Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Balik Mengundi: Netizen Anjur Inisiatif Kongsi Kereta!

Suhana Veru

Kongsi melalui


Bahang PRU-15 mula terasa.

Bahang Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) mula terasa apabila rata-rata netizen sudah mula sibuk mencari individu yang sanggup berkongsi kenderaan untuk membuang undi pada 19 November ini.

Langkah kongsi kereta atau car pool bukan sahaja dapat menjimatkan kos tetapi mampu mengurangkan kesesakan jalan raya.

Bahkan, aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dijangka perlahan memandangkan warga kota akan pulang ke kampung halaman masing-masing untuk mengundi.


Ciapan Tatty H kini tular.

Susulan itu, tular satu ciapan di Twitter: 

“Thread cari orang untuk carpool untuk balik mengundi.

“Sila iklankan di sini gais,” tulis seorang pengguna Twitter Tatty H.

Difahamkan, ciapan itu dibuat bagi memudahkan orang ramai mencari individu yang ingin berkongsi kereta untuk  balik mengundi.

Menjengah ruangan komen, kebanyakannya sanggup berkongsi kereta untuk pulang ke ke Kelantan, Kedah, Perak, dan negeri-negeri lain.

Bagaimanapun, anda dinasihatkan terutamanya golongan wanita supaya berhati-hati untuk berkongsi kereta dengan individu yang ditemui dalam talian.

Selain itu, ada juga  yang terlibat dalam inisiatif perkongsian kereta,  #CarpoolGE15.

Mereka dikatakan akan membawa balik pengundi yang bekerja di seluruh negara termasuk di Singapura.

Jika berminat, anda hanya perlu menggunakan #CarpoolGE15, untuk menyertai Telegram bagi mendapatkan info semasa tentang car pool untuk balik membuang undi nanti!

Apa pula pandangan anda mengenai inisiatif ini?

Kongsikan pandangan anda di bawah ruangan ini!


Tag:

pru15
carpool
CARPOOLGE15
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

28-11-2022
Berita Auto

Tak Perlu Bayar Mahal, MOT Perincikan Dasar 'Carpool' E-Hailing Untuk Kurangkan Kos Rakyat

Syarikat e-hailing digalakkan mengamalkan dasar lebih fleksibel dengan memperluaskan pelaksanaan konsep “carpool”.

09-04-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Susulan Tragedi Pokok Tumbang: DBKL Pergiat Kerja Mitigasi di 6 Lokasi Utama

Isu Pokok Tumbang di KL: Ini 6 Lokasi Fokus Kerja Mitigasi DBKL Minggu Ini.

21-07-2026
Berita Auto

Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.

21-07-2026
Berita Auto

Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru

21-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026