Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

[VIDEO] Hilang 4 Keluarga Serentak, Lelaki Ini Meraung Sambil Rangkul Anak

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Hilang hampir seluruh ahli keluarga sekelip mata. Puncanya? Tidak sempat mengelak kereta keluar daripada simpang. Kemalangan ini membabitkan dua buah kenderaan, Toyota Estima dan Toyota Land Cruiser.


EMPAT SEKELUARGA MENINGGAL DUNIA


Kejadian yang berlaku pada jam 7.45 pagi di Jalan Kolam, Machap itu telah menyebabkan empat sekeluarga maut iaitu pasangan warga emas Ibrahim Daud, 71, dan isterinya, Latipah Dorahim, 66, menantu mereka, Syazana Tharin, 30, serta cucunya, Yusuf Daniel Muhammad Izwan, lima tahun. Seorang lagi cucu lelaki, Aniq Fahim Muhammad Izwan mengalami kecederaan di bahagian kepala. 




Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, anak kepada pasangan warga emas yang merupakan pemandu Toyota Estima itu tidak mengalami sebarang kecederaan. 


VIDEO SAYU INI TULAR


Mustahil tidak menitiskan air mata apabila menonton video tular yang dikongsikan orang awam:



Dalam video tersebut, pemandu yang juga ayah kepada dua kanak-kanak yang terlibat dalam kemalangan ini menyebut berkali-kali, “Nak, ayah minta maaf nak. Allahuakbar nak, ayah minta maaf. Adik, ayah minta maaf.”


Anak dan isteri mangsa meninggal dunia di hospital


DALAM PERJANAN UNTUK MERAIKAN HARI JADI AYAH PEMANDU


Kemalangan tersebut dikatakan berlaku sewaktu mereka dalam perjalanan ke Langkawi bagi menyambut ulang tahun kelahiran ayah pemandu, Ibrahim Daud. 


Ayah dan ibu pemandu yang juga meninggal dunia


PUNCA KEJADIAN


Kejadian tersebut berpunca daripada sebuah kereta jenis Toyota Land Cruiser yang keluar dari simpang untuk membelok ke kanan. Dalam masa yang sama, kenderaan dipandu mangsa datang daripada belakang. 


Mangsa terduduk tidak percaya kehilangan ahli sekeluarga sekelip mata, ibu, ayah, isteri dan anak tersayang


“Datang kenderaan dinaiki semua mangsa yang sedang meneruskan perjalanan telah cuba mengelak ke arah kanan jalan dan cuba membrek sejauh lima meter, tetapi melanggar juga Toyota Land Cruiser itu pada bahagian kiri hadapan.


Pemandu Toyota Land Cruiser terselamat


"Pemandu Toyota Land Cruiser pula ditahan polis kira-kira pukul 11 pagi semasa memberi keterangan di Balai Polis Trafik Alor Gajah," katanya.


Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1978.


Al-fatihah kepada semua mangsa. Semoga Allah memberi kekuatan kepada pemandu dan anak yang terselamat dalam kejadian ini.


ARTIKEL BERKAITAN


Baca: "Macam Final Destination!" Kongsi Mangsa Kemalangan 100 Kenderaan Di AS

Baca: Ini 40 Dashcam Terbaik Berdasarkan CamScore MIROS & CyberSecurity Malaysia

Baca: Mangsa Sempat Bergambar Lepas Kemalangan Dengan Myvi Terbalik

Baca: Merisaukan! Kemalangan Meningkat 52 Peratus Tahun Ini!


Tag:

Toyota
kemalangan
Toyota Land Cruiser
kemalangan maut
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Pertempuran 'Kembar' Bermula! Toyota Yaris Cross Dah Sampai, Traz Perlu Risau Atau Tidak?

Toyota Yaris Cross vs Perodua Traz: Perbandingan Spesifikasi, Harga.

08-05-2026
Berita Auto

15,370 Toyota Terjual, Jenama Bukan Nasional Paling Laris Di Malaysia

Dominasi Toyota Berterusan: Jenama Bukan Nasional Paling Laris di Malaysia.

15-04-2026
Kereta Baru

Lasak Tapi Lebih Canggih! Toyota Hilux BEV 2026 Buktikan EV Pun Boleh Buat Kerja Berat

UMW Toyota Motor (UMWT) baru sahaja memperkenalkan Toyota Hilux Battery Electric Vehicle (BEV) pada harga RM226,300.

02-04-2026
Kereta Baru

Toyota bZ4X Facelift Dilancarkan -RM220,000

UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi memulakan revolusi elektriknya di Malaysia dengan pelancaran Toyota bZ4X.

02-04-2026
Global

Toyota Kekal Raja Automotif Dunia 6 Tahun Berturut-Turut! Cecah 11.3 Juta Unit, Hibrid Jadi 'Lubuk' Duit

Tiada siapa mampu menggugat takhta Toyota. Gergasi automotif Jepun ini sekali lagi dinobatkan sebagai pengeluar kenderaan nombor satu dunia bagi tahun keenam berturut-turut.

03-02-2026
Global

Toyota GR Yaris Sebastien Ogier 9x World Champion Edition Dilancarkan, Hanya Ada 200 Unit

Toyota GR Yaris Sebastien Ogier 9X World Champion Edition dilancarkan secara rasmi semalam.

23-01-2026
Global

Toyota Raize Kini Hadir Dalam Versi GR Sport Di Indonesia

Kembar Perodua Ativa yang dijenamakan semula untuk pasaran Jepun, Toyota Raize, kini tampil dengan versi GR Sport yang lebih sporty di Indonesia.

22-01-2026
Global

Toyota HiAce 2026 Muncul Di Jepun – Lebih Canggih Segenap Sudut

Toyota HiAce kini sudah mencapai usia mencecah lebih dua dekad di pasaran global.

21-01-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026