- Berita
- Kereta Baru
- Akhirnya Atto 3 Masuk Malaysia, Tapi Bila?

Akhirnya teka-teka bila tarikh sebenar BYD Atto 3 akan dilancarkan di Malaysia sudah terjawab!
Untuk makluman anda, crossover elektrik tersebut akan dilancarkan pada Khamis ini.

Berdasarkan maklumat daripada kumpulan Facebook “Malaysian Electric Vehicle Owners Club”, Atto 3 yang yang bakal berada di Malaysia mungkin akan berkongsi spesifikasi yang sama dengan model pemanduan tangan kanan seperti di Thailand dan Australia.

Di kedua-dua negara itu, Atto 3 hadir dalam dua varian, iaitu 'Standard' dan 'Extended'.
Varian Standard dipadankan dengan pek bateri 50.1 kWh yang menawarkan jarak sehingga 400 kilometer mengikut kitaran WLTP.

Untuk itu, ia mampu menghamburkan kuasa sehingga 201 hp dan tork 310 Nm.
Beralih kepada varian tertinggi, Extended, ia dilengkapi dengan pek bateri yang lebih besar iaitu 60.48 kWh.
Maka tidak hairanlah, mengapa ia mampu melakukan perjalanan sejauh 480km namun tetap berkongsi daya kuasa yang sama dengan varian Standard.
Bagaimanapun, tiada banyak yang membezakan kedua-dua varian ini kerana Standard didatangkan dengan rim aloi 17 inci manakala Extended 18 inci.
Bagi varian tertinggi itu, ia didatangkan dengan 8 speaker, pintu belakang berkuasa termasuk pad pengecas wayarles.
Jika dibandingkan di Australia, Atto 3 ditawarkan dalam empat pilihan warna iaitu warna putih manakala tiga warna lain dikenakan caj tambahan sebanyak at AUD$700 (RM2,147).


Menyentuh mengenai harganya, Atto 3 dilaporkan akan dijual bermula dari RM150,000 untuk varian Standrad dan RM170,000 (Extended).
Tunggu.. Harga ini cuma sekadar anggaran memandangkan harga sebenar akan diumumkan Khamis nanti.
Teruskan bersama Caricarz untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Atto 3.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/