Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

PROTON Catat Jualan Memberangsangkan, Buktikan Masih Ramai Minat Kereta PROTON

Suhana Veru

Kongsi melalui


PROTON X50.

Sebelum dua bulan berakhirnya tahun 2022, Pengeluar kereta nasional PROTON sempat melonjakkan jualannya kepada 115,366 unit untuk tahun ini.

Angka jualan itu antara jumlah jualan tertinggi sejak tahun 2014 yang mana ia berjaya mengatasi 114,708 unit yang dicapai sepanjang tahun lalu.

Untuk bulan lepas sahaja, sebanyak 13,013 unit (domestik + eksport) berjaya dijual.

Selain mengenai hasil jualan bulanan, bayangkan tidak sampai  empat tahun selepas melancarkan kenderaan utiliti sukan pertamanya pada 12 Disember 2018, PROTON telah menguasai segmen SUV dengan begitu pantas.

Mana tidaknya, PROTON muncul sebagai jenama SUV paling laris di Malaysian gara-gara pengeluaran Proton X50.

X50 menjadi peneraju jualan nasional bagi segmen SUV apabila sebanyak  3,602 unit telah diserahkan pada bulan Oktober dan ia kini mempunyai jumlah jualan 33,193 unit bagi tahun ini. 

Sementara itu, Proton X70 berjaya dijual sebanyak 1,391 unit pada bulan lepas dan jumlah keseluruhannya kini sebanyak 15,536 unit. 


PROTON X70.

Berdasarkan data PROTON, sebanyak 48,729 unit SUV Proton telah diserahkan setakat tahun 2022.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, PROTON, Roslan Abdullah berkata, pihaknya mencatatkan pertumbuhan yang cukup memberangsangkan sejak empat tahun berturut-turut selepas kemasukan pasaran SUV.


ROSLAN.

Ia merupakan satu pencapaian yang membanggakan dan walaupun terdapat pelancaran saingan baharu, model itu kekal sebagai peneraju kelas dan malah dinamakan sebagai SUV Besar Terbaik di Anugerah Pilihan Editor Carsifu 2022. 

“Oleh itu, untuk meraikan ulang tahun yang keempat, kamimenawarkan hadiah yang terdiri daripada aksesori bernilai RM1,499, kadar faedah serendah 2.52% dan banyak lagi tawaran menarik daripada pengedar kami jika pelanggan membeli Proton X70 pada bulan ini,” katanya.

Menyentuh mengenai model yang laris di Malaysia, percaya atau tidak Proton Saga tetap menjadi pilihan rakyat Malaysia.

Ia mungkin disebabkan harganya yang berpatutan selain ada beberapa ciri-ciri canggih. Pada bulan lepas sahaja, sebanyak 5,262 unit telah diserahkan.


Proton Saga menyediakan sambungan telefon pintar.

Ini menjadikan jumlah jualan terkumpul adalah 45,965 unit sekali gus menandakan peningkatan sebanyak 42% berbanding tahun sebelumnya.

Peningkatan jumlah jualan ini membuktikan model Proton Saga baharu  yang dikemas kini lebih popular dalam kalangan pelanggan berbanding model sebelumnya.

Selain Saga,  Proton Persona dan Proton Iriz juga turut menunjukkan peningkatan jualan apabila 1,697 unit diserahkan pada bulan Oktober

Proton Persona kini mendahului sebanyak 0.4% daripada jumlah volum pada tahun sebelumnya, manakala Proton Iriz mencapai 661 unit pada bulan lepas. 

Tidak ketinggalan, Proton Exora terus menerajuikelas MPV segmen C dan dengan 400 unit diserahkan, jumlah volum untuk tahun 2022 kini berada pada 3,508 unit.


PROTON turut menembusi pasaran di Afrika Selatan.

Selain daripada kejayaan pasaran tempatan, jumlah pertumbuhan eksportnya juga dilihat meningkat.

Sama seperti jualan domestik, Proton Saga adalah model paling banyak dijual dengan 2,106 unit diikuti oleh Proton X70 dengan 1,608 unit setakat ini.

Tahniah PROTON!

