Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

PLUS Tutup Sementara Laluan Ipoh Utara-Ipoh Selatan Esok

Suhana Veru

Kongsi melalui



Perhatian! PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan menutup sementara laluan Ipoh Utara-Ipoh Selatan (arah selatan) bagi memberi laluan kepada latihan simulasi kecemasan yang akan diadakan pada hari esok.

Laluan yang terlibat akan ditutup mulai 10 pagi hingga 2.30 petang. 

Bagaimanapun, jangan risau. Ini kerana laluan dari utara/Kuala Kangsar yang menghala ke selatan/Kuala Lumpur akan dilencongkan ke Plaza Tol Ipoh Utara.

Malah, pengguna PLUS juga  dinasihatkan untuk menggunakan Jalan Persekutuan (FT240) iaitu Jalan SUSUR Jelapang-Ampang sepanjang latihan simulasi tersebut berlangsung. 

Bagaimanapun, pengguna boleh meneruskan perjalanan ke Selatan dengan memasuki semula Lebuhraya Utara-Selatan menerusi Plaza Tol Ipoh Selatan. 

Difahamkan, latihan simulasi tersebut diadakan bagi menguji tahap kecekapan, masa tindak balas dan tindakan yang diambil oleh PLUS, pasukan penyelamat serta agensi yang terlibat dalam menghadapi situasi kecemasan, mengkaji dan memeriksa aliran proses prosedur keselamatan di lebuh raya.

Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi berkata, pihaknya amat menitikberatkan  soal keselamatan pengguna lebuh raya.

“Menerusi latihan seumpama ini, ia akan mengukur tahap persediaan kakitangan PLUS dan agensi yang berkaitan demi memastikan keselamatan pengguna lebuh raya,” katanya dalam satu kenyataan.

Untuk sebarang maklumat mengenai trafik atau ingin mendapatkan kecemasan, pengguna boleh hubungi talian Plus di 1800-88-0000.


Gallery

Tag:

PLUS Highways
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

PLUS Tawar Menu Rahmah Di Beberapa R&R

Program Menu Rahmah yang berharga RM5 kini dilaksanakan di beberapa Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Lebuhraya PLUS.

23-02-2023
Berita Auto

PLUS cuma ambil masa dua jam selesaikan masalah RFID

Dalam masa dua jam, sistem Teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) di beberapa plaza tol yang terjejas semalam telah kembali beroperasi seperti biasa.

16-12-2022
Berita Auto

Plus Mahu Kurangkan Kemalangan Maut Di Lebuh Raya Kendaliannya Pada Tahun Hadapan

PLUS tingkatkan lagi tahap keselamatan di lebuh raya kendaliannya.

16-12-2022
Berita Auto

Kemalangan Maut, Saksi Kejadian Diminta Tampil

Seorang lelaki meminta bantuan orang ramai sekiranya mempunyai rakaman dashcam yang merakamkan kemalangan di KM 129.5 Lebuh Raya Utara Selatan ( Arah JB menghala KL) pada 26 Oktober lalu.

03-11-2022

Berita Terkini

Berita Auto

KLIMS 2026 Bermula 12-21 Jun Ini

Tiket Serendah RM11.40 Sehari: Lubuk EV Terbesar Malaysia Kini di KLIMS 2026!

03-06-2026
Berita Auto

XPENG Malaysia Lancar Program 'MEGA X9 REWARDS', Tawaran Istimewa Berbaloi Hingga RM45,000

XPENG X9 2025: MPV Mewah Dengan Ganjaran Hebat MEGA X9 REWARDS.

03-06-2026
Berita Auto

Cuti Dah Habis? PLUS Jangka 2.2 Juta Kenderaan 'Serbu' Lembah Klang Mulai Esok

Trafik PLUS Dijangka Cecah 2.2 Juta: Ini 5 Tip Elak Sangkut 'Jam' Mulai 4 Jun.

03-06-2026
Berita Auto

Siri e.MAS Laku Keras! PROTON Labur RM37 Juta Gara-Gara Kilang Tak Menang Tangan

Ini Sebab Kenapa PROTON Sanggup Labur RM37 Juta Lagi Di Tanjung Malim...

03-06-2026
Berita Auto

JPJ Buru Pasangan Bermanja Dalam Kenderaan

Aksi wanita dan lelaki ini tular di media sosial.

03-06-2026
Berita Auto

UCar-e: Perodua Sedia 50 Kenderaan Pandu Kongsi Untuk Warga UUM, UPM Dan UTM

Perodua Jalin Kerjasama Dengan 3 Universiti Perkenal UCar-e.

03-06-2026
Berita Auto

Kuota BUDI95 Kekal 200 Liter, Paparan 150 Liter Akibat Ralat Sistem

Kecoh Kuota Subsidi Turun 150 Liter Semalam? Ini Penjelasan Sebenar MOF.

01-06-2026
Berita Auto

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026