Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Hanya 66 Unit Di Dunia, McLaren F1 Hanya Terdapat Di 12 Negara inI, Wujudkah Di Malaysia?

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Hanya 106 unit dihasilkan, McLaren F1 ialah sebuah model supercar yang unik dan sangat jarang ditemui. Lebih-lebih kerana enam daripadanya adalah prototaip yang telah dimusnahkan McLaren dan 34 unit lagi dibina sebagai kereta lumba – dalam versi LM dan GTR.


Apabila dihitung yang tinggal hanyalah 66 unit sahaja di jalan raya seluruh dunia. Bilangan yang sekecil ini membuatkan McLaren F1 tidak sukar untuk dikesan dan laporan ini didedahkan oleh syarikat automotif Hagerty kepada Top Gear. 


Sebelum itu, ingin kami dedahkan berita buruk berkaitan model ini, daripada 66 unit McLaren F1 yang wujud, sedihnya, tiada satu pun yang terdapat di negara kita.




Perkara ini agak mengejutkan memandangkan negara kita sebenarnya ‘rumah’ kepada beberapa unit kereta eksotik McLaren yang dimiliki oleh individu ternama contohnya 675LT one-off ini yang menjadi salah satu koleksi kereta sport kerabat Diraja Johor dan juga McLaren P1 ini daripada JPM Museo.



Perasmian McLaren Singapura yang turut menampilkan sebuah McLaren F1 merah (Sumber: Tatler Asia)


Data pendaftaran Hagerty mendedahkan, kawasan terdekat untuk 'rakyat Malaysia' melihat McLaren F1 ialah di arah selatan negara kita, Singapura. Unit yang berwarna merah menyala ini dapat dilihat semasa majlis perasmian pembukaan bilik pameran McLaren Singapura. 

Unit yang terdapat di negara tersebut adalah satu daripada 13 buah F1 yang wujud di rantau Asia Pasifik. Daripada jumlah itu, pendaftaran merekodkan 1 unit di Australia, 2 unit di New Zealand, 2 unit lagi di Hong Kong dan 4 lagi di negara Jepun. Selebihnya atau 3 unit lagi dimiliki oleh kerabat Diraja Brunei.

Di samping 3 unit model F1 untuk kegunaan jalan raya, kerabat Diraja Brunei turut memiliki F1 GT, versi yang boleh dikatakan ultra-rare, selain turut memiliki 4 unit McLaren lain dalam versi kereta lumba iaitu F1 LM (3 unit) dan F1 GTR (1 unit). 

McLaren F1 versi one-off yang dilelong tahun lalu. Ketahui lebih lanjut di sini. (Sumber: RM Sotheby’s)

Berikut merupakan senarai penuh kesemua versi McLaren F1 dan juga lokasinya:

 

MODEL KEGUNAAN JALAN RAYA

KERETA LUMBA

JUMLAH

DIMUSNAHKAN

6

-

6

Australia

1

-

1

Bahrain

2

1

3

Brunei

3

4

7

Germany

2

2

4

Hong Kong

2

-

2

Jepun

4

-

4

Mexico

2

-

2

New Zealand

2

-

2

Singapura

1

-

1

Switzerland

4

-

4

AS

25

5

30

UK

18

22

40

JUMLAH

72

34

106



Melihatkan bilangan McLaren F1 yang sebegitu kecil, tidak hairanlah mengapa setiap kali supercar ikonik ini dijual dalam acara lelongan, akan menjadi berita gempar dan merekodkan harga lelongan yang luar biasa! Sebelum ini, pernah dilaporkan salah sebuahnya terjual pada harga AS$20.5 juta (RM90.68 juta) semasa acara lelongan 2021 Pebble Beach Concourse, jauh daripada harga awal yang diletakkan AS$15 juta (RM66.35 juta). 

Walaupun kita tidak berpeluang untuk melihat McLaren F1 dengan lebih dekat buat masa ini, tetapi jangan risau, ada banyak lagi supercar mewah McLaren yang ditawarkan di platform kami, CariCarz.com untuk tatapan anda. Sekiranya tertarik dan bersedia untuk membeli, hanya beberapa klik sahaja dan anda dapat berhubung dengan penjual kereta tersebut. 

Jom lihat antara McLaren yang boleh anda jumpa di platform jualan kereta CariCarz.com:

Kedua-dua model ini 540C (kiri) dan 720S (kanan) kini terdapat dalam senarai kereta yang dijual di CariCarz.com

McLaren 600LT kini  tersenarai & dijual di CariCarz.com

1 daripada 500 unit McLaren Senna kini tersenarai & dijual di CariCarz.com

Mana satukah pilihan hati anda?

Tag:

McLaren
McLaren F1
used McLaren Malaysia
recon McLaren Malaysia
McLaren Senna Malaysia
McLaren 600LT
LM
GTR
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

04-02-2026
Global

18-09-2025
Global

15-06-2025
Global

03-06-2025
Global

04-04-2025
Global

10-12-2024
Global

07-10-2024
Kereta Baru

19-08-2024

Berita Terkini

Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026