Link Copiedcheck_circle
Global

Mitsubishi Ralliart Sapu Habis AXCR 2022

Suhana Veru

Kongsi melalui


Tahniah diucapkan kepada pasukan Mitsubishi Ralliart kerana menjuarai acara perlumbaan Asia Cross Country Rally (AXCR) 2022 yang diadakan di Thailand dan Kemboja baru-baru ini.

Percaya atau tidak, jentera rentas prototaip Mitsubishi Triton T1 yang dipandu oleh Chayapon Yotha dari Thailand berjaya menamatkan perlumbaan itu hanya dalam 8 jam 22 minit dan 42 saat.


Sementara itu, seorang lagi pemandu pasukan Ralliart, Rifat Sungkar dari Indonesia pula berjaya menamatkan perlumbaan di kedudukan kelima.


Berikut merupakan senarai pemenang keseluruhan AXCR 2022:

1. Chayapon Yotha (Mitsubishi Triton) - 8:22:42

2. Jaras Jaengkamolkulchai (Toyota Hilux Revo) - 8:28:29

3. Ikuo Hanawa (Toyota Fortuner) - 8:28:34

4. Takuma Aoki (Toyota Fortuner) - 8:38:26

5. Rifat Sungkar (Mitsubishi Triton) - 8:39:56

6. Tawee Neanna (Isuzu D-Max) - 8:51:24


Untuk makluman anda, acara ini diadakan di dua buah negara dimana separuh pertama perlumbaan diadakan di Thailand.

Ketika acara berlangsung di Thailand, ia membabitkan laluan off-road  dimana laluannya tidak berturap, manakala separuh kedua pula  di Kemboja.


Di situ (Kemboja), acara itu menjadi lebih sukar kerana laluan berkenaan dilihat agak mencabar dengan laluan berlopak dan berlumpur gara-gara hujan lebat.


Pengarah pasukan Team Mitsubishi Ralliart, Hiroshi Masuoka berkata, pihaknya meletakkan kepercayaan kepada jentera Triton.

“Menerusi spesifikasi hampir standard, dua jentera rali Triton itu mampu menawarkan pemanduan yang berkuasa, dan saya amat berbangga dengan keputusan cemerlang kali ini,” katanya dalam satu kenyataan.




Gallery

Tag:

mitsubishiralliart
AXCR
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Global

Klon VW Beetle Moden? GWM Kemas Kini Ora Ballet Cat, Mungkin Dikenali Sebagai ORA 6

GWM bakal lancar Ora Ballet Cat versi kemas kini! Klon VW Beetle elektrik ini kini lebih berkuasa dengan 201 hp dan dijangka tukar nama kepada Ora 6?

15-07-2026
Global

Laku Keras! Denza Z Raih 1,000 Unit Tempahan Dalam Masa Hanya Sehari

Pecut 0-100 km/j Bawah 2 Saat! BYD Denza Z Cetus Fenomena, Raih 1,000 Tempahan Sehari.

15-07-2026
Global

Motor Elektrik BYD Tang Tercabut, Ini Penjelasan BYD

Rupanya ini sebab motor elektrik BYD Tang tercabut.

15-07-2026
Global

SUV Turbo Mewah Pada Harga 'Rahmah' Bermula RM44,800

Nissan Tekton Rasmi Dilancarkan, SUV Turbo Paling Murah.

14-07-2026
Global

India Haramkan Skuter, Motosikal, Rickshaw Petrol, Tekad Beralih ke EV Menjelang 2028

Tangani Pencemaran Toksik: New Delhi Rancang Haramkan Semua Skuter, Motosikal, Ricksaw Petrol.

07-07-2026
Global

WTCA Lakar Sejarah: Mula Eksport GAC GS3 EMZOOM Pemasangan Tempatan ke Vietnam

Satu Lagi Pengiktirafan Kilang Tempatan: GAC GS3 EMZOOM Buatan Malaysia Kini Dieksport ke Vietnam

08-06-2026
Global

Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?

iCAUR Gemparkan Beijing! Konsep ROBOX Tampil Unik, V27 RHD Sedia Takluk Asia Tenggara.

27-04-2026
Global

Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah

Kenali LEPAS: Jenama EV Terbaru Di Bawah Naungan Chery Group.

27-04-2026