Link Copiedcheck_circle
Tips

Pernah Jumpa 7 Jenis Pemandu Ini Ketika Memandu? Kongsikan Pengalaman Anda!

Suhana Veru

Kongsi melalui

Seperti sedia maklum, terdapat pelbagai jenis pemandu di negara ini, ada yang gemar memandu laju dan tidak kurang yang memandu seperti "kura-kura" di lorong laju.

Malah, ada juga yang gemar memotong kereta, menyalakan lampu bertubi-tubi dan terdapat segelintir pemandu yang suka membunyikan hon ketika berada dalam keadaan marah.

Teringat masa saya mula-mula memandu kereta kira-kira 15 tahun lalu, level keyakinan dalam pemanduan ketika itu sememangnya amat rendah.

Nyata, ketika itu tiada mana-mana pemandu yang bersimpati dengan saya walaupun tertera pelekat “P” di hadapan dan belakang cermin kereta.

Sebaliknya, hampir semua pemandu membunyikan hon kerana tidak berpuas hati dengan pemanduan saya yang mungkin terlalu perlahan buat mereka.

Maklumlah, ketika itu saya memandu kereta manual sememangnya saya memerlukan IQ yang tinggi untuk menyeimbangkan klac dan pedal minyak.

Di sebalik  sikap pemandu di Malaysia, maka tidak hairanlah statistik menunjukkan 3,700 mangsa mati akibat cedera dalam kemalangan pada setiap hari.

Maka, adalah sangat penting untuk sentiasa menyedari apa yang kita lakukan di atas jalan raya dan janganlah sehingga cara pemanduan kita itu membahayakan pengguna jalan raya yang lain sehingga meragut nyawa orang tidak bersalah.

Tahukah anda setiap pemandu mempunyai gaya pemanduan, budaya dan personaliti yang berbeza tetapi bagaimana anda boleh mengetahui jenis pemanduanpemandu anda berdasarkan cara anda memandu? 

Ketahui siapa tujuh jenis pemandu ini!


1. Kaki Pecut

Jenis kaki pecut ini lazimnnya mereka mahu merasai keseronkan di atas jalan raya dan sanggup melanggar semua peraturan had laju.

Mereka suka mengekori kenderaan lain dengan jarak yang dekat asalkan mereka puas hati memandu. Namun tahukah anda, memandu laju juga boleh menyebabkan pemandu hilang kawalan, kenderaan berpusing seolah-olah seperti kereta sedang bergerak laju  sedang bergerak manakala cengkaman tayar pula cukup rendah.

2. Pandu Perlahan

Adalah sukar untuk percaya tetapi pemandu jenis ini juga boleh membahayakan nyawa orang lain. Bayangkan pemandu ini yang memandu di bawah had laju boleh menyebabkan pemandu lain yang berada di belakang mereka menekan brek kecemasan kerana semata-mata mengelak daripada merempuh kereta di hadapan. Lazimnya kes kemalangan seumpama ini berlaku gara-gara brek pramatang.

3. Pemandu Gemuruh

Ada juga pemandu yang mudah gemuruh setiap kali mereka memegang stereng. Jika anda terserempak pemandu jenis ini, jangan memandu laju sebaliknya tunjukkan anda memandu secara perlahan dan apa yang penting jarakkan kenderaan anda dengan selamat.


4. Lalai

Pemandu jenis ini hanya menyumbang kepada kemalangan dalam sekelip mata. Bayangkan, mereka boleh menyebabkan kemalangan walaupun cuma memandang ke arah telefon mereka. Kesilapan kecil ini boleh menyebabkan penunggang motosikal, basikal dan pejalan kaki  terlibat dalam kemalangan. 

5. Panas Baran 


Ini ialah tabiat pemandu yang paling popular. Golongan ini mudah hilang kawalan ketika berada dalam keadaan marah, pendek kata tak boleh bawa bincang.

6. Baik Hati

Ada juga pemandu yang baik hati. Lazimnya, mereka akan memberi laluan kepada pemandu lain, jarang membunyikan hon dan cukup bertoleransi ketika berada di atas jalan raya.


7. Gemar Solek

Ini sudah pastinya pemandunya adalah wanita. Memang ramai wanita suka bersolek dalam kereta termasuk penulis. Bukan apa, selalunya sibuk mengurus anak ke sekolah, siapkan sarapan, memang masa itu cukup suntuk untuk bersolek. Jadi, terpaksalah bersolek dalam kereta.  Jika anda menemui golongan wanita yang sibuk bersolek, lebih baik potong kenderaan  ini untuk anda elak lambat ke tempat yang dituju.

Ini antara 7 sikap pemandu yang didedahkan Liberty Insurance baru-baru ini.

Jadi anda pemandu yang mana satu?

Kongsikan pendapat anda di bawah ruangan ini!


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Tips
Situasi Bahan Api Malaysia: Stabil Hari Ini, 'Samar' Menjelang Jun – Ketahui Apa Yang Perlu Dibuat

Situasi Bahan Api Malaysia: Stabil Hari Ini, 'Samar' Menjelang Jun – Ketahui Apa Yang Perlu Dibuat

Bekalan bahan api Malaysia 'stabil buat masa ini', namun keadaan pada Jun nanti masih samar, ini panduan untuk anda.

14-04-2026
Tips
Main HP Waktu Memandu: Lebih Teruk Dari Mabuk

Main HP Waktu Memandu: Lebih Teruk Dari Mabuk

Adakah anda salah seorang pemandu yang suka main telefon ketika memandu? Ketahui risiko maut, statistik terkini PDRM, dan denda berat yang menanti jika anda tertangkap.

14-04-2026
Tips
Elak Tersalah Tekan Pedal Minyak

Elak Tersalah Tekan Pedal Minyak

Awas Kawasan Parkir! Ini Punca Utama Ramai Pemandu Tersalah Tekan Pedal

13-04-2026
Tips
Kenapa Pemandu Malaysia Suka Blok Lorong Kanan?

Kenapa Pemandu Malaysia Suka Blok Lorong Kanan?

Ramai pemandu masih keliru tentang penggunaan lorong kanan di lebuh raya. Adakah memandu 110km/j di lorong kanan dikira sebagai 'lane hogging'? Ketahui etika sebenar.

13-04-2026
Tips
Analisis: Kenapa Inisiatif Carpool Gagal Tambat Hati Pengguna Jalan Raya Di Malaysia

Analisis: Kenapa Inisiatif Carpool Gagal Tambat Hati Pengguna Jalan Raya Di Malaysia

Biar Poket Kering, Asal Hati Senang,” Fenomena Pemandu Solo Punca Jalan Raya Tak Pernah Sunyi.

09-04-2026
Tips
4 Model Kereta Paling Jimat Minyak Untuk e-Hailing

4 Model Kereta Paling Jimat Minyak Untuk e-Hailing

Bagi yang mahu menceburi bidang e-hailing, ini 4 model kereta yang boleh dipertimbangkan.

07-04-2026
Tips
Bukan Salah Harga Petrol,  Ini Sebab Kereta Paling Jimat Pun Boleh Lantak Minyak Cepat
Tips
Ini 3 Sebab Kenapa Anda Jangan Guna Kaki Kiri Dalam Kereta Auto

Ini 3 Sebab Kenapa Anda Jangan Guna Kaki Kiri Dalam Kereta Auto

Ketahui 3 bahaya besar jika anda memandu kereta auto menggunakan dua kaki.

05-04-2026