Link Copiedcheck_circle
EV

Sidang Kemuncak G20, Indonesia Sediakan 1,400 EV

Suhana Veru

Kongsi melalui


Sebahagian EV yang digunakan untuk acara G20.

Bagi menunjukkan komitmen Indonesia ke arah peralihan tenaga, sebanyak 1,400 kenderaan elektrik keluaran syarikat dari China, Wuling Motors digunakan sempena sidang kemuncak negara-negara Kumpulan 20 (G20), lapor akhbar Arab News.

Acara yang sedang berlangsung di Pulau Bali, Indonesia sehingga esok akan menggunakan 962 kenderaan elektrik, 454 motosikal dan 36 bas elektrik untuk membawa para delegasi, wartawan dan anggota keselamatan ke lokasi acara.

Jurucakap Kementerian Pengangkutan, Adita Irawati berkata,  Indonesia amat serius untuk mengetengahkan tenaga boleh diperbaharui dalam menuju ke arah penggunaan kenderaan elektrik.


“Ia merupakan langkah yang terbaik apabila Indonesia membuat keputusan untuk mempamerkannya  kepada dunia pada persidangan G20,” katanya.

Selaku pengerusi G20 tahun ini, Indonesia  akan mengendalikan isu pemulihan pandemik pasca-coronavirus, pemulihan  potensinya dalam menjadi hab serantau bagi pengeluaran EV dan transformasi digital.

Dalam memenuhi sasaran Indonesia untuk mencapai pelepasan karbon sifar menje¬lang 2060, Indonesia pada Oktober lalu mengumumkan untuk mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 31.89 peratus.

Mengulas lanjut mengenai sasaran itu, Adita berkata, Indonesia juga menetapkan sasaran untuk  mempunyai 2 juta EV yang akan membanjiri jalan raya itu nanti menjelang tahun 2025.

"Kami juga telah membangunkan ekosistem untuk kenderaan elektrik, supaya Indonesia bukan sahaja menjadi pasaran atau pengguna kenderaan elektrik, tetapi juga pengeluar kenderaan elektrik, kerana Indonesia mempunyai sumber asli yang mampu menghasilkan komponen untuk kenderaan elektrik,” tambahnya.

Tahukah anda, Indonesia ialah pelombong nikel terbesar di dunia dimana nikel digunakan untuk menghasilkan bateri EV. 

Pada bulan Ogos, ia menandatangani perjanjian dengan pengeluar EV terkemuka dunia Tesla untuk produk nikel bernilai AS$5 bilion untuk tempoh lima tahun akan datang.




Tag:

G20
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

BMW 3 Series 2025 CKD Dikemaskini – Varian PHEV 'Hilang', Dari RM272,800

BMW Group Malaysia telah mengumumkan perubahan untuk barisan model BMW 3 Series generasi G20 bagi tahun 2025 (2025MY).

21-01-2025

Berita Terkini

EV

Beli EV Pertama: Latih Staf Terang Panduan Cas EV Di Rumah

Syarikat Kereta Digesa Latih Staf Beri Panduan Cas EV Di Rumah.

03-09-2026
EV

1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini

Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.

02-09-2026
EV

Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia

JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.

02-09-2026
EV

Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia

Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.

01-09-2026
EV

Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati

Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?

27-08-2026
EV

Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara

Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.

26-08-2026
EV

Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV

PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.

25-08-2026
EV

EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.

24-08-2026