Link Copiedcheck_circle
EV

TNB, Gamuda Land Sedia Fasiliti Pengecas EV

Suhana Veru

Kongsi melalui


Ada berita baik buat pemilik kenderaan elektrik di Malaysia!

Nampaknya pelbagai agensi kini berlumba-lumba menyediakan stesen pengecas EV.

Terbaharu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) menandatangani perjanjian persefahaman dengan Gamuda Land.

Perjanjian itu dimeterai bagi membina dua stesen electron untuk mengecas kenderaan elektrik di projek pembangunan hartanah Gamuda Land di Selangor. 

Menurut kenyataan bersamanya, MoU tersebut melibatkan pembangunan Stesen Electron pertama di negara ini di Gamuda Cove di Selatan Lembah Klang dan Gamuda Gardens di Utara Lembah Klang .

Ketua Pegawai Strategi dan Teroka TNB, Datuk Megat Jalaluddin Megat Hassan berkata, kerjasama itu akan membuka jalan kepada TNB dan Gamuda Land bekerjasama dalam meningkatkan penggunaan EV di negara ini.

Langkah ini dilihat negara dapat mencapai aspirasi bersih sifar pelepasan karbon menjelang tahun 2050.

“Penggunaan EV adalah sebahagian daripada tonggak peralihan tenaga TNB.

“Ia sememangnya langkah yang tepat untuk merealisasikan aspirasi pelan induk mampan, tampil reka bentuk responsif, pengangkutan bersepadu dan pembinaan tenaga super dengan ciri pintar,” katanya dalam satu kenyataan.


Untuk makluman, stesen electron itu dikuasakan dengan panel solar atas bumbung yang akan membantu mengimbangi elektrik daripada grid.

Ia sesuai digunakan untuk semua jenis kenderaan yang terdiri daripada hibrid, hibrid plug-in, dan EV sepenuhnya serta termasuk pengecas AC dan DC.


Lakaran imej stesen electron.

Stesen electron ini juga sama seperti stesen minyak yang lain kerana ia menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti kedai makanan, minuman dan kedai serbaneka.

Fasiliti ini boleh digunakan sementara pengguna menunggu kenderaan mereka dicas sepenuhnya.


Tag:

TNB
Electron Stations
gamudaland
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

EV & Pengecas Ada Risiko Renjatan Elektrik Semasa Banjir? Ini Jawapan TNB

Seiring dengan peningkatan mendadak penggunaan kenderaan elektrik (EV) di Malaysia, timbul kegusaran mengenai tahap keselamatannya ketika musim banjir. Ramai yang bimbang jika tersentuh air banjir berdekatan EV atau pengecasnya boleh membawa maut akibat renjatan elektrik.

05-01-2026
EV

6 Lagi Stesen Pengecas EV TNB Electron Akan Disediakan Tahun Ini

TNB Electron telah mengumumkan perancangan pembukaan lebih banyak fasiliti pengecasan di Malaysia sepanjang tahun 2023. Berikut adalah lokasinya...

13-03-2023
EV

Ora Good Cat Jadi Tumpuan Semasa Pelancaran Stesen Pengecas Electron TNB

TNB dan PLUS Malaysia Berhad baru-baru ini telah melancarkan stesen pengecas pantas Electron DC TNB di lebuh raya PLUS.

28-02-2023
EV

BMW Perluaskan Rangkaian BMW Charging Dengan JomCharge

BMW Group Malaysia memperkenalkan BMW Charging selepas menjalinkan kerjasama dengan penyedia kemudahan pengecasan kenderaan elektrik (EV), JomCharge.

01-12-2022
EV

1000 Unit Teksi EV Bakal Disediakan Untuk Rakyat Malaysia

1000 unit kenderaan elektrik (EV) bakal digunakan sebagai teksi.

30-08-2022
Berita Auto

Sistem Bekalan Elektrik Negara Akan Diperbaharui, Bakal Buka 14K Peluang Kerja!

Kerajaan akan menjalankan program dan pembaharuan sistem pembekalan elektrik negara.

29-08-2022
EV

TNB Bina Pengecas EV Di Lokasi Strategik Sepanjang Lebuh Raya PLUS

Tenaga Nasional Bhd (TNB) mengumumkan perancangan untuk mewujudkan infrastruktur pengecasan kenderaan elektrik (EV).

03-08-2022
EV

TNB Dan Perodua Disarankan Kerjasama Hasil Kereta Elektrik Mampu Milik – PM

Perdana Menteri sarankan TNB dan Perodua bekerjasama hasilkan kenderaan elektrik.

21-07-2022

Berita Terkini

EV

1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini

Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.

02-09-2026
EV

Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia

JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.

02-09-2026
EV

Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia

Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.

01-09-2026
EV

Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati

Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?

27-08-2026
EV

Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara

Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.

26-08-2026
EV

Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV

PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.

25-08-2026
EV

EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.

24-08-2026
EV

Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar

Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.

24-08-2026