- Berita
- Berita Auto
- Pusat Servis Volvo Di Bukit Jelutong Tawar Perkhidmatan Bertaraf Dunia
Pusat Servis Volvo Di Bukit Jelutong Tawar Perkhidmatan Bertaraf Dunia

Kemudahan Membaiki dan Mengecat Badan Kenderaan Berpusat Sime Darby Motors, Bukit Jelutong kini
Pusat Baik Pulih Kerosakan Bertauliah Volvo (VCDR)
Kemudahan Membaiki dan Mengecat Badan Kenderaan Berpusat Sime Darby Motors yang terletak di Bukit Jelutong kini merupakan Pusat Baik Pulih Kerosakan Bertauliah Volvo (VCDR). Pencapaian ini menjadikannya satu daripada dua buah pusat servis Volvo di Malaysia yang mematuhi piawaian VCDR.
Piawaian VCDR bertaraf dunia ini memastikan pusat servis ini menggunakan teknologi lestari dan proses terkini digunakan bagi mengurangkan impak kepada alam sekitar dan menggalakkan penggunaan tenaga yang lestari.

Pusat servis ini dilengkapi peralatan canggih yang terkini
Untuk membolehkan hasil kerja terbaik dapat dicapai secara konsisten, pusat servis ini hanya menggunakan peralatan yang terkini dan canggih seperti sistem pengukuran dengan sensor 3D yang dapat melakukan pengiraan tepat secara pantas. Selain itu, terdapat ruang cat kereta yang moden dengan persekitaran bebas habuk dan pengudaraan yang baik.
Encik Jeffrey Gan, Pengarah Urusan Bahagian Peruncitan dan Pengedaran Sime Darby Motors Malaysia berkata, “Piawaian ini adalah sebahagian daripada usaha khusus kami untuk terus memberi perkhidmatan yang terbaik bagi para pelanggan. Pelaksanaan piawaian VCDR di Kemudahan Membaiki dan Mengecat Badan Kenderaan Berpusat Sime Darby Motors menyokong komitmen kami dalam prinsip memelihara Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) yang baik, dan memastikan penyediaan perkhidmatan serba lengkap bertaraf dunia bagi kereta Volvo.”

Sempena pelancaran program VCDR, Sime Darby Swedish Auto menawarkan khidmat perapian ruang dalam dan luar kereta secara percuma dan juga pencucian ozon bernilai RM1,200 kepada setiap pelanggan yang membelanjakan sekurang-kurangnya RM3,000 bagi perkhidmatan membaiki dan mengecat badan kenderaan di Sime Darby Swedish Auto, tawaran ini tertakluk kepada terma dan syarat.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Volvo Ara Damansara di 03-7623 3200 atau Volvo Setia Alam di 03-5870 1188.
Jangan terlepas berita automotif terkini! Ikuti kami di Facebook Dunia Kereta.
ARTIKEL BERKAITAN
Baca: Tiada Lagi Kes Kanak-Kanak Tertinggal Dalam Kereta, Inovasi Terbaharu Volvo!
Baca: Volvo Certified Damage Repair Centre Dibuka Di Glenmarie Dan Ara Damansara
Baca: Kolaborasi Volvo Dan Pencipta Game Fortnite Hasilkan Paparan Fotorealistik Dalam EV Akan Datang!
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv