022 TIADA KELULUSAN


Persatuan tersebut mendedahkan, acara yang diadakan baru-baru ini tidak mendapat kelulusan dan dikawal-selia oleh pihak MAM. 


“Untuk tahun 2022, kemudahan Litar Gong Badak hanya dibenarkan oleh pihak MAM untuk acara litar dua roda iaitu, Petronas Malaysian CubPrix, dengan keperluan keselamatan tambahan.


“Pihak MAM tidak pernah memberi sebarang kelulusan untuk lumba drag di litar Gong Badak.”


PERBINCANGAN BERKENAAN PENYEDIAAN KEMUDAHAN DRAG PERNAH DIADAKAN


Sebelum ini, pihak MAM telahpun mengadakan perbincangan dengan Kementerian Belia & Sukan (KBS) berkenaan spesifikasi kemudahan yang diperlukan untuk perlumbaan drag untuk mendapatkan kelulusan oleh FIA dan FIM. 


“Spesifikasi-spesifikasi berkenaan adalah termasuk kemudahan penyelenggaran yang murah dan rendah serta keselamatan yang tinggi bagi membolehkan sukan perlumbaan drag membangun dan berkembang selaras dengan pengumuman oleh Perdana Menteri YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob baru-baru ini.


“MAM juga telah dijemput oleh Kerajaan Negeri Terengganu untuk meneliti kejadian tersebut dan yang lebih penting, untuk membincangkan dengan lebih lanjut mengenai keperluan bagi memastikan keselamatan litar diperbaiki bagi mengelak kejadian sedemikian berulang.


“MAM akan terus mempromosikan acara-acara yang dikawal-selia untuk menjadikan sukan permotoran lebih selamat dari segi semua disiplin di dalam Sukan Permotoran,” kata MAM.


Sumber: Motorsports Association of Malaysia (MAM)


ARTIKEL BERKAITAN


Baca: Peserta Perlumbaan Drag Maut

Baca: Maut Ikut GPS! Rupanya Dibawa Ke Jambatan Yang Sudah Runtuh

Baca: Pelik Tapi Benar, Honda Mendarat Atas Mercedes! Panjang Ceritanya...

Baca: Turun Bukit, Lori Brek Tak Berfungsi!


Tag:

FIA
kemalangan maut
MAM
DRAG
BOTK 2022
Motorsports Association of Malaysia (MAM)
Persekutuan Automobil Antarabangsa
Persekutuan Motosikal Antarabangsa
FIM
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

03-10-2023
Berita Auto

Pasukan Virage Beraksi Musim Pertama LMP2 Pada Tahun Ini

Jazeman Jaafar akan kembali menyertai Pasukan Virage untuk bersaing dalam Siri Le Mans Eropah 2022.

21-02-2022
Berita Auto

09-11-2022
Berita Auto
Berita Auto

19-09-2022
Berita Auto
Berita Auto
Berita Auto

15-10-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

ERL Tawar Diskaun 90%! MyPutrajaya & MyKLIA Monthly Travel Card kini lebih murah.

14-04-2026
Berita Auto

Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Penempatan PDRM di stesen minyak hanya tertumpu di kawasan sempadan negara.

14-04-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!

14-04-2026
Berita Auto

Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

MICHELIN Primacy 5, kini diperluaskan khusus untuk menepati keperluan kenderaan SUV.

13-04-2026
Berita Auto

Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima ISO 50001:2018

Proton melakar satu lagi sejarah apabila sebagai pengeluar kereta penumpang pertama di Malaysia yang menerima pensijilan berprestij ISO 50001.

13-04-2026
Berita Auto

Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang

10-04-2026
Berita Auto

Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV

Kawal Chery Tiggo 7 & 8 PHEV Di Hujung Jari – Aplikasi CarLinko Kini Rasmi Di Malaysia.

10-04-2026