Link Copiedcheck_circle
EV

10% Jualan Tahun 2022 BMW Group Malaysia Ialah EV!

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Semasa pelancaran pusat pengedaran baharu Wheelcorp Premium di Bukit Tinggi hari ini, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Hans de Visser mendedahkan bahawa kenderaan elektrik (EV) telah merancakkan jualan keseluruhan syarikat bagi tahun 2022.


“Tahun ini, sehingga 10% daripada kenderaan yang dijual ialah EV,” dedah de Visser semasa berucap dalam majlis pelancaran pusat pengedaran BMW dan MINI baharu di Klang. Usaha syarikat untuk memperbanyak lagi poin pengecas EV di seluruh negara dijangka akan membantu meningkatkan lagi prestasi jualan.





Setakat ini, BMW Group Malaysia telah menyediakan sebanyak 610 kemudahan pengecas EV kepada semua pelanggan di seluruh negara. Ini termasuklah pengecas AC dan DC di pusat pengedaran utama seperti Wheelcorp Premium dan Seong Hoe


Selain itu, BMW Group Malaysia turut membentuk kerjasama strategik dengan syarikat pembangun infrastruktur pengecas EV lain seperti JomCharge, Gentari, ChargEV dan YinSon Green Tech.




Akses yang mudah kepada sistem pengecas EV cukup penting memandangkan banyak model EV BMW i dan MINI sedang dijual di pasaran. Antaranya ialah BMW i4, BMW iX3 dan BMW iX. Sementara MINI pula ialah MINI Cooper SE. 


Barisan kenderaan elektrik ini akan bertambah pada masa akan datang dengan pelancaran BMW  i7 tidak lama lagi.  Model ini telah dipertontonkan dalam satu acara tertutup yang diadakan awal tahun ini, CariCarz juga telah melihat model yang sama sedang diangkut menaiki trak di jalan raya baru-baru ini. 



Namun begitu, BMW Group Malaysia masih belum mendedahkan secara terperinci bilakah model yang menjadi pesaing kepada Mercedes-Benz EQS ini akan dilancarkan secara rasmi, tetapi sumber yang boleh dipercayai daripada syarikat tersebut telah memaklumkan CariCarz bahawa mereka telah menerima ratusan tempahan bagi model ini.


ARTIKEL BERKAITAN

Baca: Foto Intipan EV BMW i7 Di Jalan Raya Malaysia Tersebar!

Baca: Rekaan Luaran & Dalaman BMW i7 2023 Terbongkar!

Baca: Bilik Pameran & Pusat 4S Baharu BMW & MINI, Wheelcorp Premium Bukit Tinggi Kini Dibuka!

Tag:

BMW Group Malaysia
BMW iX
BMW i4
BMW iX3
Mini Cooper SE
BMW i7
Pengecas EV
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Siapa Kata EV Tak Laku? BMW Buktikan Sebaliknya

BMW Group Malaysia sekali lagi membuktikan dominasi mereka sebagai pengeluar kenderaan premium nombor satu di tanah air bagi tahun kelima berturut-turut.

16-01-2026
EV

BMW & UM 'Terangi' Kawasan Pedalaman Guna Bateri EV Terpakai

BMW Group Malaysia mengukuhkan komitmen kelestarian mereka menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Universiti Malaya (UM).

16-01-2026
Kereta Baru

Harga BMW 218 Gran Coupe Sport 2025 Diumumkan – CKD, Dari RM218,800

BMW Group Malaysia telah mengumumkan harga runcit rasmi bagi model baharu BMW 218 Gran Coupe Sport 2025 yang kini dipasang secara tempatan (CKD).

04-07-2025
Kereta Baru

Harga BMW X3 20 xDrive M Sport 2025 Diumum, Cuma Berharga RM320,800

BMW Group Malaysia akhirnya mengumumkan harga runcit bagi model serba baharu BMW X3 20 xDrive M Sport 2025, sebentar tadi.

25-06-2025
Kereta Baru

BMW M340i xDrive M Sport Pro 2025 Kini Di Malaysia – Dari RM388,800

BMW Group Malaysia terus mengukuhkan barisan model 2025 untuk model 3 Series generasi ketiga (G20) dengan pelancaran rasmi BMW M340i xDrive M Sport Pro versi CKD.

20-06-2025
Kereta Baru

BMW M2 2025 Dilancarkan Di Malaysia – Kekal Ikonik, Dari RM650,800

Selain pelancaran BMW M5 2025 di MY BMW World 2025, BMW turut memperkenalkan versi terkini model M lain iaitu BMW M2 2025.

13-06-2025
Berita Auto

Ini Yang Menarik Di MY BMW World 2025 – Mula Esok, 13 Hingga 15 Jun

Setelah sedekad berlalu sejak pertama kali dianjurkan, MY BMW World kini kembali menghangatkan dunia automotif tempatan bagi tahun 2025.

12-06-2025
Kereta Baru

BMW M5 2025 Kini Rasmi Di Malaysia – PHEV, Cecah 727 HP, Dari RM1,188,800

BMW Group Malaysia hari ini melancarkan sedan sport BMW M5 2025 dengan harga jualan bermula daripada RM1,188,800.

12-06-2025

Berita Terkini

EV

Masalah Sebenar: Bila Orang Yang Tak Faham EV "Bersuara"

Adakah anda anggap EV tu aset yang rugi? Ini Penjelasannya.

14-04-2026
EV

Jimat Kos & Jaga Hayat Bateri: ChargeSini Perkenal 3 Pelan Langganan Baharu

ChargeSini melancarkan langganan terbaharunya: Charge Plus, Charge Pro, dan Charge Max.

12-04-2026
EV

Proton e.MAS 7 PHEV Kini Lebih Garang Dengan Warna Emerald Green

PRO-NET secara rasminya memperkenalkan pilihan warna baharu, Emerald Green, untuk model Proton e.MAS 7 PHEV.

02-04-2026
EV

4 'Pembunuh Senyap' Jarak Gerak Yang Gagal Diramal Dashboard Anda

Jangan jadi mangsa tunda! Ketahui kenapa baki 100km di dashboard EV boleh hilang sekelip mata.

26-03-2026
EV

Arab Saudi Kurangkan Bekalan Minyak ke Asia, Adakah EV Satu-Satunya Tidak Terjejas

Ketegangan geopolitik yang memacu kenaikan harga minyak dikatakan tidak akan menjejaskan EV.

24-03-2026
EV

Kebenaran di Sebalik Status ‘Low Battery’ di Stesen Pengecas EV Musim Raya Ini

Ramai ke yang ternampak status Low Battery di pengecas ev?

24-03-2026
EV

Minyak Naik? Pemilik Proton e.MAS 'Senyum Lebar'

Harga Minyak Naik: Kelebihan Pemilik Proton e.MAS Balik Kampung Musim Perayaan.

19-03-2026
EV

Edisi 2026: Top 10 CPOs di Malaysia

Siapa pemain terbesar dalam industri pengecas EV Malaysia? Ini senarai Top 10 CPO Malaysia 2026 yang sedang memacu pembangunan rangkaian pengecas pantas di seluruh negara.

13-03-2026