Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kakitangan Proton DiHantar Ke China Untuk Pelajari NEV

Suhana Veru

Kongsi melalui


Bagi mempelajari lebih mendalam mengenai kenderaan tenaga baharu (NEV), Proton telah menghantar 16 kakitangannya ke Hangzhou, China baru-baru ini.

Kakitangan yang terlibat itu merupakan pekerja industri berpengalaman dan jurutera muda yang lulus dari Program Bakat Muda syarikat.

Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dr Li Chunrong berkata, pihaknya mahu memulakan  program itu  lebih awal tetapi ia ditangguhkan akibat pandemik Covid-19. 

“Namun selepas sekatan perjalanan dilonggarkan, seramai 16 kakitangan ini telah dihantar ke China dan mereka akan berkhidmat selama enam bulan di Institut Penyelidikan Geely di Ningbo.

“Malah, mereka juga akan dilatih dalam pelbagai bidang yang melibatkan pembangunan, penyepaduan, pembuatan, dan jualan serta perkhidmatan untuk kenderaan generasi baharu yang bakal diperkenalkan secara berperingkat,” katanya.



Menurutnya, pihak Proton telah melabur dalam pemerolehan pengetahuan untuk kakitangan kerana yakin ia adalah cara terbaik untuk syarikat bergerak ke hadapan. 

“Pengalaman dan latihan yang mereka perolehi bukan sahaja akan memberi manfaat kepada syarikat tetapi secara tidak langsung, ia juga akan membantu meningkatkan tahap kemahiran industri automotif Malaysia apabila lebih ramai kakitangan dihantar untuk Latihan,” tambahnya.



Selain daripada melatih pekerja dalam pelbagai aspek NEV, latihan kerja di China akan membantu dalam menentukan spesifikasi akhir untuk produk seperti smart #1, EV pertama yang dijual oleh anak syarikat NEV PROTON, PRO-NET yang akan tiba pada suku keempat tahun 2023. 

Oleh kerana corak penggunaan dan tingkah laku pengguna berbeza dari negara ke negara, maklum balas daripada kakitangan Proton adalah penting untuk memastikan ia memenuhi keperluan pembeli Malaysia.

Program latihan ini akan membantu mengukuhkan usaha kerjasama apabila kakitangan PROTON terlibat dalam pelbagai bidang lebih awal dalam proses pembangunanuntuk memperhalusi tawaran yang akan datang demi mencapai jangkaan pasaran tempatan.

 Matlamat utama adalah untuk memperolehi pengetahuan dan kemahiran baharu yang akan membantu mengemudi hala tuju masa depan Syarikat untuk tahun-tahun akan datang.

Difahamkan, setiap ahli kumpulan diberi peluang  berkongsi pengalaman mereka dengan rakan sekerja apabila kembali nanti.

Gallery

Tag:

Proton Malaysia
smartproton
smart#1
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

SUV Kompak Baharu Proton Bakal Tunjuk Belang

Bagaimanapun, Proton masih mengunci mulut.

06-05-2026
Berita Auto

Program Lanjutan Waranti Proton Saga MC3 2026 -Hanya RM1,200

Anda boleh menambahkan waranti ke atas bahagian enjin dan kotak gear pada harga RM1,200.

30-03-2026
Berita Auto
Berita Auto

2024 Baru Bermula, Proton Dah Jual 12,882 Unit Kereta! Terbaik Sejak 2013

Tahun 2024 baru sahaja bermula dan Proton telah mencatatkan prestasi yang membanggakan. Ini prestasi jualan setiap model...

05-02-2024
Berita Auto

Tergoda Dengan X50 R3? Cekau Cepat, Ada 200 Unit Je

Proton menayangkan model Proton X50 R3 Concept sempena Malaysia Autoshow 2023.

03-05-2023
Berita Auto

Sempena Ulang Tahun Ke-4 Proton X70, Ini 10 Fakta Yang Anda Patut Tahu!

Sempena ulang tahun keempat Proton X70, Proton dedahkan 10 fakta mengenai SUV itu.

13-12-2022
Berita Auto

Jualan Kereta Proton Semakin Melonjak Walaupun Ada Isu Bekalan

Proton berjaya menjual 11,316 buah kenderaan pada bulan lalu walaupun terpaksa berhadapan dengan isu bekalan sementara.

06-12-2022
Berita Auto

Proton Mahu Pasang 60,000 Enjin 1.5 TGDI Pada Tahun Depan

Jenama automotif nasional PROTON meraikan pengeluaran enjin 1.5 TGDI yang ke-10,000 di kilang pemasangan enjin di Tanjung Malim, Perak baru-baru ini.

06-12-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Cukai Jalan Tamat Sejak 1997, Motolori Disita JPJ Kedah

JPJ Sita Motolori Cukai Jalan Tamat 29 Tahun.

04-09-2026
Berita Auto

2 Penunggang Basikal Terkorban Dirempuh Kereta

Dua Sahabat Maut Dirempuh Ketika Latihan Berbasikal.

04-09-2026
Berita Auto

Promosi Servis Proton 2026: Diskaun Alat Ganti & Semakan Percuma

Kempen Stay Safe & Save Proton: Penjimatan Diskaun Bateri & Brek.

04-09-2026
Berita Auto

Misteri Buih Tebal di Lebuhraya KESAS Terjawab

Lebuhraya KESAS Dipenuhi Buih Tebal, Polis Sahkan Punca Tumpahan Sabun.

04-09-2026
Berita Auto

ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

Tedung & Kala: 263 Aset Baharu ATM RM164.9 Juta.

04-09-2026
Berita Auto

GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.

03-09-2026
Berita Auto

Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.

03-09-2026
Berita Auto

Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal

03-09-2026