Link Copiedcheck_circle
EV

Volvo Dedah Imej & Video Acah EX90

Sofea Najmi

3-11-2022

Kongsi melalui



Seperti yang sudah diketahui umum, Volvo bakal mempertontonkan SUV elektrik terbaharu syarikat, EX90 buat pertama kalinya pada 9 November nanti. Sementara menanti tarikh tersebut, syarikat pengeluar kereta Sweden ini ‘menghangatkan’ penantian dengan mengeluarkan beberapa imej dan video acah selain turut membongkarkan beberapa ciri menarik EX90 kepada umum. Nak tahu? Teruskan membaca.


“SUV andalan terbaharu ini telah direka untuk memenuhi satu tujuan: untuk menjadi sebuah kereta elektrik keluarga yang elegan dan efisien, dengan standard keselamatan lebih tinggi berbanding kereta Volvo sebelumnya,” kongsi Volvo dalam satu kenyataan.


Syarikat itu menekankan, “ciri praktikal dan keselamatan kereta tidak sepatutnya hilang hanya kerana nilai estetika.”


Berikut adalah antara foto acah yang dikongsikan:







Antara ciri menarik Volvo EX90:


#1 Bantuan pemandu proaktif berasaskan lidar


Volvo menggunakan sensor berasaskan lidar sebagai ciri standard Volvo EX90. Sistem Lidar Volvo menggunakan getaran (pulse) laser untuk mengukur jarak dengan tepat dan berkemampuan untuk mengesan pejalan kaki dari jarak sejauh 250 ela (228.60 m)!


Baca: Tiada Lagi Kes Kanak-Kanak Tertinggal Dalam Kereta, Inovasi Terbaharu Volvo!


Ketua bahagian reka bentuk luaran Volvo,  T. Jon Mayer berkata, “Ini (lidar) merupakan mata kereta, walaupun ia boleh diletakkan di sekitar gril – seperti mata pada bahagian lutut – lebih masuk akal untuk meletakkannya setinggi mungkin di bahagian kepala supaya dapat melihat sebanyak mungkin. Oleh sebab itu, jurutera [Volvo] memutuskan untuk mengintegrasikannya dalam garis bumbung demi memaksimumkan keberkesanan [sistem]."


#2 Ciri aerodinamik


“Kami telah menghasilkan Volvo EX90 dengan matlamat untuk mengoptimumkan jarak perjalanannya, [ini dilakukan] dengan memberi penumpuan untuk mengurangkan seretan (drag) dan rintangan angin,” lapor Volvo. 


Dengan pekali seret (drag coefficient) hanya 0.29, angka yang cukup menakjubkan bagi sebuah SUV besar dengan tiga barisan tempat duduk. 


#3 Kabin yang ringkas dengan pencahayaan yang baik


“Kami meletakkan usaha yang tinggi [pada aspek] pencahayaan dalam kereta EX90,” ujar Mayer. 


Baca: Reka Bentuk & Teknologi Pada Papan Pemuka Volvo EX90 Didedahkan, Lebih Mesra Pemandu


Tonton video yang bertajuk “What if design was more than good looks?” daripada Volvo:



Apa lagi yang menarik tentang Volvo EX90? Nantikan pendedahan rasminya minggu depan! Jangan lupa untuk ikuti Facebook kami, Dunia Kereta untuk mendapatkan berita terkini dunia automotif!


ARTIKEL BERKAITAN


Baca: Reka Bentuk & Teknologi Pada Papan Pemuka Volvo EX90 Didedahkan, Lebih Mesra Pemandu


Baca: Volvo EX90: Bukan EV Biasa, Boleh Dicas Dan Mengecas! Ini Dia Penjelasan Teknologi Pengecasan 2 Arah Volvo


Baca: Pusat Servis Volvo Di Bukit Jelutong Tawar Perkhidmatan Bertaraf Dunia


Baca: Tiada Lagi Kes Kanak-Kanak Tertinggal Dalam Kereta, Inovasi Terbaharu Volvo!