Tag:

Proton Exora
Proton Iriz
protonx70
2022 Proton X50
2022 Proton X70 MC
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Sah, Pengeluaran Proton Iriz Sudah Dihentikan, Tiada Model Pengganti

Pengeluaran Proton Iriz akhirnya telah melabuhkan tirainya di kilang pengeluarannya yang terletak di Tanjung Malim, Perak pada 9 September lepas.

15-09-2025
Berita Auto

Kempen Servis Ihsan Madani Diperkenal Demi Ringankan Kos Pemilik Model PIES

Kempen Servis Ihsan MADANI boleh didapati di semua pusat servis sah PROTON di seluruh negara dari 11 September hingga 11 November 2025.

11-09-2025
Berita Auto

Siling Stesen Minyak Runtuh, Mujur Tiada Yang Terkorban

Struktur siling sebuah stesen minyak di Bukit Garam, dilapor runtuh ketika hujan lebat dan angin kencang.

15-10-2024
Berita Auto

Proton Saga Paling Laris Di M'sia

Proton Saga tetap laku keras di Malaysia.

22-02-2024
Berita Auto

Model PROTON Tepati Citarasa Orang M'sia?

Siapa kata jenama PROTON tak laku, anda salah besar.

03-01-2024
Berita Auto

Macam Biasa, Proton Saga Paling Laku!

Pengeluar kereta nasional PROTON menjana pertumbuhan jualan tahun kelima berturut-turut apabila jualan kenderaan di Malaysia terus meningkat.

06-11-2023
Berita Auto

Jualan PROTON Melonjak Lagi

PROTON meneruskan momentum yang cukup memberangsangkan pada bulan lepas.

05-10-2023
Berita Auto

Berita Terkini

Berita Auto

Projek LPT4: Kerajaan Salur RM25 Juta

Sebanyak RM25 juta diluluskan bagi kerja-kerja awal projek Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 4 (LPT4) .

10-01-2026
Berita Auto

Berani Betul, Lagi Stesen Minyak Jual RON95 Kepada Warga Asing, Kali Ini Di Kedah

(KPDN) Kedah mengesahkan berlaku aktiviti pengisian petrol RON95 ke dalam tangki kenderaan berpendaftaran asing di sebuah stesen minyak di Sungai Petani .

10-01-2026
Berita Auto

Jangan Terkejut, PLUS Mula Guna Sistem Tol Tanpa Palang, Bermula Di Kedah!

Pengguna Lebuhraya Utara-Selatan di Kedah jangan terkejut melihat sistem tol tanpa palang di beberapa tol kerana PLUS Malaysia Berhad (PLUS) sedang menguji sistem itu untuk kenderaan persendirian di jajaran Hutan Kampung–Sungai Dua.

10-01-2026
Berita Auto

Wajah Baharu BHPetromart & eNak: Bukan Sekadar Stesen Minyak Biasa!

Kalau anda selalu lalu di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), ada berita baik! BHPetrol baru sahaja mendedahkan identiti baharu bagi BHPetromart dan eNak yang tampil lebih moden dan segar yang mesra pelanggan.

10-01-2026
Berita Auto

Fasiliti Pembaikan Badan Dan Cat Proton Terbakar, Ini Kata Proton!

PROTON menyatakan kebakaran yang berlaku di sebuah fasiliti Body & Paint (B&P) di Sungai Buloh Selangor masih dalam siasatan.

09-01-2026
Berita Auto

Tak Sia-Sia Beli Kereta Chery Sehingga Feb Ini, Sebab Ada Rebat Sehingga RM16,888

Promosi Tahun Baru Tawaran Properity ini akan berakhir pada 28 Februari 2026.

09-01-2026
Berita Auto

Pemandu Teksi, Pengusaha Bas Sekolah Penang Dapat Insentif RM600

Kerajaan Pulau Pinang meneruskan insentif bantuan sebanyak RM600 kepada pemandu teksi dan pengusaha bas sekolah di negeri ini yang akan disalur bermula Mac depan.

09-01-2026
Berita Auto

Bilik Pameran Eksklusif Pertama Leapmotor Dibuka Di Pavilion Bukit Jalil

Syarikat pengedar automotif terkemuka, Cycle & Carriage (C&C), telah melancarkan pembukaan cawangan bilik pameran pertama jenama kenderaan elektrik (EV), Leapmotor, di pusat beli-belah terkemuka, Pavilion Bukit Jalil.

09-01-2026