Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Orang Muda Suka Beli Kereta Klon, Maknanya Sanggup "Mati Katak"?

Suhana Veru

Kongsi melalui


Sebahagian kereta klon yang disita JPJ.

Biar papa asal bergaya!

Itulah antara sikap orang muda kita yang sanggup bergaya mewah dengan menggunakan kereta klon dari Singapura!

Perkara itu didedahkan Pengarah Kanan Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Lokman Jamaan pada sidang akhbar Operasi Khas Kenderaan Klon, pagi tadi.

Menurutnya golongan muda antaranya dikesan menjadi peminat utama kenderaan klon ini.

“Golongan ini tertarik untuk membeli kereta mewah kerana ia ditawarkan pada harga serendah 3,000 sehingga 5,000 Singapura dollar (SGD),” katanya.


LOKMAN. 

Antara model kereta yang ditawarkan ialah BMW, Mercedes, Honda, Toyota dan pelbagai lagi jenama lain.

“Dengan tawaran harga yang rendah, selain urusan yang didakwa lebih mudah berbanding pembelian kereta secara sah sekali gus menarik minat pembeli untuk mendapatkan kereta sebegini," tambahnya.

Untuk itu, beliau memberi amaran keras kepada mereka yang terlibat dalam sindiket kenderaan klon ini kerana mereka boleh dikenakan tindakan tegas.

Malah berdasarkan statistik jumlah tangkapan kes kenderaan klon di Selangor amat tinggi kerana JPJ telah membuat tangkapan sebanyak 329 kes bermula 2011 sehingga 2022.

Untuk info, kereta klon bermaksud dua buah kereta model yang sama menggunakan nombor pendaftaran yang sama. 


Sindiket dikatakan membawa masuk kereta klon, tiga hari sebelum dilupuskan di Singapura.

Bagaimanapun, hanya satu sahaja yang benar-benar sah dengan nombor chasis serta cukai jalan sama dengan rekod yang disimpan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Apa yang cukup bahaya ialah pemilik kereta klon ini tiada perlindungan insurans. 

Jangan biarkan anak bini anda “mati katak” gara-gara kereta tidak dilindungi insurans.


Tag:

JPJSELANGOR
keretaklon
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

JPJ Selangor Lelong Kereta, Kutip RM527, 878

Sebanyak RM527,878 berjaya diperoleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor hasil lelongan kenderaan sita siri ketiga untuk tahun ini.

01-11-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Susulan Tragedi Pokok Tumbang: DBKL Pergiat Kerja Mitigasi di 6 Lokasi Utama

Isu Pokok Tumbang di KL: Ini 6 Lokasi Fokus Kerja Mitigasi DBKL Minggu Ini.

21-07-2026
Berita Auto

Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.

21-07-2026
Berita Auto

Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru

21-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026