Tag:

SUV
Volvo Cars
Volvo EV
Kereta Elektrik
Volvo EX90
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

SUV Elektrik Berhenti Mengejut Di Lorong Kanan! Nyaris Makan Nyawa

Seorang lelaki trauma seumur hidup gara-gara memandu SUV elektrik yang dipandunya secara tiba-tiba berhenti mengejut .

06-05-2025
Global

Lagi Model BYD Bakal Dilancar, Kali Ini, Denza N9, Macho Habis

BYD Denza N9 akan dilancarkan secara rasminya pada Mac ini.

04-02-2025
Berita Auto

Kereta Paling Banyak Dicuri Di Malaysia, SUV, 4X4, Trak Pikap

Hati-hati buat semua pemilik kereta SUV, 4X4 dan trak pikap kerana kenderaan ini menjadi sasaran pencuri.

12-11-2024
Global

GWM Tank 500 Raih ANCAP 5 Bintang! Ada Sensor Kesan Kehadiran Kanak-Kanak Dalam Kereta

GWM Tank 500 baru-baru ini telah meraih penarafan keselamatan lima bintang dalam Program Penilaian Kereta Baharu Australasian (ANCAP).

29-05-2024
Kereta Baru

GAC GS3 EMZOOM Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM118K

WTCA telah secara rasminya melancarkan SUV kompak, GAC GS3 EMZOOM di Malaysia.

18-04-2024
Berita Auto

SUV Ranggi, GWM Tank 300 Masuki Pasaran Malaysia Tak Lama Lagi?

GWM beri petanda akan bawa masuk GWM Tank 300 di Malaysia tidak lama lagi.

08-02-2024
Kereta Baru

SUV Pertama Ferrari, Purosangue, Kini Di Malaysia – Capai 715 HP, Dari RM5 Juta

errari Purosangue kini secara rasminya telah mendarat di Malaysia.

22-11-2023
Kereta Baru

BMW X1 sDrive20i xLine 2023 Rasmi Di Malaysia – CKD, Dari RM259,800

SUV kompak BMW X1 generasi ketiga (U11) telah dilancarkan di pasaran Malaysia secara rasmi. Ini segalanya tentnag X1...

09-10-2023

Berita Terkini

EV

SUV Elektrik Berhenti Mengejut Di Lorong Kanan! Nyaris Makan Nyawa

Seorang lelaki trauma seumur hidup gara-gara memandu SUV elektrik yang dipandunya secara tiba-tiba berhenti mengejut .

06-05-2025
EV

EV Bajet TQ Wuling Bingo Bakal Dilancarkan Di Malaysia – CKD, Bawah RM100,000?

Tan Chong Motor Holdings (TCMH) telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama pengeluar kenderaan elektrik (EV) terkemuka China, SAIC-GM-Wuling (SGM Wuling).

05-05-2025
EV

Perak Mahu Perluas Stesen Cas EV, 500 Pengecas Akan Dibina Tahun Ini

Langkah itu sejajar dengan trend global ke arah pengurangan pelepasan karbon dioksida.

05-05-2025
EV

Thailand Laksana Cukai 'Mesra' PHEV, Malaysia Bila Lagi?

Kerajaan Thailand meluluskan penstrukturan semula cukai kenderaan elektrik hibrid plug-in (PHEV) yang akan dilaksanakan bermula 1 Januari 2026.

05-05-2025
EV

Lebih 6,000 Tempahan di Malaysia, Kini e.MAS 7 Uji Pasaran Singapura

Selepas lebih sedekad, jenama automotif kebanggaan Malaysia, Proton, kini kembali ke pasaran Singapura.

05-05-2025
EV

Kena Intip: Perodua e.MO-II Sedang Diuji Di DUKE

Perodua e.MO-II sedang diuji di DUKE, baru-baru ini.

05-05-2025
EV

Jualan,Pengecasan EV Semakin Melonjak, Bagaimana Pula Langkah Lupuskan Bateri EV?

Biarpun, masih awal untuk bimbang mengenai pelupusan bateri, namun sudah tiba masanya, kerajaan sudah mula mewujudkan loji kitar semula bateri EV yang khusus.

03-05-2025