Link Copiedcheck_circle
EV

Gentari, EVC Lancar Pengecas Awam 350 kW

Suhana Veru

Kongsi melalui


Anak syarikat Petronas, Gentari Sdn Bhd melancarkan pengecas DC 350 kilowatt (kW) yang pertama di Asia Tenggara.

Pengecas yang beroperasi sepenuhnya untuk  kenderaan elektrik (EV) itu terletak di  X Park Sunway Serene, Zon Perindustrian Dagangan Bebas Sungai Way, Selangor.

Ia terdiri daripada satu pengecas super 350kW, 2 pengecas pantas DC dan 5 pengecas AC.


Harga pengecas DC dan AC.

Untuk makluman, X Park menjadi hab pengecasan EV pertama di Malaysia yang menerima lesen Suruhanjaya Tenaga (EC).

Maka, ia menjamin kemudahan dengan keselamatan struktur dan operasi bagi meningkatkan keyakinan terhadap ekosistem pengecasan EV di Malaysia.

Ketua Pegawai Mobiliti Hijau Gentari, Shah Yang Razali berkata, “Hab pengecasan berkelajuan tinggi baharu milik Gentari di X Park Sunway Serene dijangka akan memberikan sumbangan besar ke arah menyokong ekosistem EV yang berdaya maju dengan meningkatkan lagi tahap keyakinan jarak pemanduan di kalangan pengguna EV dengan memberi tumpuan kepada pengalaman pengecasan di kawasan bandar."

"Sebagai sistem pengecasan pertama yang dilesenkan oleh EC, kami berasa amat berbesar hati kerana dapat menyokong usaha untuk menyeragamkan dan mentadbir sektor mobiliti hijau Malaysia yang sedang berkembang pesat, bagi meningkatkan lagi keyakinan pengguna."

"Gentari turut gembira kerana menjadi syarikat pertama yang menawarkan mekanisme penetapan harga bersamaan kilowatt-jam (kWj), yang membuktikan bahawa pasukan kami sememangnya sentiasa mengutamakan pelanggan dan pantas untuk bertindak,” katanya dalam satu kenyataan.

Dikhabarkan, Gentari dan EVC juga sedang membina satu lagi hab pengecasan di Resort Golf Bangi yang turut mendapat lesen dari EC.

Sementara itu, Pengarah Urusan  EVC, Lee Yuen How pula berkata, lokasi di Sungai Way dilihat sesuai kerana ia dapat memenuhi keperluan para pengguna EV yang tinggal di kawasan kediaman dan perniagaan di sekitar Petaling Jaya, yang memerlukan kemudahan pengecasan yang boleh dipercayai dan mudah dengan masa pengecasan lebih singkat.

 “Kami juga berharap dapat menyediakan pelbagai infrastruktur pengecasan pantas yang mampu milik dan mudah untuk diakses di X Park, Resort Golf Bangi dan hab-hab berlesen lain di seluruh negara pada masa akan datang,” katanya. 


Tag:

GENTARI
pengecasdc
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Gentari, PRO-NET Jalin Kerjasama Untuk Perbanyak Infrastruktur Pengecasan Malaysia

Gentari Sdn Bhd telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Proton New Energy Technology Sdn Bhd (PRO-NET) untuk membangunkan infrastruktur kenderaan elektrik (EV) negara.

13-10-2022

Berita Terkini

EV

Masalah Sebenar: Bila Orang Yang Tak Faham EV "Bersuara"

Adakah anda anggap EV tu aset yang rugi? Ini Penjelasannya.

14-04-2026
EV

Jimat Kos & Jaga Hayat Bateri: ChargeSini Perkenal 3 Pelan Langganan Baharu

ChargeSini melancarkan langganan terbaharunya: Charge Plus, Charge Pro, dan Charge Max.

12-04-2026
EV

Proton e.MAS 7 PHEV Kini Lebih Garang Dengan Warna Emerald Green

PRO-NET secara rasminya memperkenalkan pilihan warna baharu, Emerald Green, untuk model Proton e.MAS 7 PHEV.

02-04-2026
EV

4 'Pembunuh Senyap' Jarak Gerak Yang Gagal Diramal Dashboard Anda

Jangan jadi mangsa tunda! Ketahui kenapa baki 100km di dashboard EV boleh hilang sekelip mata.

26-03-2026
EV

Arab Saudi Kurangkan Bekalan Minyak ke Asia, Adakah EV Satu-Satunya Tidak Terjejas

Ketegangan geopolitik yang memacu kenaikan harga minyak dikatakan tidak akan menjejaskan EV.

24-03-2026
EV

Kebenaran di Sebalik Status ‘Low Battery’ di Stesen Pengecas EV Musim Raya Ini

Ramai ke yang ternampak status Low Battery di pengecas ev?

24-03-2026
EV

Minyak Naik? Pemilik Proton e.MAS 'Senyum Lebar'

Harga Minyak Naik: Kelebihan Pemilik Proton e.MAS Balik Kampung Musim Perayaan.

19-03-2026
EV

Edisi 2026: Top 10 CPOs di Malaysia

Siapa pemain terbesar dalam industri pengecas EV Malaysia? Ini senarai Top 10 CPO Malaysia 2026 yang sedang memacu pembangunan rangkaian pengecas pantas di seluruh negara.

13-03-2026