Link Copiedcheck_circle
EV

Stesen Pengecas EV Ada Di 17 Outlet Pandu Lalu Starbucks

Suhana Veru

Kongsi melalui


Ada 17 Outlet Pandu Lalu Starbucks menyediakan kemudahan  pengecas EV.

Selain pasar raya Mydin, Starbucks Malaysia juga mengorak setapak ke hadapan apabila sudah mula menyediakan fasiliti pengecas kenderaan elektrik (EV) di Starbucks Eco Grandeur, Puncak Alam, Selangor.

Bagi tujuan pemasangan fasiliti pengecas EV, Starbucks Malaysia telah menjalinkan kerjasama dengan Yinson Greentech.


Dikhabarkan, pihak Starbucks berhasrat untuk menawarkan poin pengecasan AC dan DC di seluruh rangkaian pandu-lalu Starbucks untuk tempoh tiga tahun akan datang.

Setakat, terdapat 26 stesen pengecasan EV di 17 buah outlet Starbucks di sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang, Melaka dan Johor.

Lokasinya seperti berikut:

●    Starbucks Kota Kemuning Drive-Thru

●    Starbucks Reserve Setia Alam

●    Starbucks Ukay Perdana Drive-Thru

●    Starbucks Conezion Putrajaya Drive-Thru

●    Starbucks Eco Gradeur Drive-Thru

●    Starbucks Rimbayu Drive-Thru

●    Starbucks Jade Hill Drive-Thru

●    Starbucks Reserve™ Eco Majestic Drive-Thru

●    Starbucks Eco Horizon Drive-Thru

●    Starbucks Icon City Drive-Thru

●    Starbucks Hillside Drive-Thru

●    Starbucks Juru (R&R) Drive-Thru

●    Starbucks Tanjong Tokong Drive-Thru

●    Starbucks Malim Jaya Drive-Thru

●    Starbucks Bandar Seri Alam Drive-Thru

●    Starbucks Seri Austin Drive-Thru

●    Starbucks Skudai (R&R) Drive-Thru


Bagi pemilik EV yang mahu menggunakan fasiliti itu , mereka cuma perlu memuat turun aplikasi chargEV di Apple Store atau Google Play Store untuk mengaktifkan fungsi pengecasan EV .

Untuk makluman, aplikasi chargEV tidak memerlukan sebarang langganan keahlian,

Bagaimanapun, pengguna boleh melanggan selama satu tahun untuk menikmati promosi eksklusif dan kadar diskaun untuk ahli sah di semua poin chargEV AC dan DC di seluruh Malaysia.

Lebih menarik bermula 1 November depan, pelanggan Starbucks yang banyak mengecas EV mereka di salah satu daripada 17 buah Starbucks yang disenaraikan di atas, mereka  boleh menikmati diskaun 50 peratus Grande Handcrafted Beverage di dalam satu resit tunggal.



Tag:

Yinson GreenTech
Starbucks EV
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

04-09-2025
EV

28-03-2025
Berita Auto

11-03-2025
EV

20-09-2023

Berita Terkini

EV

Masalah Sebenar: Bila Orang Yang Tak Faham EV "Bersuara"

Adakah anda anggap EV tu aset yang rugi? Ini Penjelasannya.

14-04-2026
EV

Jimat Kos & Jaga Hayat Bateri: ChargeSini Perkenal 3 Pelan Langganan Baharu

ChargeSini melancarkan langganan terbaharunya: Charge Plus, Charge Pro, dan Charge Max.

12-04-2026
EV

Proton e.MAS 7 PHEV Kini Lebih Garang Dengan Warna Emerald Green

PRO-NET secara rasminya memperkenalkan pilihan warna baharu, Emerald Green, untuk model Proton e.MAS 7 PHEV.

02-04-2026
EV

4 'Pembunuh Senyap' Jarak Gerak Yang Gagal Diramal Dashboard Anda

Jangan jadi mangsa tunda! Ketahui kenapa baki 100km di dashboard EV boleh hilang sekelip mata.

26-03-2026
EV

Arab Saudi Kurangkan Bekalan Minyak ke Asia, Adakah EV Satu-Satunya Tidak Terjejas

Ketegangan geopolitik yang memacu kenaikan harga minyak dikatakan tidak akan menjejaskan EV.

24-03-2026
EV

Kebenaran di Sebalik Status ‘Low Battery’ di Stesen Pengecas EV Musim Raya Ini

Ramai ke yang ternampak status Low Battery di pengecas ev?

24-03-2026
EV

Minyak Naik? Pemilik Proton e.MAS 'Senyum Lebar'

Harga Minyak Naik: Kelebihan Pemilik Proton e.MAS Balik Kampung Musim Perayaan.

19-03-2026
EV

Edisi 2026: Top 10 CPOs di Malaysia

Siapa pemain terbesar dalam industri pengecas EV Malaysia? Ini senarai Top 10 CPO Malaysia 2026 yang sedang memacu pembangunan rangkaian pengecas pantas di seluruh negara.

13-03-2026