Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kemalangan Maut, Saksi Kejadian Diminta Tampil

Suhana Veru

Kongsi melalui


Seorang lelaki meminta bantuan orang ramai sekiranya mempunyai rakaman dashcam yang merakamkan kemalangan di  KM 129.5 Lebuh Raya Utara Selatan ( Arah JB menghala KL)  pada 26 Oktober lalu.

Kemalangan itu menyebabkan isterinya terbunuh dan dia kini sedang mencari  pemandu yang mempunyai rakaman insiden berkenaan.


“Selamat tengah hari semua. Saya, Allan Cham Wei Lun merendahkan diri untuk meminta jasa baik anda semua untuk sebarkan muatnaik ini.


“Sebagaimana yang anda semua ketahui, saya dan mendiang isteri saya terlibat dalam kemalangan maut dan kemalangan ini telah meragut nyawa isteri tercinta saya. 

“Saya sedang mencari mana-mana pihak yang mempunyai rakaman 'dash cam yang merakamkan insiden kemalangan di sekitar KM 129.5 ( Arah JB menghala KL) Lebuhraya Utara Selatan pada waktu lingkungan 5.45pm pada 26hb Oktober 2022. Semoga tuhan merahmati dan membalas budi baik anda semua. Sekian, terima kasih,” tulis di akaun Facebook.

Sementara itu, dua keping gambar yang dimuat naik ke Facebook menunjukkan sebuah kereta berwarna merah  kemek teruk gara-gara dirempuh sebuah lori kontena manakala ribuan buah tembikai berteraburan di atas jalan raya.

Bagaimanapun, punca kemalangan masih tidak diketahui. 

Jika sesiapa yang mempunyai rakaman dashcam atau berada di tempat kejadian, mohon  membantu lelaki ini. 





Tag:

PLUS Highways
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

PLUS Tawar Menu Rahmah Di Beberapa R&R

Program Menu Rahmah yang berharga RM5 kini dilaksanakan di beberapa Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Lebuhraya PLUS.

23-02-2023
Berita Auto

PLUS cuma ambil masa dua jam selesaikan masalah RFID

Dalam masa dua jam, sistem Teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) di beberapa plaza tol yang terjejas semalam telah kembali beroperasi seperti biasa.

16-12-2022
Berita Auto

Plus Mahu Kurangkan Kemalangan Maut Di Lebuh Raya Kendaliannya Pada Tahun Hadapan

PLUS tingkatkan lagi tahap keselamatan di lebuh raya kendaliannya.

16-12-2022
Berita Auto

PLUS Tutup Sementara Laluan Ipoh Utara-Ipoh Selatan Esok

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan menutup sementara laluan Ipoh Utara-Ipoh Selatan (arah selatan) bagi memberi laluan kepada latihan simulasi kecemasan yang akan diadakan pada hari esok.

29-11-2022

Berita Terkini

Berita Auto

KLIMS 2026 Bermula 12-21 Jun Ini

Tiket Serendah RM11.40 Sehari: Lubuk EV Terbesar Malaysia Kini di KLIMS 2026!

03-06-2026
Berita Auto

XPENG Malaysia Lancar Program 'MEGA X9 REWARDS', Tawaran Istimewa Berbaloi Hingga RM45,000

XPENG X9 2025: MPV Mewah Dengan Ganjaran Hebat MEGA X9 REWARDS.

03-06-2026
Berita Auto

Cuti Dah Habis? PLUS Jangka 2.2 Juta Kenderaan 'Serbu' Lembah Klang Mulai Esok

Trafik PLUS Dijangka Cecah 2.2 Juta: Ini 5 Tip Elak Sangkut 'Jam' Mulai 4 Jun.

03-06-2026
Berita Auto

Siri e.MAS Laku Keras! PROTON Labur RM37 Juta Gara-Gara Kilang Tak Menang Tangan

Ini Sebab Kenapa PROTON Sanggup Labur RM37 Juta Lagi Di Tanjung Malim...

03-06-2026
Berita Auto

JPJ Buru Pasangan Bermanja Dalam Kenderaan

Aksi wanita dan lelaki ini tular di media sosial.

03-06-2026
Berita Auto

UCar-e: Perodua Sedia 50 Kenderaan Pandu Kongsi Untuk Warga UUM, UPM Dan UTM

Perodua Jalin Kerjasama Dengan 3 Universiti Perkenal UCar-e.

03-06-2026
Berita Auto

Kuota BUDI95 Kekal 200 Liter, Paparan 150 Liter Akibat Ralat Sistem

Kecoh Kuota Subsidi Turun 150 Liter Semalam? Ini Penjelasan Sebenar MOF.

01-06-2026
Berita Auto

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026