Link Copiedcheck_circle
EV

700 Stesen EV Telah Disediakan Di Negara Ini

Suhana Veru

Kongsi melalui


Stesen pengecas EV pertama di Genting Highlands, Pahang.

Sebelum ini, rata-rata pemilik kenderaan elektrik (EV) mengeluh gara-gara kekurangan stesen pengecas EV di Malaysia.

Apa tidaknya, cabaran mula timbul apabila pemilik EV mahu melakukan pemanduan jarak jauh dan bilangan stesen pengecas EV puls dilihat masih kurang iaitu cuma terdapat 1,000 unit terutama di kawasan bandar raya.

Untuk itu, kerajaan menyasarkan untuk memasang sebanyak 10,000 stesen pengecas EV di Malaysia menjelang 2025.

Untuk makluman anda, Malaysia kini mempunyai 700 stesen pengecas EV.

Perkara itu disahkan Pengarah Pembangunan Perindustrian, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Muhammad Zulhilmi Ahmad.

“Setakat ini, terdapat 700 stesen  disediakan di seluruh negara selepas mendapat kerjasama dengan pihak swasta.


Bilangan stesen EV dilihat masih kurang.

Ada syarikat tertentu terutama syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang sanggup memperjuangkan (usaha hijau ini).

"Kami berharap sasaran itu dapat dicapai untuk menyokong pembangunan industri EV tempatan,” katanya.

Bagi merancakkan lagi pemasangan stesen EV, kerajaan sebenarnya telah mengambil pelbagai langkah.

Antaranya menyediakan insentif cukai, status perintis serta bantuan kewangan untuk syarikat yang berminat membangunkan infrastruktur EV di negara ini.


Tag:

PENGECASEV
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

EV

Beli EV Pertama: Latih Staf Terang Panduan Cas EV Di Rumah

Syarikat Kereta Digesa Latih Staf Beri Panduan Cas EV Di Rumah.

03-09-2026
EV

1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini

Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.

02-09-2026
EV

Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia

JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.

02-09-2026
EV

Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia

Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.

01-09-2026
EV

Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati

Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?

27-08-2026
EV

Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara

Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.

26-08-2026
EV

Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV

PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.

25-08-2026
EV

EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.

24-08-2026